5 STRATEGY STOPLOSS DALAM TRADING

5 STRATEGY PENGGUNAAN STOPLOSS DALAM TRADING

STOPLOSS atau singkatan popularnya, ‘SL’ adalah satu bentuk kawalan money management dan risk management dalam trading.Stoploss jika ditafsirkan ia membawa maksud henti(stop) rugi(loss). Jika tiadanya penggunaan SL maka sesuatu trade itu akan terdedah dengan risiko tinggi dan bahaya keadaan naik turun pasaran yang sukar dijangka. Setiap trader mempunyai idea serta pandangan masing-masing terhadap penggunaan stoploss ini. Ada yang suka untuk tidak menggunakannya dengan alasan bahawa wujudnya ‘stoploss hunting’ di dalam pasaran dan ada juga yang membuat cutloss secara manual.

Cara SL ditentukan dalam trading.

Terdapat berberapa cara, ada antaranya yang secara tetap(fixed) menetapkan 100pips SL, 200pips SL, fibonacci level dan lain-lain.. Tapi satu cara paling popular dan mudah untuk menentukan SL dalam trading adalah merujuk kepada swing high/low S&R.

eurusd-m15-rr2

Berikut 5 strategy penggunaan SL yang popular dikalangan trader.

  1. Reward ratio SL
  2. Tight SL
  3. Protective SL
  4. Breakeven SL
  5. Lock profit SL/trailing SL

STRATEGY #1 – Reward Ratio SL

SL digunakan berdasarkan money management, ini dipanggil sebagai reward ratio SL. Nilai SL adalah berkait dengan TP anda atau nilai SL ditentukan terlebih berdasarkan swing high dan low kemudian disesuaikan mengikut risk reward ratio. Sebagai contoh SL 80 pips pada swing low dengan entry point buy, maka secara tidak langsung TP anda adalah 80 pip juga jika anda menggunakan Risk Ratio 1:1, iaitu SL sama dengan TP. Jika anda gunakan 1:2 ratio, maka TP adalah 2x ganda nilai SL.

nota-pullback

STRATEGY #2 – Tight SL

SL digunakan secara terhada dan sekecil yang mungkin. Trading kemungkinan tidak punyai ruang untuk floating selepas trade dibuat dan SL diletakkan. Risiko terkena SL adalah tinggi. Kelebihan kaedah ini adalah risiko anda letak adalah sekecil mungkin. Reward anda adalah semaksimum mungkin dan anda berpeluang menggandakan akaun anda lebih cepat dengan kaedah ini jika berada dalam trending market ataupun breakout market.

nota-pullback

 

Swing low adalah sepatutnya SL tetapi diabaikan kerana SL lebih kecil adalah swing low lebih dekat dengan entry point.

STRATEGY #3 – Protective SL

Protective SL adalah bermaksud SL anda lebih besar berbanding TP anda. Kebiasaannya trader yang menggunakan cara ini adalah scalper. TP scalper ini adalah kecil, namun SL yang ditetapkan adalah besar bahkan ada yang ditahap meletakkan amaun modal keseluruhan sebagai SL. Jika modal 30 usd, maka 30 usd itulah SL.

Protective SL bertujuan untuk menghadkan kerugian jika tersalah entry namun dalam masa yang sama TP trade adalah scalping berberapa puluh pips, dibuat secara compounding.

nota-pullback

 

bos-2

STRATEGY #4 – Breakeven SL

Breakeven, dalam bahasa tafsirannya adalah balik modal – namun dalam trade ia lebih kepada menghapuskan sebarang risiko yang terlibat dalam market. Trade yang dibuka kini selamat dari sebarang risiko(risk free) dan anda tidak lagi perlu risaukan akaun dan trade anda jika berlaku apa-apa masalah seperti sambungan internet mahupun pergerakan luar biasa market. Sangat digalakkan bagi trader yang trading secara swing trading atau take profit ratusan pips.

nota-pullback

STRATEGY #5 – Lock profit/ Trailing SL

Salah satu kaedah popular mengubah scalping trade kepada swing trade. Sebagai contoh anda open trade anda, katalah anda buy pair EURUSD dan pair tersebut melonjak naik dan target profit anda pada waktu itu adalah 30 pip namun pergerakan price adalah 70pips, anda boleh ubah SL anda +30 pips di atas entry anda dan biarkan profit anda bergerak/bertambah apabila price melonjak lagi. Anda boleh tetapkan TP anda 100 pips ataupun 200pips ikut suka anda dengan jaminan profit sebanyak +30pips awal tadi.

Anda boleh anjakkan SL tadi +30pips lagi atau berberapa puluh pips jika trade anda masih profit dan masih bergerak menuju TP anda. Jika anda ubah kepada tambahan 30 pips lagi, maka jaminan profit anda bertambah dari 30 ke 60 pips. Sekiranya price berubah arah dan trade anda tidak mencapai target, anda sudah terjamin untuk mendapat 60pips!

 nota-pullbackKesimpulan..

Ramai trader takut menggunakan SL dalam trade kerana takutnya stopout lebih awal sebelum kena TP. Tak kurang juga yang berpendapat ada broker nanti yang akan sengaja menyebabkan trader rugi jika trader itu menggunakan stoploss dalam trade kerana nanti broker akan menggerakan price tersebut ataupun membesarkan spread agar trade terkena SL cepat. Banyak lagi pendapat mengenai penggunaan SL ini.

Akan tetapi tahukah anda SL inilah yang sebetulnya menyelamatkan akaun dan trade anda dari berada dalam kerugian besar. Malangnya disebabkan tidak ramai yang tahu mengenai strategy penggunaan SL ini maka ramailah yang terdedah dengan risiko malah tidak tahu bagaimana hendak menguruskan trade yang profit dan kekalkannya dalam keadaan profit selagi  price masih berpotensi bergerak menuju TP.

uj-be

Ramai yang mahukan jaminan dalam trade. Ramai juga yang mahu jadi professional trader yang mampu menguruskan akaun bersaiz besar. Maka ilmu Stoploss ini adalah untuk anda dan harapan saya adalah agar anda boleh mendapat manfaat dari ilmu yang dikongsikan ini.

Sekian dahulu perkongsian kali ini.

ADMIN
Pengasas,
www.pullbackforextrading.com

 

Comments