ADJUSTMENT FIBO UNTUK SHARP ENTRY

Assalam dan Salam sejahtera semua pembaca yang budiman..

Penggunaan fibonacci retracement adalah subjective. Anda boleh gunakannya dalam pelbagai cara samada custom setting ataupun default setting.

BACA : FIBO KREATIF – 5 SETTING FIBO ANDA WAJIB TAHU

Kali ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk menggunakan fibo di dalam sesebuah trend untuk membantu anda membuat entry berdasarkan trend itu tanpa mengubah plan.

Ini bermaksud, jika anda memilih untuk buy atau sell sahaja untuk sepanjang minggu atau bulan tersebut, anda perlu menetapkan fibonacci selaras dengan plan tersebut berdasarkan trend ketika itu.

Sambungan fibo retracement

Jika downtrend, anda perlu sambungkan 100.0 fibo anda ke support baru.

Jika uptrend, anda perlu sambungkan 100.0 fibo anda ke resistance baru.

Bilakah adjustment ini dibuat?

Sesuatu adjustment akan dibuat apabila price break 23.6 ataupun 0.0 fibo. Tetapi kebiasaannya sambungan akan diubah sebaik sahaja price break 23.6.

Logik teknik ini?

Tujuan utama kaedah ini adalah untuk membantu mengenal-pasti SNR berikutnya yang berpotensi untuk menjadi entry berdasarkan trend tersebut. Ini kerana apabila price break sesuatu SNR, ia akan menuju ke SNR berikutnya.

Tetapi disebabkan ia cuma satu fasa correction yang bersifat sementara, apabila cukup masanya, ia akan kembali meneruskan trend asal. Oleh itu break sesuatu SNR hanyalah akan membawa ke SNR berikutnya yang akan menjadi entry.

Cth:

Jika trend adalah uptrend dan price break support, price akan turun ke support berikutnya. Support ini samada berdasarkan fibo retracement level ataupun SNR pada chart sesuatu pair. Apabila breakout ini berlaku hingga ke 23.6, maka setup fibo tersebut akan dibuat adjustment iaitu dengan memindahkan sambungan fibo ke support berikutnya.

Rule sambungan fibo(default):

Untuk uptrend, dari resistance ke support.
Untuk downtrend, dari support ke resistance.

False break dan sambungan baru

False break adalah antara punca kenapa trader sering keliru mengenai sambungan fibo yang dibuat kerana merasakan seolah-olah salah sambungannya.

Contoh downtrend:

Pernah mengalami masalah di atas? Saya yakin ramai trader mengalami masalah ini namun jangan khuatir kerana ia bukan bermaksud sambungan anda salah tetapi anda hanya perlu buat sedikit adjustment sahaja.

Apa yang anda perlu buat adalah mengubah sambungan fibo anda kepada SNR baru tersebut. Dalam gambar saya berikan contoh kepada downtrend. Oleh itu anda akan menyambungkan fibo lama ke support baru.

Contoh uptrend:

False break di dalam uptrend adalah bermaksud terbentuknya resistance baru. Oleh itu sambungan fibo akan diubah ke resistance ini.

Live chart
Jom lihat pada live chart bagaimana ia dilakukan. Proses ini akan berulang hinggalah price tidak lagi kembali ke retracement zone. Ohya, andaikata anda kurang jelas apakah yang dimaksudkan berpatah balik? Jawapannya adalah apabila candle break semula level 100.0 dan kembali memasuki zone retracement level.

Contoh sell setup:

Contoh buy setup:

Penting!
Hanya sambungan fibo 100.0 sahaja yang diubah. Level 0.0 tidak perlu diubah. Level 0.0 tidak perlu diubah kerana jika price break 0.0, ini lebih kepada reversal trend dan barulah plan anda diubah atau fibo anda perlu diubah kepada sambungan berdasarkan trend baru tersebut.

Kedudukan fibo yang asal akan diubah. Contohnya downtrend di mana level 0.0 berada di atas akan diubah ke bawah pula. Sambungan seterusnya mengikut cth gambar di atas.

Akhir kata..

Strategi ini memerlukan pemahaman tinggi mengenai trend dan SNR. Berikut berberapa link ke halaman penting yang saya sarankan untuk anda pelajari :
1. Support Resistance
2. Timeframe

GOODLUCK!

ADMIN
23/01/20

Comments