5 KAEDAH TRADING MENGGUNAKAN RSI

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca-pembaca setia blog pullback dan mengongsikan artikel-artikel dari blog ini kepada trader-trader di luar sana. Bulan Julai 2020 sudah pun melabuhkan tirainya dan saya yakin sudah ramai yang memperolehi ilmu yang bermanfaat dari blog ini dan seterusnya banyak membantu trader dalam trading seharian.

Artikel ini pernah saya tulis secara ringkas sebelum ini dan anda boleh baca di sini http://pullbackforextrading.com/relative-strength-index/

Anda ingin belajar menggunakan RSI untuk teknik trading anda? Berikut saya senaraikan 5 kaedah trading menggunakan RSI.

Cara masukkan RSI ke dalam chart:

KAEDAH #1 – OB DAN OS

Overbought(OB) dan oversold(OS) adalah kaedah di mana anda boleh trade pada reversal trend. Bacaan reversal ini adalah apabila RSI mencecah bacaan 70 untuk sell dan bacaan 30 untuk buy.

Tips:

Ramai yang merungut masalah trading reversal RSI ini kerana apabila ia sudah mencapai bacaan OS dan OB ia tidak reverse, sebaliknya terus bergerak trending naik ataupun turun. Anda perlu ingat, sebaik trading adalah yang mempunyai kawalan risk selain dari confirmation entry.

Trader yang bijak pastinya tidak akan entry melulu apatah lagi terus masuk lot besar dan layer banyak-banyak(over konfiden) dengan harapan akan mendapat profit mudah dan pantas.

Berikut cara terbaik trading OS dan OB;

Trend menurun, RSI break bawah 30 petanda trend bakal reverse naik. Confirmation untuk buy adalah;

  • RSI break atas level 30 semula
  • Candle bullish pada chart

Untuk exit trade, anda boleh gunakan kaedah Risk Reward Ratio berdasarkan risk SL anda.

Trend dalam menaik tetapi RSI sudah mencapai bacaan overbought iaitu sudah menyentuh paras 70. Reversal trend bakal berlaku dalam masa terdekat. Confirmation untuk entry adalah seperti berikut;

  • RSI break bawah level 70 semula
  • Candle bearish pada chart

Dalam suatu trend reversal yang kuat, target akan dicapai dengan mudah. Trading dengan confirmation dan juga kawalan risk adalah penting bagi mengelakkan anda masuk pada arah yang belum lagi hendak reverse dan jika ada sekalipun, anda perlulah exit untuk elakkan dari terus kerugian.

Di atas adalah contoh di mana jika anda tidak ikuti confirmation, anda bukan sahaja akan masuk pada trend yang salah malah akan floating besar sebab kedudukan SL yang tidak jelas. Tetapi jika anda entry berdasarkan confirmation, maka anda akan tahu di mana SL anda dan akan exit tepat pada waktunya tanpa berhadapan dengan floating besar.

Dalam perniagaan, kerugian adalah pasti dan tidak boleh dielakkan. Apa yang penting adalah bagaimana anda mengawal kerugian ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is bannerz.jpg

KAEDAH #2 – RSI 50

Kaedah ini sangat mudah di mana anda hanya perlu tahu kedudukan RSI ini, samada di atas level atau bawah level. Teknik sangat sesuai bagi mereka yang ingin membuat swing trading dalam tempoh yang lama. Entry anda juga mungkin akan berlangsung hingga berbulan lamanya bergantung pada sesuatu strong trend.

Kaedah ini lebih kepada mengenal-pasti trend jangka panjang untuk memudahkan plan anda untuk suatu tempoh panjang itu samada fokus buy sahaja atau sell sahaja.

Setting indikator

Ubah period 14 kepada 21.

Padam kesemua level. Add level 50.

Chart anda mesti kelihatan seperti di atas. Perhatikan pada permulaan RSI jatuh di bawah paras 50, ia berlangsung dari febuari hinggalah march tahun yang sama.

Timeframe sesuai adalah D1 untuk menentukan trend. Entry boleh dibuat pada timeframe H1 ataupun H4.

Uptrend

  • RSI 21 di atas 50

Downtrend

  • RSI 21 di bawah 50

Untuk analisis trend di D1, anda boleh gabungkan dengan analisa support resistance.

Perhatikan trend berubah kepada downtrend selepas sideways di atas major support 141.00 untuk GBPJPY. Akhirnya apabila breakout berlaku, GBPJPY jatuh lebih 1,700 pips dalam masa sebulan sahaja.

Bayangkan posisi sell yang anda boleh buat dalam sepanjang proses breakout ini dan mendapat ketepatan dalam semua entry tersebut?..

Perhatikan uptrend yang terbentuk dalam penghujung bulan oktober 2019 hinggalah disember 2019. Trend naik hingga 1,100 pips dalam tempoh ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is bannerz.jpg

KAEDAH #3 – TEKNIK 40/60

Anda suka kepada Daytrading? Teknik ini adalah untuk anda. Anda hanya perlu ubah setting kepada berikut;

Buy setup

  • RSI di atas 60
  • Candle bullish
  • Exit buy jika RSI break bawah 60

Sell setup

  • RSI di bawah 40
  • Cande bearish
  • Exit sell jika RSI break atas 40

Teknik boleh digabungkan dengan teknik kenalpasti trend pada TF Daily untuk dapatkan ketepatan arah.

KAEDAH #4 – TEKNIK DIVERGENCE

Teknik hampir sama dengan teknik #1 namun fokus entry anda adalah berdasarkan divergence yang terbentuk dari chart dan juga RSI.

Timeframe sesuai adalah H1 ataupun H4.

Sell rule

  • Trend membentuk higher-high
  • RSI membentuk higher-low
  • RSI mencecah bacaan OB

Buy rule

  • Trend membentuk lower-low
  • RSI membentuk lower-high
  • RSI mencecah bacaan OS

Untuk strategi exit, anda boleh gunakan ratio 1:1 ataupun 1:2.

PERCUMA $30 UNTUK ANDA MENCUBA TEKNIK INI!

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Recommended Forex Metatrader 4 and 5 Trading Platform:

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

KAEDAH #5 – MOVING AVERAGE + RSI

Kaedah ini menggunakan gabungan RSI dan juga Moving average. Gunakan default setting untuk RSI. Seterusnya buka navigator dan cari moving average di bahagian indikator trend.

Tekan(tahan butang kanan tetikus) dan drag indikator Moving average ini kepada RSI pada chart anda.

Sila ubah setting berikut;

Sila ubah apply to kepada First Indicator’s Data. Pastikan anda melakukan setting ini kerana jika tidak, MA tidak akan bergabung dengan RSI.

Indikator anda akan kelihatan berikut;

Bagaimana untuk trade guna teknik ini?

Ia adalah kepada momentum trading di mana jika berlaku persilangan antara RSI dan MA, ia akan memberikan confirmation kepada momentum pada trend ketikan itu iaitu uptrend, entry buy jika RSI bersilang dan berada di atas MA dan downtrend, entry sell jika RSI bersilang dan berada di bawah MA.

Seperti biasa, sebelum anda terus menggunakan kaedah entry ini, disarankan anda membuat analisa teknikal terlebih dahulu untuk menentukan arah berdasarkan support resistance kemudian barulah membuat trading plan anda.

Klik sini untuk belajar kaedah analisa teknikal percuma!

Akhir kata

Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai sumber pengetahuan anda. Segala informasi yang diberikan ini sedikit sebanyak diharapkan dapatlah membantu anda untuk memantapkan pengetahuan dan strategi trading anda.

Ada pendapat yang ingin dikongsi? Sila tinggalkan diruang komen dan silakan share artikel ini kepada rakan-rakan anda.

ADMIN
02/08/20

This image has an empty alt attribute; its file name is Banner-4-1.jpg

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.