KENALI BREAKOUT DAN FAKEOUT

APA ITU BREAKOUT?

  • KENALI BREAKOUT

  • KENALI FALSE BREAK @ FAKEOUT

Hello traders dan followers!

Breakout ada suatu subjek yang wajib dipelajari dan dikuasi oleh setiap teknikal trader. Teknikal trader adalah merujuk kepada trader yang berdagang melalui platform trading samada melalui webtrader, metatrader komputer mahupun mobile smartphone.

Breakout ini ditafsirkan sebagai pergerakan melepasi sesuatu tahap harga. Contohnya harga tertinggi kemarin eurusd ditutup pada paras 1.3000. Hari ini eurusd telah naik melepasi paras harga tersebut kepada 1.3100. Apabila harga baru telah berlaku, ini bermaksud ia telah breakout. Breakout ini membawa kepada harga tertinggi terbaru atau dikenali juga sebagai new high, dan juga harga terendah terbaru ataupun dikenali sebagai new low.

Pergerakan breakout ini juga petanda bahawa sesuatu buyers atau sellers yang kuat atau bilangan yang sangat banyak pada waktu tersebut sehingga menyebabkan berlakunya pergerakan drastik pada waktu tersebut.

Breakout ini boleh dikenali berdasarkan ciri-ciri berikut.

KENALI BREAKOUT

Ciri-ciri utama breakout boleh dikenal-pasti melalui berikut;

1. Candlestick

2. Harga Sokongan dan Rintangan (Support dan Resistance)

Candlestick

Candlestick adalah wakil terbaik untuk membaca arah pasaran kerana ciri-cirinya yang terbentuk juga berdasarkan kekuatan buyers dan sellers dalam tempoh tertentu itu samada 1 minit hinggalah sebulan.

Melalui pembentukan candlestick ini juga kita boleh kenal-pasti breakout yang berlaku pada waktu lepas dan juga semasa. Melalui kita juga boleh prediksi(meramalkan) breakout akan berlaku di masa akan datang. Saya akan kupas topik ini lebih lanjut pada tajuk berikutnya. 🙂

Pembentukan candlestick mempengaruhi arah trend. Apabila breakout berlaku, bermaksud harga melepasti harga terdahulu.

Harga sokongan dan harga rintangan(support dan resistance)

Harga rintangan dan sokongan menjadi panduan untuk kenal-pasti potensi berlakunya breakout di masa akan datang. Harga rintangan atau resistance price adalah berdasarkan harga tertinggi atau high. Harga sokongan pula adalah harga terendah atau low.

Sesuatu high dan low yang tidak berjaya dilepasi kemudian price bergerak ranging di antara high dan low tersebut merupakan petanda jelas akan berlakunya breakout dalam masa terdekat

Price bergerak ranging atau sideways apabila gagal melepasi high dan low terdekat. Ini adalah petanda kepada bakal breakout dalam masa terdekat.

Price dikira sebagai breakout apabila keluar dari zon ranging tersebut.

Faktor yang mempengaruhi kepada ranging dan breakout?

Terdapat berberapa faktor antaranya news release dalam masa terdekat dan anda boleh rujuk di laman forexfactory.

Faktor lain juga adalah seperti fundamental seperti pilihanraya atau faktor politik semasa sesebuah negara tersebut.

FALSE BREAK @ FAKEOUT

False break berlaku apabila kegagalan sesuatu pergerakan tersebut untuk meneruskan arah breakout asal. Contohnya break resistance untuk uptrend tetapi gagal untuk break lalu ia berakhir sebagai reversal iaitu bergerak di arah yang berlawanan dari uptrend tadi kepada downtrend.

Keadaan sama untuk false break downtrend yang berakhir kepada uptrend. Perhatikan gambar di bawah.

Pada permulaannya price break low memberikan hint seakaan bermulanya downtrend.

Price naik semula di atas support yang telah di-break tadi. Ini petanda kemungkinan break tadi adalah false signal.

Seterusnya price break resistance dan terus bergerak uptrend.

Apa yang anda boleh pelajari dari false break ini?

Elakkan dari over-confident untuk trade breakout apabila ia berlaku. Risiko kegagalan breakout sentiasa ada dan ia mungkin merisikokan keseluruhan modal anda jika ia terus reversal dalam range yang besar.

False break boleh menjadi peluang trade jika anda tahu memanfaatkannya. Anda boleh ke laman ini untuk pelajari kaedah false break tersebut.

Akhir kata…

Breakout boleh membantu anda menjana profit dan juga membantu anda menganalisa pasaran. Disebabkan ia mempunyai risiko, anda boleh gunakannya untuk mengetahui samada anda boleh trade atau tidak pada waktu tersebut.

Ciri-ciri breakout boleh dikenal-pasti berdasarkan ranging dalam skala kecil. Ia juga adalah petanda bakal berlakunya pergerakan besar atau mungkin juga tiada pergerakan dalam waktu itu. Oleh itu anda bolehlah ambil keputusan untuk elakkan dari trade untuk elakkan risiko tersebut.

Bagi yang mahu pelajari teknik breakout, saya sarankan untuk ke laman ini untuk pelajaruti salah-satu kaedah breakout.

Okeylah sampai di sini dahulu. Jangan lupa kongsikan artikel ini agar lebih ramai mendapat manfaat dan ilmu ini boleh diperluaskan lagi dikalangan pemula(newbie).

admin
24/09/18



Comments