ATR(Average True Range) bantu anda trade ikut trend berdasarkan volatility

ATR(Average True Range) bantu anda trade ikut trend berdasarkan volatility

ATR diasaskan oleh J.Welles Wilder pada tahun 1978 untuk mengukur volatility sesuatu pergerakan perubahan harga pasaran saham. Hari ini indikator ini juga digunakan dalam forex trading. Kegunaan indikator ini juga hampir sama dengan Bollinger Band cuma bezanya ia terletak pada bahagian oscillator dan bukan pada pergerakan candlestick/price.

Timeframe boleh digunakan dari monthly hinggalah H4.

Default setting adalah 14 period iaitu merujuk kepada 14 hari ke belakang untuk menentukan volatility hari ini(dan berikutnya). Untuk panduan memasukkan ATR pada chart anda sila rujuk gambar di bawah;

insert-atr

 

Chart anda akan kelihatan seperti berikut:

GBPJPYH1

 

ATR ini bersandarkan formula pengiraan tertentu iaitu;

  • Method 1: Current High less the current Low
  • Method 2: Current High less the previous Close (absolute value)
  • Method 3: Current Low less the previous Close (absolute value)

ATR - True Range Image

Artikel yang terperinci bolehlah ke sini http://stockcharts.com/school/doku.php?id=chart_school:technical_indicators:average_true_range_atr

Rumit untuk difahami? Jangan risau. ntuk memudahkan pemahaman, saya tuliskan ringkasan di bawah.

ATR bantu anda memasuki market dan juga mengelakkan memasuki market yang berisiko

Perhatikan pada gambar di bawah pada timeframe daily. Peningkatan volatitily dapat dilihat melalui kenaikan data ATR. Apabila volatility sudah hilang/berkurang, kelihatan price sudah mula gerak sideways.

AUDUSDDaily

Lihat pair GBPJPY di bawah;

GBPJPYDaily

 

Pair ini kelihatan fall-sharp pada 03 oktober 2016. Di situ kita dapat lihat peningkatan volatiliti ATR. Tidak lama selepas itu ATR mula mendatar dan price juga gerak dalam sideways petanda tiadanya volatitili dalam pasaran. Ini adalah signal untuk trader elakkan dari berada dalam pasaran trading.

GBPJPYDaily

 

Setelah hampir sebulan sideways, akhirnay GBPJPY naik trending lebih 1,800 pips. Volatiliti pasaran ini boleh dilihat dengan meningkatnya ATR dan akhirnya apabila ia sudah mula menurun, maka price juga berhenti menaik.

GBPJPYDaily

 

Volatiliti terus merudum petanda market sudah hilang kekuatan trending dan penyertaan trader juga berkurang. Sebagai trader yang bijak, semestinya kita harus elakkan trading pada waktu ini kerana risiko yang berlaku pada waktu ini sudah tentulah risiko false signal yang tinggi.

High volatility adalah peluang terbaik entry trade.

Peningkatan ATR dan juga trending market membolehkan saya memasuki market dan profit daripada trade tersebut. Lihat contoh di bawah;

EURUSDH4

 

Saya memasuki buy trade pada pair EURUSD apabila ia kelihatan seakan tidak break support level. Kelihatan juga ATR meningkat, petanda volatiliti meningkat dan kemasukan buyers juga meningkat.atr2Pair AUDCAD dalam keadaan trending dengan ATR juga meningkat, trade buy dibuat berdasarkan keadaan ini dan ia profit tanpa masalah. Breakeven dibuat untuk melindungi trade dari sebarang risiko.

AUDUSD.Daily

KESIMPULAN:

Penggunaan ATR membantu anda kenal-pasti waktu sesuai untuk entry. Akan tetapi faham akan fungsi ini sahaj tidak mencukupi. Oleh itu anda wajib kaitkan ia dengan kaedah teknikal lain sekurang-kurangnya support dan resistance untuk dapatkan entry yang betul-betul terbaik selain dapat tentukan risk reward ratio yang membantu anda menggandakan akaun anda.

Diskaun 50% untuk bulan march bagi anda yang ingin pelajari price action dan mendapat akses percuma(bernilai RM500) ke pullback membership area untuk artikel, nota dan video live trading untuk memantapkan pembelajaran anda. Sila login membership anda di sini.

KLIK SINI untuk membuat tempahan sekarang!

-ADMIN PULLBACK-

 

Comments