AUDUSD WEEKLY CLOSED BEARISH! PETANDA BAKAL BERUBAH ARAH ATAU REVERSAL?

Salam traders!

Seperti yang telah saya postkan minggu lepas, audusd dijangka bakal retest 0.7678 dan kini price telah pun sampai ke level support ini namun selepas isnin kemarin, masih belum ada kenaikan lagi walaupun candle daily jumaat lepas telah pun memberikan signal buy.

Baca :  http://pullbackforextrading.com/audusd-bearish-key-support-0-7678-sebagai-hala-tuju/

Hari ini kelihatan overall trend adalah down di mana satu candle pada daily chart kelihatan bearish candle. Keadaan ini adalah kerana price masih ingin menguji harga terendah jumaat lepas dan kemungkinan untuk berlaku false signal(sell signal) masih ada selagi price tidak close di bawah shadow jumaat lepas.

UPTREND masih sah

Berdasarkan timeframe monthly, price baru sahaja sampai ke 0.7678 namun belum closed lagi sebagai rejection ataupun break di bawah level ini, bermaksud uptrend masih sah cuma belum lagi ada petanda kenaikan.

Perlu diingat, timeframe monthly ini akan ambil masa berbulan-bulan lamanya untuk kita confirmkan perubahan atau penerusan arah trend. Oleh itu jika price sekadar baru sahaja sentuh sesuatu support atau resistance, itu belum lagi confirmed akan berubah arah sehinggalah terbentuknya candle rejection/reversal.

Bulan November 2017 akan menjadi penentu kenaikan ataupun penurunan

Walaupun candle bulan ini seakan hendak closed sebagai bearish engulfing, namun ia tidak bermakna trend akan berubah kepada sell kerana price baru sahaja sampai ke kawasan RBS 0.7678. Sell trend hanya akan confirmed sekiranya bulan november ini price berterusan closed di bawah 0.7678 ini dan diikuti pula pada disember nanti. Maka awal januari 2018 nanti akan berterusan downtrend lagi.

Mungkin ada dikalangan pembaca yang tidak berapa jelas atau faham dengan apa dikatakan, oleh itu untuk sebagai contoh, saya sediakan foto di bawah:

Lihat price action pada tahun lepas 2016 apabila berlakunya downtrend pada november dan disember hasil dari signal rejection pada bulan-bulan sebelumnya.

Rejection ini dikenal-pasti melalui closing body dan shadow.

>>> Open Live Account <<<

Lihat satu rejection candle pada bulan Mei 2017, membawa kepada kenaikan audusd pada bulan jun dan julai tahun ini.

Maka untuk clue berikutnya, saya tafsirkan ia bergantung kepada apa yang berlaku pada bulan november ini dan pastikan ia akan memberikan sekali arah untuk disember dan januari nanti.3

Kesimpulan

Saya ringkaskan plan bulan ini adalah lebih kepada menanti pembentukan pattern candle dahulu untuk dapatkan arah ataupun entry point pada pair audusd ini. Untuk ini timeframe weekly dan daily adalah sangat-sangat penting untuk dijadikan rujukan untuk tujuan di atas.

Bagi ahli membership pullback bolehlah login ke membership untuk belajar kenal-pasti point-point penting perubahan arah ataupun continuation trend. Teknik kenal-pasti ini saya ada sediakan dalam bentuk nota dan video live trade.

MEMBER’S AREA LOGIN – Klik Sini

Saya akan kemas-kini entry ini di masa akan datang. Stay tune!

admin
31/10/17

 

 

Comments