ANDA BARU DALAM FOREX? ARTIKEL INI UNTUK ANDA

ANDA BARU DALAM FOREX? ARTIKEL INI UNTUK ANDA

  • APA YANG PERLU ANDA KETAHUI TERLEBIH DAHULU

  • 5 ASAS UTAMA ANALISA TEKNIKAL YANG WAJIB TAHU

APA YANG PERLU ANDA KETAHUI TERLEBIH DAHULU

Jika anda baru dalam forex trading dan teruja untuk mempelajari ilmu-ilmu teknikal berkaitan teknik entry/exit dan strategi-strategi advance, berikut perkara yang wajib anda fahamkan terlebih dahulu.

1). FOREX ADALAH BERISIKO TINGGI

Apabila anda menceburi bidang ini, anda sebenarnya mendedahkan diri dan wang anda kepada bahaya pasaran forex ini. Saya mengatakan demikian kerana statistik menunjukan 95% trader itu gagal berbanding hanya 5% sahaja yang betul-betul berjaya. Jadi ianya bukan mudah!

2). TIADA JALAN SINGKAT DALAM FOREX

Anda kagum dan teruja melihat mereka yang berjaya dalam trading? Ia mungkin benar, mungkin cuma marketing semata-mata dan mereka bukanlah trader sebenar. Saya melihat ada dikalangan ‘trader’ ini mempromosikan forex sebagai mudah dan senang. Tetapi hakikatnya mereka ini cuba menjual sesuatu kepada anda. Tidak bermakna si trader itu berjaya maka anda juga boleh mudah berjaya seperti dia kerana forex ini memerlukan disiplin dan psikologi yang hebat dahulu barulah anda menjadi trader hebat. Ingat, dalam forex 70% adalah psikologi dan 30% lagi teknik.

3). KERUGIAN LEBIH MUDAH DARI UNTUNG

Untuk untung, ia bukanlah mudah. Ia perlukan usaha dan mentor yang betul untuk membimbing anda. Tiada jalan singkat walaupun anda boleh mendapatkan ilmu percuma melalui google.

4). ANDA MUNGKIN AKAN JADI MANGSA PENIPUAN DALAM FOREX

Forex merupakan lubuk segala wang! Ramai yang mungkin cuba bersahabat dengan anda bukanlah sebab anda sendiri tetapi mungkin kerana wang anda. Ini adalah kerana ramai penipu skim cepat kaya dan penjual-penjual teknik dan kelas yang mahal-mahal di luar sana yang sentiasa mengintai trader-trader baru untuk dimanipulasi dan ditipu dengan cara menawarkan bahawa forex ini mudah.

5). CARI MENTOR

Anda mahu berjaya, anda perlukan pembimbing. Saya sarankan carilah yang terdekat agar anda boleh belajar secara berdepan dan melihat sendiri bagaimana mentor anda menjana keuntungan melalui trading dan bukannya melalui komisyen affiliate ataupun jualan kelas atau buku forex.

3 ASAS UTAMA ANALISA TEKNIKAL YANG WAJIB TAHU

Terdapat terlalu banyak ilmu-ilmu forex ini tetapi bagaiman hendak bermula? apa yang perlu dipelajari terlebih dahulu? Berikut saya berikan tipsnya. Selebihnya anda google sendiri untuk dapatkan maklumat. 🙂

ASAS 1 – PLATFORM PERDAGANGAN

Terdapat dua jenis platform iaitu web trader dan juga metatrader. Persamaan kedua-dua platform ini adalah satu, iaitu membuat analisa dan menguruskan trading anda.

Platform yang paling popular adalah metatrader. Ia boleh dimuat-turun melalui website broker pilihan anda dan install pada komputer. Platform ini juga tersedia dalam bentuk mobile untuk android(boleh dicari di google play) dan juga apps store untuk ios(apple).

Terdapat khabar mengenai penamatan perkhidmatan metatrader 4 dan bakal diganti kepada metatrader 5, oleh itu mulalah biasakan diri mengkaji dan menggunakan platform ini sekarang.

ASAS 2 – CANDLESTICK

Topik wajib dan popular bagi trader. Ia adalah kaedah membaca arah pasaran yang popular dan digunakan secara meluas oleh kebanyakan trader.

Jika anda mahu tahu apa subjek pertama anda wajib pelajari? jawapannya adalah candlestick. Fahamkan bagaimana pembentukannya terlebih dahulu, seterusnya pelajari jenis-jenis candlestick kerana ia mempunyai peranan dan maksud tersendiri dalam pasaran.

ASAS 3 – SUPPORT DAN RESISTANCE

Support dan Resistance adalah subjek wajib anda pelajari kerana ia adalah asas utama dalam trading. Fahami fungsi support resistance ini akan membantu anda memahami dan membaca arah pergerakan price. Support Resistance juga dikenali sebagai SNR dalam bahasa ringkasnya.

Support Resistance terbahagi kepada berberapa bahagian antaranya;

  1. Fibonacci level
  2. Horizontal line
  3. Trendline

ASAS 4 – INDIKATOR TEKNIKAL

Terdapatnya banyak namun yang popular untuk anda pelajari adalah seperti berikut;

  1. Moving average
  2. Stochastic
  3. RSI(Relative Strength Index)
  4. MACD
  5. Bolinger Band

ASAS 5 – MONEY MANAGEMENT

Money management antara topik yang ramai trader abaikan dan hanya pelajarinya setelah menyedari keperluannya dalam pengalawan risiko dalam trading.

Money management atau lebih dikenali sebagai ‘MM’ meliputi topik-topik berikut;

  1. Leverage dan Margin
  2. Risk dan Reward Ratio
  3. Stoploss dan Breakeven

Topik MM ini adalah wajib dipelajari kerana ia umpama menguruskan ‘nyawa’ akaun anda. Anda punyai skill menguruskan kewangan akaun anda, akaun anda akan selamat dan sentiasa berhasil menjana wang berterusan untuk anda.

Akhir kata..

Okeylah, tajuk sudah pun diberikan jadi selebihnya terpulang anda untuk explore dan cari maklumat sendiri.

Jika anda merasakan kesemua maklumat di atas boleh dipelajari, maka teruskan belajar sendiri. Jika sukar, sila cari mentor untuk bantu anda.

Jika sukar juga, maaf untuk katakan, forex ini bukanlah untuk anda. 🙂

Dari buang duit baik buat benda lain kan?

Sekian dari saya.

ADMIN
11/09/18



Comments