Bagaimana trading part time boleh jana wang jauh lebih banyak berbanding fulltime scalper?

timbangan1

 

Tahukah anda setiap entry yang anda buka itu adalah risk? Semakin anda menambah entry maka semakin bertambahlah risk anda di dalam trading. Trader yang tidak pernah ambil kira soal risk di dalam trading adalah trader yang tidak pernah peduli akan risiko kerugian besar dan margin call. Berikut tips-tips bagaimana hendak melaksanakan trading yang kurang aktif.

TIPS #1. Jika target sudah tercapai, apa perlu dibuat?
Jika trading anda sudah mencapai target pada hari isnin atau selasa, perlukah anda menambah trading pada rabu, khamis dan jumaat? – Jawapannya sudah tentu tidak perlu. Mencapai target di dalam trading umpama menyelesaikan kerja dalam satu tempoh tertentu. Jika ia boleh siap awal, mengapa perlu anda menambah-nambah kerja anda lagi? Maka jika target sudah tercapai, bercutilah!

TIPS #2. Apa perlu dibuat jika terlepas peluang trade yang terbaik?
Jika anda terlepas peluang trade pada waktu market sedang aktif trending atau mempunyai signal entry yang jelas pada hari isnin, anda masih mempunyai baki 4 hari trading iaitu selasa, rabu, khamis dan jumaat! Jika anda terlepas waktu trade terbaik hari isnin hingga rabu, anda masih mempunyai baki 2 hari trading lagi iaitu hari khamis dan jumaat. Akan tetapi jika terlepas peluang trade dari isnin hingga jumaat, jangan risau kerana masih ada lagi minggu hadapannya.
Market forex didagangkan 24jam sehari, 5 hari seminggu dan berlangsung selama setiap bulan dan setiap tahun. – Kenapa perlu risau jika terlepas peluang hari ini atau minggu ini atau bulan ini sekalipun? Ingat tidak semestinya perlu trading setiap hari kerana waktu terbaik trade itu tidak berlaku setiap masa.

TIPS #3. Loss bersusun-susun banyaknya, apa perlu dibuat?
Menghadapi loss dalam trading itu perkara biasa. Perkara yang luar biasa dalam trading adalah apabila tidak pernah loss dan loss tidak pernah selesai. Akan ada masa tertentu kita akan menghadapi loss terlalu banyak bahkan mungkin akan margin call jika kita tidak ambil tindakan menghalang kerugian tersebut. Jadi apakah yang perlu dibuat? Cara terbaik adalah bertenang, tidak emosi atau mempunyai apa-apa perasaan ingin membuat recovery loss segera dan seterusnya elakkanlah daripada trading tersebut.

Berhenti seketika itu tidak bermakna anda gagal dalam trading. Ia cuma suatu proses menghalang anda dari terus kerugian. Apabila market sudah jelas arahnya, kembalilah trading seperti biasa. Trader yang gagal memberhentikan dirinya ketika berdepan kerugian adalah trader yang akan menghadapi kerugian yang banyak tak terhingga dan hanya akan sedar perlunya berhenti trade setelah margin call. Pada waktu itu apabila market kembali jelas arahnya, akaun trading sudah kehabisan modal dan peluang itu akan berlalu begitu sahaja. Ingat, berhentilah seketika dan trade-lah secara part time!

TIPS #4. Trading pada setup yang mempunyai 1:2 ratio
Risk/Reward Ratio memainkan peranan penting di dalam trade. Jika trading pada ratio 1:2, maka anda sebenarnya meletakkan reward 2x ganda berbanding risk anda(sebagai contoh SL 50, maka target adalah 100). Jika anda mengamalkan cara begini di dalam trading anda, maka mempunyai 1 atau 2 trade seminggu itu sudah cukup banyak kerana jika setiap satu trade itu mempunyai target sekitar 100-200 pips, jika anda mempunyai 2 trade profitable sahaja sudah cukup menghasilkan 200 hingga 400 pips dalam seminggu. Akan tetapi jika anda memikirkan untuk mendapat lebih dari itu dengan trading lebih banyak pair dan membuka lebih banyak entry, maka anda sudah gagal sebelum anda melakukan trading(sifat tamak anda akan menggagalkan anda di kemudian hari nanti).

Jika tiada setup 1:2 ini apa perlu buat? -Elakkan trade, buat kerja lain. 🙂

TIPS #5. Trading pada timeframe lebih besar
Untuk kurang aktiviti trading dan menghasilkan profit lebih besar dan konsisten, anda disarankan trading pada timeframe yang lebih besar iaitu samada timeframe Weekly, Daily ataupun H4 sahaja. Anda tidak akan dapat kurangkan aktiviti trading anda jika anda trade pada timeframe yang lebih rendah dari H1 iaitu M30,M15,M5 dan M1. Ini kerana terlalu ‘noisy’ pada timeframe kecil tersebut dan akan memberikan terlalu banyak entry signal kepada anda sedangkan tidak semua entry signal itu adalah tepat.

Trading pada timeframe yang lebih besar, sebagai contoh H4, akan memberikan masa lebih lama untuk hasilkan signal kerana secara puratanya satu candle akan close selepas 4 jam dan ini memberikan masa yang cukup kepada anda untuk melakukan hal/kerja lain dan entry pada waktu yang betul-betul sesuai tanpa perlu terikat masa dengan melihat chart dan seterusnya risaukan terlepas peluang entry. Anda boleh memantau pergerakan chart 4 jam sekali. Bayangkan berapa lama masa anda perlu habiskan jika trading pada chart 5 minit? -Setiap 5 minit akan wujud signal baru.

Kesimpulan
Trading Forex sememangnya adalah berkenaan menguruskan risk dan bukanlah hanya untuk entry sahaja. Ramai yang beranggapan trading ini hanya untuk menghasilkan profit dan entry sebanyak mungkin untuk melipat-gandakan hasil keuntungan. Semua itu tidak akan membantu anda jika anda tidak punyai pengurusan risiko yang efektif dalam trading anda.

Trading part time adalah kuncinya walaupun seseorang itu adalah fulltime trader. Full time trader tidak trade market secara full time kerana mereka ini menghasilkan lebih banyak profit melalui high reward trading yang sememangnya jarang wujud dalam seminggu mahupun sebulan waktu trading.

Semoga artikel ini dapat membantu anda dan jangan lupa kongsikan bersama rakan anda!

Sekian terima kasih.

-admin-

 

Comments