10 TERMA WAJIB NEWBIE KUASAI SEBELUM BELAJAR YANG LEBIH ADVANCED

Terma ini wajib anda kuasai sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dalam trading. Berberapa terma/istilah forex trading ini mungkin sudah pernah anda dengar dan lihat di posting media sosial dan berberapa terma lain mungkin anda masih baru dan belum biasa mengenainya. Melalui artikel ini saya akan terangkan apakah 10 terma tersebut berserta penerangannya.

Pendedahan ini penting kerana nanti tidaklah janggal semasa anda dalam proses menuntut ilmu sebab tak perlulah benda-benda basic pun anda kena tanya dengan cikgu anda pula. Nanti lambat lagilah proses pembelajaran anda.

Oklah, Sediakan pen dan kertas, mari kita mulakan.

| 1. Pasangan matawang/currency pair

Pasangan matawang ataupun ‘pair’ adalah merujuk kepada dua jenis matawang yang akan didagangkan jual ataupun beli. Apabila anda membeli, anda sebenarnya menjual pasangan(quote currency) matawang itu untuk membeli pasangan yang satu lagi(base currency). Proses yang sama apabila anda menjual, iaitu anda jual base untuk beli quote.

Penjelasan..

Pasangan matawang ini adalah terdiri dari base currency dan quote currency. Base currency akan terletak di sebelah kiri manakala quote currency adalah di sebelah kanan. Jadi, apabila anda buy, ini bermakna anda sedang buy base currency itu dengan menjual quote currency pair tersebut.

Sebagai contoh pair EURUSD. Apabila anda trade pair ini samada buy ataupun sell, ia bermaksud anda menjual matawang itu untuk membeli pasangannya. Jika anda buy EURUSD, ini bermaksud anda sedang buy EURO dengan menjual USD dalam masa yang sama.

Situasi buy dan sell ini biasanya dikaitkan dengan pengukuhan dan perlemahan sesuatu matawang. Matawang kukuh akan dibeli dan matawang melemah akan dijual. Seperti contoh tadi anda buy eurusd, maka dalam masa yang sama anda boleh menjual usdchf. Ini adalah kerana kedua-dua pair ini mempunyai negative colleration. Oleh itu matawang melemah akan dijual bagi membeli matawang yang mengukuh.

Pasangan matawang dibahagikan kepada 3 iaitu;

  • Major pair
  • Cross pair
  • Exotic

Major pair adalah terdiri daripada GBP, EUR, AUD, NZD, CHF, CAD dan JPY . Kesemua matawang ini didagangkan terhadap USD samada sebagai base currency ataupun quote currency. Contohnya GBPUSD. Matawang base adalah GBP manakala quote adalah USD. Contoh lain adalah USDJPY di mana USD sebagai base currency dan JPY adalah quote currency.

Cross pair adalah matawang yang didagang dengan matawang selain USD tidak kira samada USD sebagai base ataupun quote. Contohnya GBPAUD, EURNZD dan EURGBP.

Exotic pair pula merujuk kepada matawang yang kurang dikenali dan bukan matawang yang popular di kalangan trader. Namanya juga agak sedikit asing bagi trader dan sangat volatile(kos margin dan spread terlalu tinggi). Contoh seperti South African Rand, Hungarian Forint, Russian Ruble, Turkish Lira dan Polish Zloty. Contoh matawang exotic adalah seperti USDZAR, USDTRY dan USDRUB.

Broker popular, XM.com, menawarkan lebih 55+ matawang major, cross dan exotic untuk anda. Selain itu lebih +1000 instrument perdagangan meliputi Individual Stocks, Commodities, Precious Metals, Energies dan Equity Indices juga ditawarkan.

| 2. Long dan Short

Long dan Short dalam trading forex ataupun saham bermaksud beli dan jual. Long bermaksud beli, short bermaksud jual. Ada juga trader yang menggunakan terma buy long, sell short dalam aktiviti trading harian. Jadi lepas ni janganlah pula tersilap faham dengan menyangka long dan short bermaksud panjang dan pendek ya.

Long dibuat kerana trader menjangkakan sesuatu pair itu bakal naik maka buying akan dibuat pada pair itu. Short pula bermaksud trader itu membuat selling kerana menjangkakan pair itu bakal jatuh atau turun. Long dan Short banyak berkaitan dengan istilah berikutnya pula.

| 3. Uptrend dan Downtrend

Uptrend bermaksud trend sesuatu pair itu sedang trending naik(up). Oleh itu trend itu akan dipanggil uptrend. Apabila sesuatu pair itu sedang turun atau jatuh, ia akan dipanggil sebagai downtrend. Trader akan membuat posisi long ketika uptrend dan short ketika downtrend.

Baca : Belajar predict uptrend/downtrend

| 4. PIPS

PIPS ataupun PIP adalah singkatan dari Percentage In Point. PIP dikira dari nombor perpuluhan(decimal) sesuatu harga matawang. Kebanyakan broker masakini menawarkan 5 digit selepas titik perpuluhan ataupun 5 decimal bagi sesuatu matawang. Umumnya pengiraan adalah dibuat berdasarkan 4 digit selepas titik perpuluhan.

Apakah beza 4 dan 5 decimal ini? Jawapannya adalah angka atau digit selepas titik perpuluhan itu. Contohnya jika 5 decimal ia akan kelihatan seperti berikut;

GBPAUD 1.81877. Ini adalah 5 decimal. Jika dalam 4 decimal, ia hanya akan dikira sebagai 1.8187 sahaja, iaitu hanya dikira 4 digit selepas titik perpuluhan.

Di bawah adalah contoh 5 decimal

Pengiraan PIP.

Ia akan dibuat untuk mengira untung dan rugi sesuatu urusniaga selepas urusniaga ditutup(close).

Cara pengiraan adalah mudah iaitu dengan menolak harga open trade dengan harga tutup trade. Dengan ini anda akan dapat PIP untung dan rugi anda.

Contohnya buy(harga entry) GBPAUD pada 1.8100. Pair ini uptrend kemudian anda menutup(closing) posisi anda pada 1.8200. Hasil tolak harga entry dan closing(1.8100 – 1.8200), maka dapatlah 100 pip. Ini bermakna anda untung 100 pip hasil beli harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Contoh lain adalah anda sell GBPAUD pada 1.8180 kemudian pair ini downtrend dan anda menutup posisi anda pada 1.8150. Hasil tolak harga entry dan harga close anda, anda berhasil profit sebanyak 30 pip.

Contoh pengiraan rugi pula adalah jika entry sell anda pada 1.8180 kerana menjangkakan pair ini turun tetapi sebaliknya ia naik dan anda menutup posisi pada 1.8200. Hasil tolak harga entry dan close anda adalah -20 pip. Oleh itu anda kerugian -20 pip.

Jika ia dikira dalam 5 decimal, nilai 10 pip adalah sama dengan 100 pip. Oleh itu jika anda mengira profit/loss berdasarkan angka 5 decimal, pastikan anda bundarkan angka kelima itu kepada angka genap.

Contohnya anda buy gbpusd pada 1.32550 dan menutup posisi pada 1.32600. Jika anda kira secara terus, anda pasti dapati anda profit sebanyak 50 pip. Tapi jika dikira berdasarkan 4 decimal, sebenarnya anda cuma profit 5 pip sahaja. Andaikata profit 5 decimal itu 57 pip, maka dalam kiraan 4 decimal anda sebenarnya mendapat 6 pip sebab angka 7 itu dibundarkan.

| 5. Lot size

Topik ini penting kerana ia mempunyai 2 maksud berbeza bagi trader di Malaysia.

  1. Ia bermaksud berapa entry yang dibuka. Cthnya 5 lot, bermaksud 5 entry.
  2. Lot sebagai size entry anda. Ia terbahagi kepada 4 iaitu standard lot, mini lot, micro lot dan nano lot.

Lot yang sebenarnya dalam trading adalah point ke-2 iaitu ia adalah mewakili kepada size entry trading anda di mana jika anda menyebut 1 lot, kebiasaannya ia adalah bermaksud 1 lot standard.

Jenis size lot;

  1. Standard lot : 100k unit ataupun 10usd untuk 1 PIP
  2. Mini lot : 10k unit ataupun 1usd untuk 1 PIP
  3. Micro lot : 1k unit ataupun 0.10 cent untuk 1 PIP
  4. Nano lot : 100 unit ataupun 0.01 cent untuk 1 PIP

Perkataan lot ini biasanya digunapakai dalam trading rule oleh broker untuk withdrawal profit dari sesuatu bonus samada bonus deposit mahupun bonus tanpa deposit. Jika broker menyatakan syarat withdrawal adalah 5 lot, ini bermaksud anda hanya boleh withdraw profit trading anda selepas anda trade 5 standard lot yang membawa maksud kepada anda trade volume trading mencecah 50 dollar ataupun bahasa mudahnya trade 5x standard lot mahupun 50x mini lot.

| 6. Leverage

Leverage adalah bermaksud anda menggandakan akaun anda secara pinjaman dari broker. Leverage membolehkan anda trading tanpa meletakkan modal yang besar. Leverage yang besar juga membolehkan anda trading size contract yang lebih besar ataupun bahasa mudahnya trade lot besar tanpa menggunakan modal yang besar.

Leverage yang ditawarkan oleh broker adalah bermula 1:1 hinggalah 1:1000.

Sebagai contoh modal anda adalah 100 usd, maka pengiraan leverage adalah seperti berikut;

1:100 = 1usd anda akan diganda 100x iaitu bersamaan 10,000 usd
1:200 = 1usd anda akan diganda 200x iaitu bersamaan 20,000 usd
1:500 = 1usd anda akan diganda 500x iaitu bersamaan 50,000 usd
1:1000 = 1usd anda akan diganda 1000x iaitu bersamaan 100,000 usd

Melalui leverage besar ini, walaupun modal yang tertera cuma 100usd, tetapi akaun anda berupaya digunakan untuk mendagangkan lot yang lebih besar.

Maklumat dan Strategi berkaitan leverage boleh dibaca di sini.

Di XM.COM anda boleh memilih leverage hingga 1:888! Ini bermakna modal anda boleh diganda hingga 888 kali!

Topik leverage ini sangat berkaitan dengan topik margin di bawah.

| 7. Margin

Margin adalah kos untuk membuka sesuatu trade. Ini bermakna anda tidak boleh membuka sesuatu posisi itu jika modal anda tidak mencukupi.

Sebagai contoh, anda mahu membuka 1 lot standard iaitu mempunyai kos margin 100K unit, kemudian modal anda pula adalah 100usd dengan leverage 1:100. Anda tidak boleh membuka 1 standard lot ini sebab margin anda tidak mencukupi. Ok mari kita kira.

Leverage 1:100, oleh itu anda menggandakan 100x untuk setiap 1 usd anda, ini bermakna akaun anda hanya mempunyai keupayaan margin secara total 10,000 sahaja. Untuk trade 1 standard lot, anda perlukan margin sebanyak 100k unit iaitu untuk leverage 1:100, anda perlukan modal minima 1,001 USD. 1,000 usd diganda 100x adalah bersamaan 100,000 usd. Oleh itu ia membolehkan anda trade 1 standard lot. Pasti anda tertanya-tanya kenapa mesti 1,001 usd dan bukan genap 1,000 usd bukan? Jawapannya adalah 1 usd tersebut itu adalah free margin anda. Jika anda hanya mempunyai 1,000 usd sahaja tapi tidak punyai free margin ataupun margin bebas, maka anda masih tidak boleh membuka 1 standard lot tersebut.

Sila baca dengan teliti di sini untuk memudahkan pemahaman anda. http://pullbackforextrading.com/perkara-penting-yang-anda-wajib-tahu-mengenai-margin-dan-leverage/

Berdasarkan topik margin dan leverage, ia cukup menerangkan bahawa jika anda tidak menggunakan leverage, anda mungkin perlu menggunakan modal besar untuk trade lot-lot tertentu dalam trading. Sebagai contoh mahu trade standard lot, anda perlu deposit sebanyak lebih 100k usd. Keadaan ini adalah di mana leverage 1:1 sedang digunakan iaitu tiada gandaan untuk setiap modal 1 usd anda.

| 8. Bid dan Ask

Bid adalah harga sell/short yang dibuat oleh trader ketika trading manakala Ask pula harga belian sesuatu pair ketika membuat long/buy.

Kenapa ada perbezaan harga bid dan ask ya? -Jawapannya adalah terdapat spread di antaranya. Beza harga bid dan ask ini adalah spread. Spread ini adalah komisyen untuk broker yang juga merupakan keuntungan untuk broker. Broker menghasilkan keuntungan setiap kali trader membuat entry.

Paparan bid dan ask boleh dilihat disebelah kiri platform MT4 dan MT5 anda. Anda juga boleh membuka paparan ini melalui shortcut Ctrl+M dan juga melalui View > Market Watch.

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

| 9. MC

MC atau perkataan penuhnya, MARGIN CALL adalah istilah dan topik popular dikalangan trader. Mana-taknya, mudah sangat nak MC ni berbanding membuat profit.

Trader yang tidak suka pasang stoploss adalah trader paling cepat MC. Kalau tak MC cepat, kena wajiblah gunakan Stoploss. Melalui artikel ini saya sudah kongsikan 5 strategi stoploss yang boleh elakkan anda MC.

Margin call adalah kesinambungan dari topik margin di mana apabila akaun anda kekurangan margin atau margin tidak mencukupi maka anda akan berada dalam situasi margin call iaitu anda perlu menambah modal anda untuk membolehkan akaun anda dapat menampung floating kerugian. Jika anda gagal menambah modal anda, maka posisi trade pada akaun anda akan ditutup secara automatik oleh broker.

*floating = situasi entry trade anda dalam apungan atau sedang berjalan dalam keadaan untung atau rugi selagi ia belum ditutup.

| 10. Bullish dan Bearish

Istilah ini hampir sama dengan uptrend dan downtrend cuma bezanya istilah ini lebih kepada menggambarkan sentiment dalam pasaran.

Ia sebagai tafsiran kepada performance sesuatu saham dan juga matawang itu. Untuk menentukan sentiment sesuatu pasaran, trader perlu menganalisis data fundamental dan berita berkaitan sesuatu matawang itu. Sebagai contoh sentiment positif matawang USD adalah didorong dari peningkatan kadar faedah yang diumumkan oleh Federal Reserve(FED) Amerika.

Baca : http://pullbackforextrading.com/senarai-news-high-impact-kepada-us-dollar-yang-wajib-trader-tahu/

Apabila sentimen pasaran meningkat, ini bermaksud harganya akan naik.
Apabila sentimen pasaran menurun, ini bermaksud harganya akan turun.

Cara mudah untuk membezakan perbezaannya ialah lembu jantan mempunyai tanduk dan melemparkan benda ke udara ketika diprovokasi. Maka harga ditafsir sebagai meningkat/uptrend.

Apabila beruang diprovokasi, mereka naik ke kaki belakang dan merobek barang. Harga ditafsir sebagai menurun/downtrend.

Rumusan

Seperti yang telah anda baca, banyak akronim dan istilah-istilah yang tidak pernah anda dengar atau lihat dalam perniagaan lain. Sekarang tidak lagi terasa pelik dan janggal apabila terjumpa istilah-istilah ini kerana anda sudah tahu dan faham maksud dan penggunaannya.

Sebagai trader, proses pembelajaran adalah proses yang berlaku sepanjang masa dan anda perlu persiapkan diri dan sentiasalah mencari dan menimba ilmu baharu agar menjadi trader yang berpengetahuan luas selain berupaya menghasilkan profit yang konsisten dan boleh pula menyampaikan ilmu itu kepada trader lain.

Sertai kami di XM.COM hari ini dan mulakan perjalanan trading profitable anda.

Salam kejayaan dari saya!

ADMIN
22/11/20

Penafian: tulisan artikel ini adalah pendapat peribadi admin semata-mata dan bukannya dari broker XM. Sebarang cadangan/bantahan mengenai artikel ini sila emailkan kepada admin di admin@pullbackforextrading.com

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.