7 TANDA ANDA MASIH BELUM BERSEDIA MENJADI TRADER PROFITABLE

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua traders.

Mejadi trader yang profitable adalah idaman semua orang tetapi sebelum sampai ke tahap itu, masih ada banyak lagi step yang anda perlu fahami dan paling penting, kenal-pasti dahulu siapa personaliti diri anda dan apa kelemahan-kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Selagi tak tahu apa punca kenapa anda masih sukar untuk profitable, selagi tu anda akan bergelut pula dengan emosi. Sehingga rasa nak pecahkan komputer anda gara-gara sering salah buat keputusan.

7 tanda anda masih belum bersedia menjadi profitable trader

Nak tahu apakah 7 tanda tersebut? Berikut saya senaraikan:

  1. Masih beranggapan forex sebagai skim cepat kaya
  2. Masih mencari-cari teknik holy grail 99% win
  3. Risau terlepas peluang entry setiap hari
  4. Masih bergantung dan perlukan pendapat trader lain untuk buat keputusan
  5. Masih belum tahu untuk buat trading plan sendiri
  6. Masih ada perasaan takut loss dan cepat-cepat tutup bila untung
  7. Masih kedekut nak melabur wang, masa dan tenaga untuk sumber berbayar

Ok mari saya huraikan satu demi satu…

Masalah #1. masih beranggapan forex sebagai skim cepat kaya

Anda mungkin pernah melihat trader yang sangat profitable di Facebook mahupun Instagram yang tak habis-habis showoff kereta mewah, party, percutian ke luar negara dan mereka ini pula sering mengatakan forex ini mudah dan anda perlu menyertai kelas dan seminar premium ‘super-mahal’ mereka.

Mereka ini telah membentuk minda anda untuk berfikir secara salah dan anda bakal terjerumus ke dalam penipuan di mana andalah yang memudahkan kekayaan forex mereka sebenarnya. Forex ini walaupun mudah hanya perlu membuat buy dan sell tetapi ia bukanlah mudah untuk kaya pantas hanya dengan mengikuti seminar/kelas dari trader-trader ini. Mereka mungkin saja bukan penipu atau scammer tetapi jika anda berbekalkan pemikiran yang salah, boleh jadi saja selepas kelas mereka ini anda akan masuk lagi kelas lain sebab tak menjumpai apa yang anda harapkan.

Ye la, katalah mereka ini ‘genuine’ trader dan boleh jadi saja modal mereka ini puluhan atau ratusan ribu dollar. Trade seminggu cuma perlu 1-2 kali tetapi sekali untung juga puluhan ribu dollar, anda pula masih struggle nak gandakan 10 usd kepada 1 juta.

Masalah #2. Masih mencari-cari teknik holy grail 99% win(dalam mimpi).

Berapa ramai yang mencari tapi masih tak jumpa-jumpa sampai hari ini? Ada yang sudah lebih 5 tahun trading, masih loss besar tapi masih juga mencari teknik super win 99% accurate..

Baca : 5-6 tahun setia mencari teknik holy grail

Nampak tak apa masalah di situ, 1 buang masa, 2, buang duit banyak sebab loss, 3 mencari benda tak betul. Pastu buang masa lagi bertahun-tahun nak mencari. Inilah mentaliti nak cepat kaya seperti di point masalah #1 di atas.

Sudah banyak loss, kemudian berbangga cerita pula loss tu kepada trader baru(newbie) lain kononnya jumlah loss semua tu mampu beli cash rumah dan kereta. Dasar temberang!

Masalah #3. Risau terlepas peluang entry setiap hari

Selagi ada perasaan ini, anda takkan profitable sampai bila-bila. Isu ini jarang dikupas sana-sini tetapi fikirkan, untuk apa mahu entry setiap hari kalau sememangnya bukan setiap hari akan ada peluang entry.

Punca utama tak lain sebab nak buat profit setiap hari bahkan tidak punya strategi merancang dan menjangka bilakah akan berlakunya pergerakan besar selain diskaun terbaik entry jual harga tinggi dan beli harga terendah.

Ramai trader cuba pelajari fibonacci kerana fibonacci adalah tools yang boleh bantu trader predict bilakah entry untuk pergerakan besar dijangka. Sudah tentu ia tak tepat 100% tetapi sekurang-kurangnya itulah professional trader buat dan bukannya berjudi nasib mencuba segala entry yang terbentuk di M1 atau M5 kononnya boleh bagi profit banyak setiap hari sedangkan analisa trend pun haram tak tahu.

Sila ke halaman ini untuk belajar fibo percuma : http://pullbackforextrading.com/?s=fibo

Selagi ada perasaan risau terlepas entry ini, percayalah anda takkan menjadi profitable trader kerana profitable trader tak buat macam tu. Nampak sangat spesifik tiada trading plan dan masih struggle nak mencari-cari peluang di situ.

Masalah #4. Masih bergantung dan perlukan pendapat trader lain untuk buat keputusan.

Masih berangan-angan nak jadi profitable trader untung puluhan ribu dollar? TETAPI masih tertanya-tanya trader lain apa perlu dibuat hari ini, apa plan minggu ini dan betul atau tak plan diri sendiri untuk dibanding orang lain. Kemudian bila ada perselisihan, plan sendiri dibatalkan dan plan orang lain diikut. Tiba-tiba plan sendiri betul, plan orang lain salah.

Pernah mengalami masalah di atas? Jika ada, itu tandanya anda belum boleh menjadi trader ‘independent’ yang boleh bergerak sendiri dan membuat keputusan sendiri. Fikirkan, adakah trader professional masih perlu tanya pendapat trader lain untuk buat keputusan? Trader-trader ini sudah punyai plan yang lengkap dari segi kawalan risiko dan target keuntungan yang tinggi. Selain itu mereka tahu menguruskan kewangan dengan baik. Oleh itu mereka tidak perlukan pendapat orang kedua atau ketiga. Jauh sekali lepak di laman forum bertukar-tukar pendapat.

Anda harus buang sikap ini kerana ini tanda-tanda anda seorang yang tidak confident terhadap diri dan anda bakal berjudi nasib untuk mungkin untung tetapi rugi yang pasti.

Masalah #5. Masih belum tahu untuk buat trading plan sendiri

Anda mungkin tahu membuat analisa teknikal, tetapi bagaimana dengan trading plan? Adakah anda merancang buy dan sell atau buy sahaja atau sell sahaja untuk minggu ini? Ini jika tahu membuat analisa, bagaimana jika tidak tahu langsung tetapi hanya bergantung indikator semata-mata?

Membuat trading plan ini umpama membuat perancangan strategi berniaga. Apakah anda fikir orang yang berniaga konvensional itu tiada strategi? Jika tiada, itulah sebabnya bakal gulung tikar. Strategi penting bagi menentukan apa tindakan yang bakal dibuat. Contoh strategi yang digunakan adalah ”menantikan retracement dahulu untuk membuat entry, jika price terus naik atau retracement bertukar menjadi perubahan arah, maka no trade akan dibuat.”

Ini adalah contoh strategi berdepan dengan pergerakan pasaran yang sukar diramal. Jika anda belum ada kebolehan merancang seperti ini mungkin saja anda hanya merancang untuk profit dan hanya mahu profit tetapi tidak bersedia untuk keadaan sebaliknya. Itulah sebabnya ada yang floating sampai MC tetapi tidak mahu atau takut salah jika cutloss.

Tahu membuat trading plan adalah ciri-ciri trader yang berdisiplin, tersusun dan bijak merancang. Inilah kualiti yang diperlukan oleh seorang trader, bukan setakat tahu macam-macam teknik. Tapi jika tidak pernah untung apa gunanya kan? Jika anda mahu jadi trader profitable pastikan anda tahu bagaimana membuat trading plan.

Masalah #6. Masih ada perasaan takut loss dan cepat-cepat tutup bila untung

Asal untung, cepat-cepat close. Bila rugi, hold sampai profit tapi berhari-hari hold tapi tak profit-profit. Inilah terjadi bila anda di tahap keyakinan yang sangat rendah dan sudah terganggu emosi akibat kerugian-kerugian lepas yang juga berpunca dari silap sendiri.

Anda tidak mahu berputus-asa tetapi kali ni anda mahu scalping pips-pips kecil dengan lot-lot besar. Tetapi apabila rancangan ini berjaya, anda merasa anda pintar lalu anda melakukannya lagi. Tetapi malangnya pergerakan reversal sukar dijangka anda tertewas lagi. Untung pips sikit-sikit tadi menjadi kerugian yang sangat besar kerana volume yang digunakan sangat besar untuk pips kecil 2-3 pips tetapi floating pula sampai 50 pips.. Dalam masa kurang sehari akaun pun margin call lagi.

Selagi anda masih struggle dengan perasaan ini anda tidak akan ke mana-mana. Untuk menjadi trader yang profitable jangka panjang, anda perlu singkirkan perasaan negatif ini dan perbanyakkan trading jangka panjang dengan risk kecil. Anda harus bina keyakinan diri dahulu melalui profit kecil tapi konsisten. Tetapi jangan tamak pula, nanti anda akan tersungkur semula dan terpaksa bermula di peringkat pertama iaitu bermula dengan risk kecil, compounding semula profit tersebut dan cuba untuk konsisten jangka panjang. Ini sangat memenatkan dan lebih baik jangan jadi tamak.

Tamak bukan ciri-ciri trader professional untuk menjadi profitable. Oleh itu pastikan anda seorang yang mempunyai rancangan realistik jika anda mahu menghasilkan untung besar, iaitu gunakanlah modal yang besar sikit dan melalui konsistensi anda membuat compounding, anda hanya perlu adjust volume anda dan anda bakal menjadi trader profitable!

Masalah #7. Masih kedekut nak melabur wang, masa dan tenaga untuk sumber berbayar.

Nak berjaya, kaya dan konsisten tapi kedekut nak berkorban. Jika anda seorang yang boleh belajar sendiri anda tak perlu masuk kelas, seminar ataupun mendapatkan mentor. Tapi jika anda seorang yang slow learner bagaimana? Daripada buang duit kepada broker, ada baiknya anda ‘buang’ duit tersebut untuk mendapatkan mentor yang boleh guide anda. Atleast tiadalah terkapai-kapai ketika dalam posisi yang salah.

Menurut penceramah terkenal, Brian Tracy, upgrade ilmu dan skill itu penting untuk menambah pendapatan atau keuntungan. Oleh itu anda juga perlu upgrade lagi skill trading anda dengan membaca buku-buku motivasi trader atau buku-buku yang ditulis oleh trader atau investor yang berjaya seperti Warren Buffet, Jack D. Schwager(market wizards), Michael Douglas (trading in the zone) ataupun Dr. Alexander Elder( The New Trading for a Living: Psychology, Discipline, Trading Tools and Systems, Risk Control, Trade Management).

Ada ramai lagi tapi anda boleh cari sendiri melalui internet ataupun di kedai buku berhampiran anda.

Ingat, upgrade ilmu bukan bermaksud belajar pula teknik lain. Tetapi upgrade bermaksud tingkatkan skill trading anda, psikologi dan money management anda. Belajar dari pengalaman trader-trader lain akan membantu membina mindset dan skill yang baik dalam trading dan seterusnya menjadikan anda seorang trader yang profitable!

Akhir kata…

Sampai di sini dulu untuk masa ini. Di harapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memperbaiki kelemahan anda memandangkan tahun ini sudah bakal sampai ke penghujungnya. Adakah tahun ini tahun profitable anda atau sama sahaja dengan tahun-tahun lepas yang masih rugi, rugi dan rugi sahaja..

Jika sudah bertahun-tahun rugi, itu tandanya anda sudah sampai masanya untuk bertindak dan melakukan perubahan.


Sekian,

ADMIN
16/12/19

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.