Analisa Teknikal USDSGD

USDSGD_DailyUSDSGD, 16.03.15 – Berdasarkan analisa ini saya melihat kekuatan price pada hari ini telah break pada harga tertinggi sebelumnya iaitu pada minggu lepas iaitu pada 1.3908. Harga dibuka sangat tinggi pada hari ini(isnin) dan berdasarkan momentum ini saya menjangkakan ia akan terus naik lebih tinggi iaitu pada extension 1.40500 @ 161.8 fibonacci area.

USDSGD_H4Pada timeframe 4H pula saya melihat kemungkinan price untuk turun ke area RBS(resistance become support) 1.3908. Jika price terus tembus maka kebarangkalian bullish trap berlaku dan trade buy saya patut kena stoploss di kawasan 1.3845. Terdapat dua level yang mungkin price akan uji jika penurunan berlaku iaitu pada 1.3865 di mana saya setkan buy limit untuk entry harga terendah jika price pergi ke sana.

Secara fundamentalnya saya boleh katakan sini matawang singapore dollar sedang melemah dan semakin melemah. Keadaan yang sama juga sedang berlaku ke atas matawang Ringgit(MYR) yang semakin melemah terhadap US Dollar.

Entry ini saya akan update pada post berikutnya.

Sekian terima kasih.

-admin-

Analisa ini dikuasakan oleh teknik fibo966.

 

 

Comments