5 PEMBUNUH TERPANTAS AKAUN

5 Pembunuh terpantas akaun trading anda! Mahu kekal jangka panjang dalam trading dan selamatkan modal anda? Jom kenali 5 pembunuh akaun anda.

  1. Ikut-ikut entry orang lain
  2. Emosi
  3. Overconfident
  4. Overtrade
  5. Over-analysis

#1 . IKUT-IKUT ORANG LAIN

Terasa seronok melihat trader lain profit lalu cuba mengikuti entry yang dibuat. Ini adalah antara punca terpantas membunuh akaun trading anda kerana setiap trader pasti punyai perancangan tersendiri bagaimana untuk berdepan jika loss dan bagaimana hendak uruskan recovery.

Terikut-ikut entry orang lain mungkin memberikan manfaat jangka pendek jika sama-sama profit, tapi jika loss, anda mungkin sedikit kucar-kacir bagaimana nak handle loss tersebut.

Jadi lepas ni, elakkanlah terikut-ikut entry orang lain ye.

# EMOSI

Rasa marah sebab kena ‘game’ dengan market? Kejap buy kejap sell dan semua salah? Marah bila rasa tertipu dengan false break? ini tanda-tanda akaun anda bakal margin call sekejap lagi. Anda tidak boleh membuat keputusan dalam keadaan marah dan dendam.

Apabila anda dalam situasi ini akan akan lebih cepat menghancurkan akaun kerana tindakan mengikut perasaan selalunya berakhir dengan kedukaan. Waktu begini seseorang trader biasanya mengambil risk keterlaluan kerana ingin balas dendam, adakah trading ini berkenaan membalas dendam?

#3. OVER-CONFIDENT

Satu lagi pembunuh akaun terpantas secara senyap dalam trading. Hanya sebab terlepas entry berberapa waktu lepas, tak bermakna peluang kali ini 100% akan menjadi. Lalu dengan penuh emosi dan keyakinan setinggi everest si trader itu pun masuk market full margin dengan segala margin yang ada.

Namun sayangnya, perjudian tersebut gagal ditengah jalan apabila berlaku stoploss hunt akibat manipulasi dalam pasaran dan juga false break.

#4. OVER-TRADE

Adakalanya saya tertanya-tanya, bolehkah OT dalam trading? OT atau Over-Time sebenarnya tidak wujud dalam trading melainkan anda hanya akan Over-Trade. Over trading akan menyebabkan anda kehilangan profit yang anda buat sebelum ini kerana siapa boleh tahu jika trend sudah dipenghujungnya dan keadaan market yang sudah kurang volume akibat kurangnya trader dalam pasaran selepas trending?

Over trade biasa berlaku apabila si trader sudah keseronokkan untung dan merasakan seolah-olah market masih nak gerak lagi kerana berberapa bulan lepas selepas buat backtest kelihatan market yang seakan sama di mana selepas naik atau turun, ia masih nak gerak lagi.

Percaya atau tidak, anda akan kehilangan profit anda. Jika tidak pada waktu itu pada waktu yang lain. Lambat laun ia pasti akan berlaku.

#5. OVER ANALYSIS

Terlalu membuat analisa juga adalah punca kenapa seseorang trader itu lebih cepat MC. Ini kerana terlalu membuat analisa akan membuatkan anda bingung serta keliru dengan arah pasaran.

Anda tidak mungkin boleh melihat dengan jelas ke mana arah pasaran apabila anda asyik sibuk membaca news dan mengikuti analisa orang lain hanya untuk membuat perbandingan analisa. Dan jika sama sekalipun, ia belum tentu menjamin entry anda sukses melainkan hanya menambah kebingungan sahaja.

Akhir kata..

Pastikan anda mencatat setiap perjalanan trading anda termasuklah mencatatkan matlamat trading anda ke dalam buku jurnal anda.

Dengan cara ini anda akan mengesan apa punca kerugian anda dan seterusnya mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

Sekian,

ADMIN
29/05/20

Print Friendly, PDF & Email

Comments