BAGAIMANA NEWS FOREXFACTORY BOLEH SELAMATKAN AKAUN ANDA DARI MARGIN CALL

BAGAIMANA NEWS DI FOREXFACTORY BOLEH SELAMATKAN AKAUN ANDA DARI MARGIN CALL

Bagaimana untuk memanfaatkan waktu release news di ForexFactory.com untuk elakkan kerugian besar pada akaun anda

  • Ubah setting masa dan jadual penting Forexfactory anda
  • Merancang trade anda untuk elakkan terkena pergerakan besar
  • Bagaimana untuk fahamkan Data News(Actual vs Forecast vs Previous)
  • 4 sebab untuk elakkan trade semasa news
  • Cara paling mudah trade news(bukan straddle atau hedging)

Forexfactory dan ubah setting penting

Berapa kali anda pernah ‘terkena’ dengan pergerakan besar dalam trading anda? Anda buy sesuatu pair tetapi tiba-tiba jatuh menjunam jauh -Akaun anda loss besar. Mungkin 2-3 kali atau mungkin berkali-kali atau, anda merancang untuk sell sesuatu pair itu berdasarkan analisa teknikalnya tetapi apabila anda buka chart anda, anda dapati ia sudah jatuh jauh dan anda terlepas peluang itu.

Bagaimana untuk atasi masalah ini? Jawapannya ada pada Forexfactory.com!

Link > www.forexfactory.com

Link join forexfactory > https://www.forexfactory.com/join.php

Terdapat banyak senarai news di situ yang mempunyai warna tertentu seperti putih, kuning, oren, merah. Putih bermaksud waktu cuti bank, kuning bermaksud low impact, oren sederhana impact dan merah high impact.

Warna putih dan merah ini adalah penting kerana kita dapat tafsirkan bila market akan slow dan akan berlakunya high impact. Kita abaikan medium dan low impact.

Ringkasan: Apabila bank bercuti maka market akan slow, apabila adanya news merah maka akan berlakunya high impact.

Untuk ini anda perlulah setkan filter terlebih dahulu. Klik simbol filter yang ditanda #1 di bawah:

Ubah setting masa ikut masa pada komputer anda

Beza antara masa Malaysia dengan waktu yang dipaparkan adalah 1 jam. Namun ini tertakluk pada perubahan yang akan dimaklumkan oleh broker masing-masing. Waktu kita(Malaysia) adalah sejam lebih awal. Bagi yang tidak mengubah setting waktu anda, anda boleh menggunakan kefahaman bahawa kita sejam awal maka jika paparan news adalah pada jam 4:30pm, oleh itu kita boleh lihat pada jam 5.30am sebagai waktu news release.

Daylight Saving Time(DST)

Perubahan berdasarkan Daylight Saving time(DST) membolehkan waktu/masa news release akan sama dengan Malaysia. Iaitu 4:30pm = 4.30am berbeza dengan sebelum ini 4:30pm = 5:30am. Perubahan ini biasanya akan dimaklumkan melalui email oleh broker masing-masing. Relax, untuk memudahkan kita semua, kita ubah sahaja setting masa agar tidak perlu pening kepala memahamkannya. 🙂

Waktu dan masa yang lebih mudah

Sila login terlebih dahulu dan daftar jika belum. Seterusnya klik pada ‘masa’ dan pilih match automactically. Kemudian pilih save settings.

gambar no.1 – sync masa untuk samakan dengan komputer
gambar no.2 – selesai sync dan jam adalah sama dengan komputer

Ubah waktu dan masa akan memudahkan anda merancang trade anda.

Merancang Trade anda untuk elakkan terkena pergerakan besar

Walaupun tidak semua dari kita tahu mentafsir atau membaca news(berita) yang dilaporkan di laman-laman internet popular seperti reuters, bloomberg atau blog seperti fxempire, fxstreet dan lain-lain, namun masih ada cara paling ringkas dan mudah untuk memahami news-news berkesan tinggi ini(high impact) iaitu dengan cara memahami bilakah ia akan dikeluarkan dan apa yang perlu dilakukan pada waktu itu.

Cara terbaik adalah -Stay away!

Berdasarkan setting masa di dalam gambar di atas, kita dapati pada jam-jam tertentu pada hari-hari tertentu contohnya jumaat, ada waktu release pada jam 5:30pm, 9:30pm dan 11pm untuk news GBP, CAD dan USD. Oleh itu elakkan trade sebelum dan semasa news ini.

Baca : Profitable S.O.P

Jika anda seorang yang mahir membaca dan membuat analisis fundamental berdasarkan news release ini, tiada masalah untuk anda trade sahaja tetapi bagi yang kurang mahir, saya sarankan untuk elakkan trade sebelum atau pada waktu news ini.

News-news penting

Terdapat berberapa news penting namun berikut adalah yang paling popular

  1. NFP – Non-farm payroll(USD)
  2. INTEREST RATES(USD,GBP,EUR,AUD,NZD,CAD)
  3. ECB Press conference(EUR)
  4. FOMC(USD)
  5. RBA Statement(AUD)
  6. BOE(GBP)
  7. RBNZD(NZD)

News-news penting ini boleh membuatkan pair-pair yang berkaitan bergerak hingga ratusan pips dalam masa kurang sejam. Anda ada pilihan, trade atau abaikan pair ini jika tidak mahu tersilap entry. Memahami data release bagi news-news ini boleh membantu anda memahami kenapa ia naik dan juga turun. Jom fahamkan serba-sedikit.

Bagaimana untuk fahamkan Data News(Actual vs Forecast vs Previous)

Cara mudah untuk fahamkan apa itu actual, forecast dan previous adalah;

  1. Actual = Data terkini
  2. Forecast = Jangkaan atau ramalan
  3. Previous = Data terdahulu

Jika Forecast lebih tinggi berbanding Previous bermakna matawang tersebut dijangka akan mengukuh. Akan tetapi perlu diingat ini cuma jangkaan sahaja. Data actual(sebenar) adalah penentunya.

Jika Actual lebih tinggi berbanding Previous(matawang terbabit akan mengukuh). Jika data Actual lebih rendah berbanding previous, maka matawang itu akan mengukuh.

Namun walaupun demikian, masih juga boleh berlaku sebaliknya iaitu pergerakan arah tidak sama dengan data yang dikeluarkan.

Bagi Interest rates pula, 3 point di bawah penting untuk anda

  1. Rate hike = Bullish/uptrend
  2. Cut Rate = Bearish/downtrend
  3. Unchange = Tidak berubah(adakalanya selepas pengumuman ini price akan bergerak ikut trend asal, jika naik maka ia akan sambung naik begitu jugalah sebaliknya).

4 sebab kenapa wajib elakkan trade semasa news

  1. Sukar dijangka
  2. Terma syarat broker
  3. Server busy(no connection/requotes)
  4. Widen spread

1). Sukar dijangka

Data positif namun matawang masih melemah – Faktor ini lebih kepada permintaan dan penawaran matawang itu sendiri, adakalanya ia berkait-rapat dengan ekonomi negara tersebut seperti kestabilan politik ataupun mungkin berkaitan dengan hutang negara, contohnya matawang EUR melemah disebabkan faktor hutang negara Greece pada berberapa tahun lepas.

2). Terma syarat broker

Berberapa perkara lain kenapa anda perlu elakkan trade news juga adalah kerana faktor lain dari broker itu sendiri. Oleh kerana news ini memungkinkan trader untuk menjana untung mudah dan pantas, maka berberapa terma syarat akan ditetapkan bagi menghalang trader memanfaatkan peluang tersebut. Disebabkan itulah wujud banyak komplen dari trader apabila mereka profit dari trading news ini namun akhirnya dibatalkan oleh broker. Oleh itu, bacalah terlebih dahulu terma syarat broker yang anda gunakan atau lebih mudah, sila hubungi online support chat broker anda.

3). Server busy

Server busy disebabkan oleh berlambaknya kemasukkan trade semasa news tersebut. Ini menyebabkan pula masalah lain seperti no connection, requotes dan trade context busy. Ia menjadi lambat atau lagging untuk memproses order yang anda cuba execute pada waktu itu seperti anda cuba ubah SL atau TP anda namun ia lambat diproses sehingga menyebabkan anda rugi atau keuntungan yang sepatutnya banyak namun berakhir dengan sedikit kerana lambat untuk close trade pada waktu anda mahukan. Bagi masalah requote pula, anda akan dapati sukar untuk membuka apa-apa entry trade.

4). Widen Spread

Widen spread berlaku di sesetengah broker dan kebiasaannya broker akan maklumkan hal ini kepada trader melalui email. Spread yang mengembang ini berbahaya kepada trading hedging atau trade dengan menggunakan SL kecil semasa news kerana bid dan ask yang membesar menyebabkan pending order open atau trigger cepat walaupun secara logiknya kita lihat ia tidak sepatutnya kena. Spread akan kembali normal selepas news(sila rujuk broker masing-masing).

Cara paling mudah trade news(bukan straddle atau hedging)

Seperti yang saya sudah nyatakan sebelum ini cara terbaik untuk elakkan risiko tinggi ketika news release ini adalah dengan elakkan trade pada waktu tersebut. Walaupun data positif, ia tidak menjamin sesuatu matawang itu menaik atau mengukuh. Jadi untuk elakkan dari keadaan yang agak tidak pasti ini sebaiknya adalah elakkan sahaja dari trade.

Walaupun nampak seakan mustahil untuk trade news ini namun sebenarnya masih ada cara untuk trade news ini dengan mudah. Perlu ingat saya cuma katakan jangan trade semasa news sahaja bukanlah bermaksud tidak boleh trade news ini langsung.

Cara trade straddle/hedging(jangan buat)

Open buystop dan sellstop 15 atau 20pips dari current candle sebelum news kemudian jika price spike naik atau turun, maka salah-satu trade anda akan profit.

Risiko trade cara ini

Seperti yang saya huraikan di bahagian no.4 sebelum tajuk ini iaitu widen spread, boleh menyebabkan kedua-dua order ini akan trigger sehingga menyebabkan anda buy dan sell dalam masa yang sama. Bagi trader yang menetapkan Stoploss juga akan berakhir dalam keadaan hit SL untuk kedua-dua pending order.

Selain itu jika broker bukan dari jenis yang widen spread pula, masalah terma syarat akan jadi isu di mana akan berlakulah cancellation profit..

Baca : BREXIT NEWS TRADE

Cara paling mudah trade news

Cara mudah dan terbaik bagi saya adalah trade selepas news tersebut. Biasanya ia perlukan masa 30minit, 1jam hinggalah 2jam selepas news barulah trade news tersebut.

Cara terbaik trade news ini adalah trade selepas news tersebut.

Dengan cara ini kita dapat elakkan;

  • Arah yang berbeza dengan data actual news
  • Masalah widen spread semasa news
  • Masalah no connection/server busy
  • Terma syarat mengarut broker

Tanpa perlu susah-susah untuk menjangka adakah matawang yang saya trade itu naik atau turun, saya cuma perlu lihat kemanakah arahnya semasa news itu, kemudian selesai news itu saya hanya akan masuk jika ada peluang.

Timeframe yang akan saya rujuk adalah H1 dan H4.  Ada trader yang gunakan timeframe M5 untuk melihat peluang entry namun ia agak bahaya kerana kita masih di dalam masa news release oleh itu ia masih dalam waktu trade semasa news.

Peluang trade sebenarnya masih dan akan tetap ada lebih baik selepas news tersebut.

Bagaimana jika price terus spike tinggi 100 pips? terlepaslah peluang…

Adakalanya pergerakan sebegini membuatkan kita rasa rugi terlepas peluang dan berfikir bagaimana jika kita trade full margin pada waktu itu bukankah kita akan menjana ribuan dan puluhan ribu dalam masa singkat?? –YA jika ia berlaku begitu. Tapi jika berlaku salah satu atau keempat-empat point yang saya nyatakan sebagai sebab untuk elakkan trade semasa news maka ia tetap sia-sia sahaja.

Jika demikian berlaku, maka abaikan sahaja trade tersebut dan tunggu retracement selepas berberapa jam atau mungkin trade sahaja keesokan harinya.

Kesimpulan

Trade news mungkin boleh membuatkan anda kaya seketika namun ia bukanlah semudah difikirkan. Banyak kemungkinan yang membolehkan anda kerugian berbanding menjana keuntungan mudah semasa news.

Broker tidak suka anda profit dari news!

Kenyataan saya ini nampak agak ‘kasar’ tapi itulah realitinya. Berdasarkan dari pengalaman sendiri dan dari pemerhatian trader lain yang terkena dengan broker yang membatalkan profit mereka -ia kebanyakannya dari news trade terutamanya hedging semasa news. Ia bukan sahaja tidak berbaloi malah membuang masa kerana apabila anda sudah melanggar peraturan broker tersebut maka anda memang tidak akan menang untuk tuntut profit anda.

Jika untung dibatalkan, jika rugi pula diam-diam sahaja. 🙂

Kalau begitu broker apa-lah yang jujur?

Saya tidak katakan broker itu menipu tetapi sebaiknya elakkan sahajalah trade semasa news ini dan hanya fokus pada trade selepas news. Ia lebih mudah dan tidak melanggar apa-apa peraturan.

Selepas news berlalu, spread kembali normal, buatlah analisa teknikal dan trade semula mengikut teknikal chart dan analisa anda.

Bagi yang ingin belajar lebih lanjut mengenai analisa dan trading teknikal bolehlah mendaftar membership pullback hari ini. Banyak artikel, tutorial dan video live trade disediakan untuk ahli dan juga group whatsapp signal juga saya sediakan untuk berkongsi analisa terkini dan promosi broker.

>>> JOIN LIFETIME MEMBERSHIP <<<

Sekian dulu,

ADMIN
27/11/17

Comments