4 TIPS BELAJAR TRENDLINE PERINGKAT ADVANCED

Trading menggunakan trendline boleh jadi suatu teknik yang menarik dan boleh memberikan reward ratio yang tinggi kepada trader. Disebabkan sifat trendline itu sendiri berkait terus dengan trend, oleh itu ia adalah teknik terbaik untuk trade breakout samada untuk reversal trend mahupun continuation trend.

Trendline juga disingkatkan sebagai TL iaitu T = trend, L = line.

Trend merupakan salah-satu SNR

Trendline adalah SNR dalam bentuk condong berbanding garisan horizontal(melintang). Namun ia tetapi berfungsi sama seperti SNR.

UTL

Contoh TL pada uptrend. Dalam trading, ia disingkatkan kepada UTL iaitu uptrend-line ataupun up-trendline.

DTL

Contoh gambar TL untuk downtrend. Ia disingkatkan kepada DTL ataupun Downtrend-line/down-trendline.

Trendline breakout

Merupakan topik yang paling wajib dipelajari jika anda peminat entry breakout. Umumnya ada banyak jenis breakout dan trendline salah satunya.

Trendline breakout sesuai untuk entry berlawanan arah kerana sesuatu breakout pada trendline adalah bermaksud trend yang berubah arah. Baca sehingga habis artikel ini kerana ia akan dikupas lebih lanjut.

4 TIPS TRENDLINE YANG WAJIB ANDA PELAJARI;

  1. Sambungan TL yang valid
  2. TL Channel
  3. TL untuk kenalpasti chart pattern
  4. Trend Line Breakout – TLB

TIPS #1. Tips Sambungan TL yang valid(sah)

Untuk sambungan valid/sah, anda perlu kenal-pasti dua point utama untuk sambungkan TL anda.

Untuk downtrend, anda perlu kenalpasti higher-high dan higher low pada chart anda. Disarankan belajar di H4 ataupun D1. Jika sudah mahir barulah gunakan di TF yang lain.

Untuk menyambungkan TL, anda perlu sambungkan di hujung shadow candle. Jangan sambungkan pada body candle. Pastikan juga TL disambungkan secara tepat pada shadow tersebut.

Sambungan TL yang betul

Sambungan yang betul adalah dengan menyambungkan dua point penting untuk trend tersebut iaitu higher-low untuk downtrend dan lower-high untuk uptrend.

higher-low
Lower-High

Sambungan TL salah dan apa yang perlu dibuat.

Sambungan yang salah adalah tidak menyambungkan TL pada hujung shadow candle.

Sambungan di bawah ini adalah betul tetapi tidak digalakkan.

Tips untuk mengetahui adakah TL anda Valid

Selain anda perlu tahu cara menyambung TL dengan betul, anda juga perlu tahu adakah TL anda itu valid untuk trend tersebut. Jika valid, anda tidak perlu lukis TL baru.

Petanda TL anda valid adalah rejection akan berlaku apabila candle retest pada TL anda(tidak break).

Jika TL invalid..

Sila ubahkan sambungan TL anda kepada point SNR berikutnya dengan syarat breakout yang berlaku adalah false break.

TL invalid bermaksud price membuat false break dan bukannya berubah arah. Oleh itu TL perlu dipindah pada sambungan baru. Jika ia betul-betul break, TL tidak perlu dipindah.

TIPS #2. TL Channel

TL Channel bermaksud anda akan melukis lebih dari satu TL pada sesuatu pair chart yang anda trade/analisis.

Matlamat kaedah ini adalah untuk mencari point entry dan juga exit dalam sesuatu trend. Ia hampir sama dengan tools channel cuma bezanya ia disambungkan secara manual pada upper channel dan lower channel.

Sambungan TL untuk channel tidak mempunyai peraturan tepat sambungannya. Apa yang penting adalah anda menyambungkan TL untuk bahagian atas(upper) dan bawah(lower) sahaja. Lihat gambar di bawah;

Di atas adalah contoh uptrend channel hasil sambungan TL untuk upper dan lower channel berdasarkan trend tersebut. Entry buy dan sell dibuat berdasarkan reaksi price ketika menyentuh upper dan lower channel.

Di atas adalah contoh channel untuk downtrend. Entry dan exit dibuat berdasarkan rejection price pada upper dan lower channel ini. Bentuk channel bergantung pada keadaan trend. Inilah yang membezakan tools channel dan juga channel yang dilukis menggunakan TL.

TIPS #3. TL untuk kenalpasti chart pattern

Tips untuk anda kenalpasti chart pattern adalah dengan melukis sambungan TL berdasarkan TF yang lebih besar seperti Monthly, Weekly ataupun Daily.

Melalui cara ini anda boleh kenalpasti bentuk-bentuk tertentu chart pattern itu jika ia ada terbentuk. Anda juga boleh melukis TL ini di TF H4 dengan syarat anda perlulah zoom-out chart anda terlebih dahulu.

Keutamaan chart pattern yang anda cari di sini adalah triangle breakout pattern.

Melalui chart pattern ini anda boleh membuat plan jangka panjang serta ‘prediction’ mengenai pergerakan jangka panjang trend tersebut. Selain itu juga ia boleh membantu anda untuk lebih memahami pergerakan berdasarkan gambaran keseluruhan sesuatu pair itu.

Trendline berfungsi sebagai major SNR pada TF yang lebih besar dan menjadi panduan buy dan sell di masa hadapan.

Selain jadi panduan SNR hadapan, TL juga berfungsi untuk menandakan trend retracement untuk kenalpasti potensi entry apabila breakout berlaku di masa akan datang.

TIPS #4. Trend Line Breakout – TLB

Trendline breakout adalah teknik entry berdasarkan trendline. Sesuatu breakout yang berlaku adalah petanda bahawa trend hendak berubah arah. Ia juga bermaksud sebagai reversal trend.

Apabila breakout ini berlaku, trader akan mengambil peluang untuk entry berdasarkan arah yang berlaku pada waktu itu.

Breakout trendline sebagai confirmation entry

TL akan mewakili sesuatu trend itu sehinggalah ia invalid, iaitu bermakna trend itu akan berubah. Berubah adalah bermaksud ia akan reverse dan ketika reversal ini berlaku, ia akan berlaku dalam bentuk breakout.

Anda boleh jadikan Trend-Line-Breakout(TLB) ini sebagai confirmation kepada sesuatu perubahan trend!

Lihat berberapa teknik TLB yg anda boleh praktikkan terus selepas selesai membaca artikel ini.

  1. Chart pattern breakout
  2. Divergence breakout
  3. Continuation breakout
  4. TLB retest and reject

#1. Chart Pattern Break

Terdapat banyak jenis chart pattern antara yang popular adalah;

  • Head and Shoulder
  • Double top/bottom
  • Triangle
  • Wedge rising/falling

Kesemua chart pattern ini adalah pattern-pattern kepada reversal trend. Oleh itu kemahiran melukis TL akan membantu anda mencari point entry yang tepat iaitu entry apabila berlakunya breakout.

#2. Divergence Breakout

Kaedah ini sangat sesuai dengan menggabungkan dengan indikator oscillator seperti RSI dan MACD.

Anda hanya perlu kenalpasti divergence antara indikator dan juga price trend untuk mendapatkan setup. Seterusnya anda sambungkan trendline untuk mendapatkan point entry. Entry akan dibuat jika breakout.

TL DAN RSI :

This image has an empty alt attribute; its file name is divergence%2Bsell.png
This image has an empty alt attribute; its file name is divergence%2Bbuy.png

TL DAN MACD :

Baca : TEKNIK DIVERGENCE RSI
Baca : BELAJAR MACD

#3. Continuation Breakout

Teknik ini boleh digabung bersama trend indikator. Antara yang sesuai adalah bollinger band dan Moving averages.

TL DAN BOLLINGER BAND :

TL DAN MOVING AVERAGES :

Baca kaedah Moving Average breakout di sini.

SOKONG BLOG INI UNTUK TERUS MENGHASILKAN ARTIKEL-ARTIKEL TERBAIK DI MASA AKAN DATANG!

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Recommended Forex Metatrader 4 and 5 Trading Platform:

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

#4. TLB Retest and Reject

Kaedah ini sama dengan trading SNR berdasarkan fakta SNR.

Beza kali ini ia dalam bentuk condong tetapi masih kaedah yang sama. TL akan berfungsi seperti SBR dan RBS di mana jika break sesuatu trend, entry akan dibuat jika price retest semula kemudian reject.

This image has an empty alt attribute; its file name is TL.png

Baca artikel Retest dan Reject sini.

Bagaimana untuk trade guna teknik ini?

Buka timeframe yang lebih besar. Sebagai contoh H4. Kenalpasti trend pada waktu itu. Jika downtrend, sambungkan TL untuk downtrend. Buka H4 dan nantikan jika price break TL tersebut.

Jika berlaku break, jangan padam TL anda. Cari peluang entry apabila price turun semula ke TL. Ini dipanggil sebagai retest. Entry jika ia rejected. Rejection candle yang dicari adalah pin bar ataupun kumpulan candle yang mempunyai shadow panjang atau sekurang-kurangnya candle bullish di atas TL yang di-retest tadi.

Candle retest dan reject juga berlaku dalam sesuatu trend continuation. Oleh itu jika berlaku breakout pada TL anda, pastikan jangan padam kerana ia mungkin berpotensi menjadi entry point anda.

Perhatikan gambar di atas, TL break pada bulan april. Pada bulan may, berlaku retest semula apda broken TL ini kemudian terbentuknya rejection.

Retest boleh berlaku lebih dari sekali. Oleh itu jika ia retest semula, jangan cutloss entry anda kecuali ia break dan langgar SL anda. Retest kedua biasanya digunakan untuk menambah entry terutama apabila ia reject lagi.

Retest dan Reject juga boleh berlaku pada chart pattern breakout.

Peluang entry boleh dimanfaatkan ketika retest ini. Jadi jika anda jumpa pattern breakout seperti ini dan terlepas peluang, nantikan retest dan entry jika reject. Relax, peluang sentiasa ada.

Akhir kata…

Alhamdulillah dan tahniah bagi anda yang sudah menghabiskan bacaan anda dari awal hinggalah ke akhir artikel ini.

Semoga artikel ini dapat menambahkan kemahiran analisa teknikal anda dan juga entry skill anda. Ilmu yang anda dapati ini mungkin anda akan temui semula di kelas-kelas berbayar di luar sana kerana nilai ilmu ini sendiri saya dapatkan secara berbayar dari trader lain.

Okey lah,

hingga berjumpa lagi di artikel akan datang. Tinggalkan komen anda jika anda punyai pendapat yang ingin dikongsikan.

Silakan Share bersama rakan-rakan anda!

ADMIN
11/08/20

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.