BAGAIMANA MARKING PRICE/SNR BOLEH SELAMATKAN WANG DAN HARI ANDA

Marking price ataupun marking SNR adalah salah-satu kaedah naked trading yang mudah dan tidaklah rumit. Apa perlu adalah anda cuma perlu tahu bahagian yang perlu ditandakan sahaja. Ia terbahagi kepada dua iaitu body ataupun shadow. Hari ini saya akan kongsikan bagaimana kaedah marking ini bukan sahaja boleh selamatkan wang anda dari kerugian tapi juga hari anda dari bad mood akibat kerugian.

Topik marking SNR atau marking price sudah agak sekian lama dibincangkan dalam blog ini dan anda boleh membuat carian maklumat anda melalui ruang search yang disedikan di sebelah tepi.

note: untuk memudahkan, saya akan merujuk marking price kepada marking SNR.

Cara marking

Anda boleh membuat marking berdasarkan body ataupun shadow candle.

Marking anda akan kelihatan seperti berikut;

Tips marking mudah

Anda boleh gabungkan dua marking ini menjadi satu. Ia lebih dikenali sebagai ‘kawasan’ SNR ataupun area SNR. Ia juga dipanggil sebagai zone SNR.

Sebelum kita lanjutkan, terlebih dahulu anda perlu setting mt4 anda dan setkan box marking ini pada tools di bahagian atas chart anda.

Sekarang dengan menggunakan box ini, anda boleh tandakan kawasan SNR itu berdasarkan shadow dan body candle.

Untuk menjadikan chart anda bersih dan tidak semak dengan pelbagai marking, cukuplah anda menandakan dari shadow dan body candle kepada satu line box yang besar. Warna box ini anda boleh pilih dan ubah ikut pilihan anda.

Chart yang bersih boleh membantu anda membuat keputusan lebih baik, oleh sila beri perhatian kepada marking yang anda buat nanti. Pastikan ia tidak serabut dan terlalu banyak marking.

Tips : Buat marking sebanyak 2 atau 4 sahaja sudah memadai. Gunakan TF H4 ataupun D1 akan membantu anda mendapatkan zone SNR penting yang mempunyai kesan kuat terhadap pasaran.

Ok cukup dengan ini, kita teruskan kepada topik utama artikel kali ini iaitu bagaimana marking price/snr boleh selamatkan wang anda dan juga hari anda.

Bagaimana marking price boleh membantu menyelamatkan trading anda?

Untuk tujuan ini, kita kembali seketika kepada asas trading iaitu fakta SNR itu sendiri.

  • Support : Fungsinya untuk buying
  • Resistance : Fungsinya untuk selling
  • Support yang ditembusi akan bertukar fungsi kepada selling
  • Resistance yang ditembusi akan bertukar fungsi kepada buying

Kerugian merosakkan mood?

Kerugian jika dialami berturut-turut atau lose streak, boleh menganggu emosi dan membuat anda bad mood. Apabila seseorang trader itu dikuasai bad mood dan sudah diluar kawalan, dia akan cenderung melakukan lebih banyak lagi kesilapan. Oleh itu, saya akan kongsikan 3 tips utama bagaimana SNR yang simple ini boleh membantu anda keluar dari situasi ini.

Tips #1 – Kedudukan candle dan area SNR untuk emergency exit

Anda telah memahami fungsi dan asas SNR ini. Sekarang apa yang anda perlu buat adalah menandakan kawasan ini untuk memudahkan anda membuat keputusan di masa akan datang berdasarkan reaksi price pada kawasan ini.

Sebagai contoh anda membuat buying namun di atas candle semasa iaitu pada entry anda terdapat marking resistance. Oleh itu anda pastikan membuat exit trade. Perkara yang sama juga ketika selling, jika terdapat support zone di bawah currenty entry anda, pastikan anda exit jika price rejected pada zone support tersebut.

Reentry

Anda boleh membuat reentry sell atau buy jika price menembusi(breakout) sesuatu SNR itu seperti mana fakta SNR iaitu apabila sesuatu SNR itu ditembusi maka ia akan bertukar fungsi.

Faedah emergency exit

Kegagalan menembusi sesuatu SNR itu akan membentuk signal reversal. Dengan itu anda perlulah exit awal dan mengelakkan dari trading yang profit bertukar menjadi loss trade.

Tips #2 – Membuat entry point

Katalah anda hendak trading part time dan berada dalam sesuatu uptrend. Untuk memudahkan trade akan hanya perlu fokus buy sahaja dan point utama entry anda adalah kawasan support.

Anda hanya perlu tandakan zon atau area ini kemudian nantikan price menguji kawasan itu dan entry jika terbentuknya rejection candle. Dalam hal ini rejection candle yang dicari adalah pin bar dan juga hammer.

Timeframe H4 dan D1 adalah paling sesuai untuk tujuan ini.

Tips #3 – Memahami market dari keadaan reaksi price dengan zone SNR

Memahami reaksi price di sesuatu area/zone SNR boleh membantu anda membuat keputusan samada hendak buy atau sell. Jika price gagal tembusi sesuatu support kemudian membuat reversal, maka anda tahu kawasan SNR itu adalah kuat.

Problem dengan SNR single line

Masalah utama dengan satu line marking samada body atau shadow adalah adakalanya candle atau price tidak menyentuh kawasan marking itu. Kemudian apabila kita sedar ia sudah mahu bergerak trending semula pula, kita sudah terlambat untuk membuat entry.

Masalah lain pula adalah false break di mana sebenarnya price bukanlah mahu berubah trend. Namun apabila membuat kedua-dua marking pula nanti khuatir keliru mana satukah line marking yang betul.

Lihat gambar di bawah;

False break berlaku pada marking body candle. Keesokkannya candle bullish terbentuk dan terus bergerak naik.

Marking shadow pula tidak berfungsi sama sekali kerana tiada retest berlaku pada marking ini.

Penyelesaian

Tandakan body dan shadow sebagai satu zone SNR kemudian lihat apa reaksi price di situ, dengan ini dapatlah kita mencari entry yang tepat.

Dengan menjadikan closing dan shadow candle sebagai satu zone SNR, anda hanya perlu melihat rejecton berlaku di atas box, di dalam box mahupun di hujung bawah box tersebut iaitu kawasan shadow candle.

Sekirannya cande close semula di atas box ataupun pullback di luar box, maka itu tandanya trend bakal bersambung semula.

Bezanya dengan single marking adalah, anda dapat elakkan dari false breakout.

Elakkan trading pada false signal akan dapat elakkan anda dari kerugian dan seterusnya menyelamatkan wang dan hari anda.

Cubalah $30 percuma hari ini!

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Akhir kata..

Apa pendapat anda mengenai artikel ini? Diharapkan dengan penerangan ringkas ini sedikit sebanyak dapatlah membantu anda maju setapak lagi dalam dunia trading anda dan seterusnya menjadikan anda seorang trader yang bijak mencari peluang serta professional dalam membuat keputusan.

Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda. Tinggalkan komen jika anda punyai pendapat yang ingin dikongsikan.

ADMIN
27/09/20

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.