123 TRENDLINE REVERSAL – PART 2 – REVERSAL TREND STRATEGY

Anda sudah pun pelajari bagaimana untuk mendapatkan entry berdasarkan kaedah trendline rejection, di mana entry itu adalah pada retest ketiga. Kali ini masih sama menggunakan trendline untuk entry tetapi yang berbeza adalah kaedah entry setup yang dicari dan digunakan.

Artikel terdahulu : 123 trendline untuk trend following

Reversal trend adakalanya terlalu mengelirukan apabila price masih naik lagi ketika kita merancang untuk sell dan masih turun ketika kita merancang untuk buy.

Penurunan ini kebiasaannya adalah bersifat stoploss hunting kepada trader sebelum trend bergerak ikut arah yang sepatutnya.

Timeframe

Semua timeframe bermula dari Monthly, Weekly, D1, H4 dan H1. Tidak digalakkan pada timeframe M30 hingga M1 kerana kurang kebarangkalian untuk sukses.

Baca : Strategy Entry Timeframe

Indikator

Anda lebih digalakkan untuk tidak menggunakan apa-apa indikator. Ini bertujuan untuk anda mendapatkan setup yang sepatutnya yang mungkin terlepas pandang jika anda melihat pelbagai kaedah atau teknik.

Anda akan lebih profitable dengan teknik 123 trendline reversal ini jika tidak menggunakan apa-apa indikator.

Untuk memudahkan anda, saya sediakan ilustrasi di bawah.

Sell setup

Untuk mendapatkan setup sell untuk reversal trade, trend perlulah dalam uptrend terlebih dahulu.

Perhatikan jika price/trend sudah membuat higher-high. Seterusnya sambungkan trendline.

Entry adalah jika berlaku retest buat kali ketiga pada hujung trendline dan candle bearish terbentuk. Anda juga boleh entry pada candle reversal pattern.

Dalam keadaan tertentu adakalanya sell adalah jelas invalid jika price break trendline itu. Tetapi jika ia benar hendak reverse, anda akan dapat peluang terbaik untuk sell pada harga yang benar-benar mahal atau tinggi.

Buy setup

Untuk buy setup, trend mestilah sudah bergerak downtrend terlebih dahulu.

Perhatikan jika price membuat lower-low. Sambungkan trendline pada lower low ini.

Entry adalah pada retest pada hujung trendline(low ke-3) dan pastikan candle bullish closed terlebih dahulu. Anda juga boleh entry pada candle reversal pattern walaupun body candle adalah bearish.

Selain reversal trend, bolehkah digunakan untuk continuation trend?

Jawapannya adalah boleh. Sambungan adalah sama dan entry juga sama iaitu pada rejection setelah retest pada trendline.

Saya akan sertakan contoh pada artikel ini. Teruskan bacaan anda.

Recommended : Trendline Breakout Strategy

DEPOSIT & WITHDRAWAL PANTAS DAN TIADA MASALAH

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Recommended Forex Metatrader 4 and 5 Trading Platform:

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

LIVE CHART

Reversal trend – Buy Setup

Trend bergerak downtrend untuk pair GBPJPY pada penghujung tahun 2018. Setup trendline dibuat/dilukis berdasarkan lower-low yang terbentuk pada hujung november dan awal disember. Sebelum berakhir tahun 2018 ini, berlaku kejatuhan mendadak dan secara tidak langsung retest ketiga berlaku pada trendline.

Rejection berlaku apabila candle membentuk shadow panjang dan closed di atas trendline. Candle bullish terbentuk selepas itu petanda confirmation kepada rejection tersebut. Entry adalah pada candle selepas candle bullish tersebut.

Di atas adalah contoh uptrend GBPJPY dan buy entry setup selepas rejection berlaku pada trendline. Kelihatan jelas bullish pin bar terbetuk menandakan ia adalah strong signal kepada reversal trend. Hasilnya price naik tinggi selepas itu.

Reversal trend -Sell Setup

GBPJPY bergerak uptrend sehinggalah terbentuknya higher-high menandakan trend itu ada potensi reversal. Walaupun masih ada risiko ia menyambung kenaikan lagi namun kaedah sell high berdasarkan retest pada trendline adalah cara terbaik untuk memasuki trend reversal pada stoploss yang sangat minima atau kecil.

Selepas retest berlaku, perhatikan candle closed sebagai bearish pin bar, petanda kuat kepada reversal. Oleh itu entry sell dibuat selepas candle itu complete dengan minima SL di hujung candle itu.

GBPUSD membentuk setup sell selepas higher-high terbentuk. Jika lihat pada trendline, sebenarnya berlaku 2x rejection pada trendline. Pada waktu ini mungkin SL trigger jika anda sell selepas candle bearish closed di bawah trendline. Price naik sekali lagi namun selepas itu candle bearish akhirnya closed di bawah trendline. Ini petanda trend gagal untuk terus naik dan ini adalah peluang anda untuk reentry sell.

Loss trade pasti sudah cover apabila price jatuh lebih jauh selepas itu. Lihat kejatuhan trend selepas itu, ia lebih besar berbanding SL anda. Oleh itu jangan risau untuk mengambil loss untuk trade setup ini kerana apabila ia menjadi, ia adalah trade setup yang sangat high reward.

Continuation trend

Saya akan kongsikan berberapa setup menggunakan kaedah yang sama namun untuk tujuan trading berdasarkan following trend.

Trade setup anda adalah berdasarkan retracement trend tersebut. Trendline akan dilukis berdasarkan high-high dan lower-low retracement tersebut.

Uptrend/Buy

Untuk uptrend/buy, perhatikan jika terbentuknya lower-low. Retest ke-3 adalah entry anda. Anda boleh entry jika candle bullish terbentuk ataupun candle reversal signal/rejection candle terbentuk di situ.

Downtrend/Sell

Apabila trend di dalam downtrend kemudian retracement sedang berlaku, perhatikan jika higher-high terbentuk. Lukis trendline pada higher-high itu dan entry sell jika retest ke-3 berlaku.

Anda boleh entry jika candle bearish terbentuk ataupun pada candle reversal signal/rejection candle.

Salah satu contoh setup terbaik – Trend dalam uptrend, retracement berlaku dan membentuk lower-low. Berlaku retest pada trendline kemudian terbentuk candle rejection combo(lebih dari satu candle signal).

Setup combo seperti ini memberikan indikasi bahawa trend reject pada support level dan bakal berlaku reversal dalam masa terdekat. Hasilnya trend bergerak kuat untuk naik selepas candle reject/pin bar ketiga.

Sell setup berdasarkan downtrend – Higher-high terbentuk dan trendline dilukis untuk mencari peluang entry jika retest berlaku. Berdasarkan situasi di atas, retest dan reject berlaku.

Candle bearish terbentuk menandakan trend sudah mula untuk menyambung trend asal iaitu downtrend.

Trend ini jatuh lebih ratusan pips selepas itu. Tidak dinafikan untuk mendapatkan setup ini perlukan masa namun fikirkan reward yang anda boleh dapat melalui setup ini, ia sangat berbaloi tanpa kerja yang banyak.

Akhir kata..

Trading menggunakan trendline boleh jadi satu kaedah yang sangat profitable kepada anda jika anda tahu memanfaatkannya.

Ia mudah diaplikasikan dan tidak memerlukan entry rules yang terlalu rumit. Trading yang terbaik tidak semestinya perlukan peraturan yang terlalu susah juga tidak perlukan chart yang agak serabut dengan pelbagai trading system.

Apabila anda trading pada naked chart, anda sebenarnya melihat potensi secara terus kepada apa yang sedang berlaku pada pasaran pada waktu itu. Jika anda serabutkannya, maka potensi itu sedikit sebanyak telah hilang dan mungkin anda terlepasnya.

Silakan share artikel ini kepada rakan-rakan anda dan tinggalkan komen jika anda punyai sebarang pendapat.

ADMIN
12/09/20

p/s: Teknik ini secara tidak langsung masih mengamalkan konsep K.I.S.S dalam trading. Jika anda belum pernah tahu, KISS bermaksud Keep It Simple Stupid.

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.