5 KESAN BURUK TIDAK MENGURUSKAN RISIKO

Print Friendly, PDF & Email

Terdapat beberapa kelemahan manusia biasa yang menyebabkan kita sukar untuk menguruskan risiko. Kadang-kadang, jika kita berada dalam situasi yang berbahaya, kita akan meletakkan satu perdagangan yang besar dan berisiko.

Pada masa lain, kita mungkin sukar untuk mengenali apabila kita salah dalam membuat keputusan perdagangan lalu kita terus menggerakkan stop loss kepada jarak yang lebih jauh. Kesan daripada tidak menguruskan risiko boleh dilihat seperti berikut;

1). Anda akan berhenti berdagang.

Jika anda mendapati diri anda tidak dapat menguruskan risiko akhirnya anda akan berhenti berdagang. Ini boleh menjadi sangat mengecewakan terutama bagi yang melakukan sedikit kesilapan namun akibatnya adalah kerugian keuntungan bahkan modal berdagang itu sendiri. Kegagalan untuk menguruskan risiko adalah salah satu sebab terbesar pedagang berhenti berdagang.

2). Kesan peribadi.

Jika anda kehilangan sejumlah besar wang dengan tidak menguruskan risiko, anda akan merosakkan keadaan fikiran anda. Anda juga berisiko meletakkan hubungan dengan pasangan atau keluarga anda di bawah tekanan jika akibat kecuaian anda.

3). Anda mungkin mempunyai perdagangan yang menguntungkan besar, tetapi berhati-hati jika…

Boleh jadi anda menjana untung besar secara tuah atau kebetulan berada dalam situasi yang menguntungkan. Setiap tindakan memberikan hasil dan anda mungkin berasa gembira, dan sangat gembira. Namun, berhati-hatilah! Cepat wang datang, cepat jugalah ia pergi. Satu kesilapan sahaja, akaun anda bakal ‘wipe-out’ oleh pasaran.

4). Tekanan perasaan.

Dengan tidak mengurus risiko dengan baik, ekuiti anda boleh mendapat keuntungan dan kejatuhan yang besar. Ini amat tertekan untuk diuruskan jika anda melihat naik turun akaun anda yang tak menentu. Tekanan yang tinggi adalah tidak menyenangkan dan hidup seperti ini dalam jangka sederhana membawa bahaya memberi kesan kepada kesihatan jangka panjang anda.

Baca >>  CANDLESTICK DAN KAITANNYA DENGAN TIMEFRAME

5). Kesibukan dengan perdagangan.

Mengambil risiko keterlaluan selalunya boleh mengakibatkan anda kerap melihat trade anda. Selang beberapa minit anda akan melihat lagi dagangan anda, anda tidak boleh tidur dengan betul kerana terlalu kerap memantau posisi buy atau sell anda semalaman. Mungkin anda tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga anda kerana dagangan anda sentiasa dalam fikiran anda. Menjadi seorang yang serius dengan perdagangan adalah baik, tetapi terlalu menyibukkan diri dengan perdagangan anda adalah sesuatu yang memudaratkan.

Oleh yang demikian, uruskanlah risiko anda dengan baik dan binalah tabiat yang positif dalam hidup anda. Jangan mengabaikan risiko yang anda ambil semasa berdagang kerana ia mungkin akan memusnahkan hidup anda tanpa anda sedar.

ADMIN
24/02/22

KREDIT HYCMLAB


Text-+=
Translate »