APA YANG SAYA PELAJARI DARI AKAUN SAYA YANG LEBIH SETAHUN TAK PERNAH UNTUNG(REALITI TRADING)

FOREX Trading adalah bisnes jangka panjang dan seharusnya dilihat sebagai perjalanan yang jauh dan memerlukan strategi jangka panjang untuk kekal selamat(survive) dan seterusnya bangkit dikala kejatuhan dan tampil semula sebagai profitable trader.

MYFXBOOK

Trader yang sudah berada dalam trading pasti faham apa yang cuba disampaikan di atas, di mana survival adalah fokus utama memandangkan pasaran ini sangat berbahaya dan 95% dari pesertanya adalah gagal dan kerugian.

Untuk trading, anda tak semestinya perlukan 99% high probability technique. Ini kerana teknik seperti pada saya, adalah cenderung untuk cepat kaya dan kadangkala berjudi – di sini sahaja sudah tak betul mindset-nya, tu belum lagi masuk topik emosi dan pengurusan risiko.

AKAUN 2017

Akaun ini dibuka pada tahun 2017 dan telah mengalami kerugian teruk hingga jatuh 50% dari modal.

Bermula dari tahun pertama hinggalah berakhir 2018, masih tiada keuntungan. Lihat gambar di bawah;

gambar 1
gambar 2

Jika dilihat pada gambar 1, kelihatan lebih banyak kerugian demi kerugian dialami hinggalah berakhirnya tahun tersebut. Kerugian teruk di alami sejak dari mula akaun dibuka, iaitu pada september 2017 iaitu sebanyak -12.46% hinggalah akhir disember 2017.

Kerugian berlanjutan hingga ke januari 2018(gambar ke-2) di mana mencatatkan kerugian sebanyak -12.46% diikuti -0.45% pada febuari dan -0.29% pada mac.

Keuntungan mula dihasilkan pada april iaitu sebanyak +1.54% namun masih tidak mampu untuk cover keseluruhan kerugian yang dialami 7 bulan sebelumnya.

Kerugian berlaku lagi pada bulan mei iaitu sebanyak -1.29%. Keuntungan mula dihasilkan semula pada bulan jun namun hanya sebanyak +3.1%. Keuntungan terakhir dibuat pada september dan oktober 2018 iaitu sebanyak + 0.31% dan +2.65% sahaja. Selain dari itu kerugian dicatatkan pada julai dan ogos setelah genapnya setahun akaun ini kemudian kerugian lagi dialami pada november dan disember.

Jika ada dapat lihat, total kerugian keseluruhannya sudahpun mencatat -68.02% dalam masa setahun sahaja. Inilah dikatakan berisiko tinggi dan tidak sesuai untuk semua orang.

RECOVERY

Setahun lebih kerugian bukanlah bermaksud ia pengakhiran segalanya. Hasil usaha yang konsisten akhirnya akaun ini berjaya di’recovery’ malah mencatatkan keuntungan bersih sekali dalam masa kurang setahun.

Kerugian masih dialami pada 3 bulan selepas januari di mana januari cuma berjaya menghasilkan +0.07%, sangatlah kecil jika dibandingkan kerugian yang dialami pada disember 2018 iaitu +1.16%.

3 bulan berikutnya iaitu pada febuari, loss sebanyak -0.68%, mac -1.54% dan april -15.46%. Pada waktu ini mungkin ada yang sudah merasakan putus-asa dan mula memikirkan adakah perlu trading atau berhenti kerana lebih konsisten kerugian berbanding keuntungan.

Berakhirnya musim kerugian ini, terima kasih pada bulan mei, sudah mula menunjukkan peningkatan baik apabila keuntungan mendadak dihasilkan sebanyak +37.95% hanya dalam masa sebulan, kemudian diikuti pada jun sebanyak +45.79%. Keuntungan 2 bulan ini sebenarnya sudah melebihi kerugian setahun lepas iaitu sebanyak -68%, diatasi dengan keuntungan positif sebanyak +83.74%. Pada waktu ini kerugian sudah diatasi dan keuntungan juga sudah dibuat.

Pada bulan julai, kerugian berjaya dikawal di paras terendah untuk mengekalkan keuntungan melebihi kerugian di mana sekurang-kurangnya cuma rugi pada -5.85% sahaja.

Pada bulan berikutnya, keuntungan tertinggi dicatatkan iaitu sebanyak +56.76% dalam masa sebulan sahaja iaitu pada bulan ogos diikuti dengan keuntungan sebanyak +3.84% pada bulan september, dan tiada trading dibuat pada jun dan julai tahun ini(2019).

APA YANG SAYA PELAJARI DAN ANDA JUGA WAJIB PELAJARI…

Berikut saya senaraikan dalam bentuk point agar anda boleh ambil point penting sahaja.

  • Jadikan trading sebagai bisnes jangka panjang
  • Jangan hanguskan kesemua modal dalam satu masa
  • Usaha konsisten walaupun market tak menyebelahi
  • Ambil risk apabila market betul-betul sudah mula menyebelahi kita
  • Kurangkan risk ketika dalam losing streak
  • Jangan putus-asa

Jadikan trading sebagai bisnes jangka panjang

Jangan jadikan bisnes anda sebagai overnight success seperti mahu gandakannya ke 1000% dalam masa satu malam sahaja. Pastikan anda lakukan bisnes trading itu bukan untuk hari ini sahaja tapi untuk sekurang-kurangnya 3-5 tahun lagi. Dalam tempoh ini pula jangalah fikirkan untuk topup modal pula. Pastikan 1 deposit dah cukup.

Jangan hanguskan semua modal sekaligus

Tiada siapa mahu rugi dan tiada siapa pula boleh jangka sampai bila akan terus rugi dan bilakah market ni akan OK semula. Yang penting apa yang anda perlu tahu adalah akan tiba masanya ia akan OK semula dan pastikan sampai pada waktu tu anda masih punyai modal untuk terus berniaga(trading).

Usaha konsisten walaupun hasilnya loss sahaja sebab market tak menyebelahi

Harus diingat, tiada siapa dapat kawal market yang mencecah trillion dollar ini. Oleh itu jika anda trading modal puluhan juta sekalipun ia masih tak boleh kawal arah market ini. Jadi akan adalah masa anda kerugian secara konsisten tapi tak semestinya perlu tukar-tukar teknik dan pendekatan anda dalam membuat entry. Cuma belum masanya lagi teknik anda berhasil kerana market ini 70% lebih kepada sideways dan bukannya trending sepanjang masa.

Ambil risk jika market sudah mula mengikuti teknik kita

Jika anda perhatikan dari awal perfomance akaun ini, anda akan dapat lihat betapa saya trade secara high risk. Hasilnya kerugian besar, namun walaupun begitu, dengan usaha konsisten dan keberanian mengambil risk, akhirny dalam masa 3 bulan terbaik dalam tahun ini saya sudah cover kerugian yang dialami lebih dari setahun.

Kurangkan risk ketika losing streak

Kerugian itu adalah pasti dan tak boleh dielakkan. Jika anda mahu kekal dalam bisnes ini dalam jangka panjang, survival adalah keutamaan anda. Ada masanya anda perlu ambil risk, ada masanya anda perlu kurangkan risk kerana waktu itu mungkin akaun akan musnah sekelip-mata jika risk itu tidak dikawal.

Jika anda perhatikan gambar no.2 anda akan faham apa yang cuba saya sampaikan di mana selepas kerugian besar pada januari, kerugian mula terhad pada percentage kecil hinggalah pada pengakhiran disember 2018.

Usaha konsisten tak bermaksud perlu konsisten mengambil risk. Mengambil risk perlulah diambil secara flexible mengikut kesesuaian market. Ia jauh sekali berbeza dengan menukar-nukar teknik.

Jangan berputus-asa

Jika anda gagal dipertangahan jalan, jangan putus-asa. Ini kerana anda masih dalam proses belajar dan mendapat ilmu melalui pengalaman anda. Andaikata saya sudah berputus-asa selepas setahun kerugian teruk, sudah pasti akaun ini hanya suatu kerugian besar sahaja.

Akhir kata…

Trading forex atau apa jua bisnes sekalipun, perkara penting yang kita perlu sentiasa ingat adalah, ia bukanlah seberapa cepat kita berlari tapi sejauh dan selama mana kita boleh berlari.

Sekian dari saya.

ADMIN
13/11/19

Comments