TIPS MENCARI PAIR YANG PALING MENGUNTUNGKAN UNTUK ANDA

Print Friendly, PDF & Email

Trading ini boleh dibuat dalam pelbagai kaedah dan strategi mengikut kesesuaian personaliti trader itu sendiri. Banyak mengenai teknik dan strategi boleh dicari, dibeli dan dipelajari dari internet dan laman sosial. Dari yang percuma hinggalah ribuan ringgit.

Ramai mungkin beranggapan mempunyai teknik sahaja sudah memadai. Namun pernahkah anda terfikir kenapa trading tidak dapat dibuat sepanjang masa? Setiap kali anda cuba ‘paksa’ market bagi entry pula, setiap kali itulah juga anda akan kerugian?? Adakalanya sesuatu kerugian itu tiada kaitan dengan teknik yang digunakan tapi sebenarnya kerana market itu sendiri. Oh?..

Ok, berapa ramai di kalangan pembaca blog pullback yang trade sesuatu pair ikut trade setup(signal entry) ataupun trade pair tertentu secara tetap(favorite pair)?

Mungkin anda pernah melihat di laman sosial mengenai trader yang mahir dengan sesuatu teknik dan hanya fokuskan teknik itu kepada pair-pair tertentu sahaja termasuklah Oil dan Emas.

Ada juga trader yang dinamik dan trade pair yang berbeza-beza mengikut peluang yang tersedia dan abaikan pair yang tidak berikan peluang.

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan mengenai strategi memilih pair forex sebelum trading.

3 STRATEGI TRADING FOREX PAIR

Trader forex biasanya memilih salah-satu dari 3 kaedah di bawah untuk perdagangan matawang forex mereka;

  1. Fixed pair
  2. Single pair
  3. Dinamik pair

Penjelasannya adalah seperti berikut;

FIXED PAIR

Merujuk kepada pemilihan pair yang tetap iaitu hanya berpandukan kepada pair tertentu secara tetap di mana tiada perubahan kepada pair lain kecuali pair yang dipilih sahaja.

Sebagai contoh, Trade 3 major pair utama iaitu AUDUSD, EURUSD dan GBPUSD atau, GBPUSD, GBPAUSD dan GBPJPY sahaja.. Ada juga yang trade 2 pair sahaja iaitu EURUSD dan GBPUSD atau GBPUSD dan USDJPY sahaja. Pilihan tetap ini adakalanya sehingga 5-6 pair bergantung teknik yang digunakan.

Jika seseorang itu sudah memilih pair tersebut, maka dia hanya akan trade pair itu sahaja dan tidak mengubah-ubah kepada pair lain kecuali hanya perlu.

SINGLE PAIR

Dipermulaan kerjaya saya sebagai trader, inilah kaedah yang mula-mula saya diajarkan di mana fokus utama adalah pair tertentu seperti EURUSD sepanjang masa, GBPUSD sepanjang masa tanpa mengubah-ubah pair lain.

Cara ini lebih konsisten untuk jangka panjang untuk profitable trade dan memudahkan untuk membuat keputusan samada perlu trade dalam minggu tersebut atau abaikan sahaja jika tidak cukup syaratnya.

Walaupun single pair, namun perlu diingat, ia masih cukup untuk memberikan pendapatan 4 ke 5 angka. Rahsianya cukup mudah, entry layer atau full margin apabila terdapatnya setup entry.

Baca >>  TEKNIK CANDLE BREAK

Single pair, tapi multiple entry! -itulah caranya.

DINAMIK PAIR

Dinamik atau berubah-ubah mengikut keadaan semasa sesuatu pair -dan pemilihan akan dibuat jika hanya pair yang cukup syarat sahaja. Ini adalah kaedah yang diamalkan dalam member area CSPRO di mana setiap minggu akan ada ‘pick’ berdasarkan situasi minggu sebelumnya.

Ahli akan diberikan analisa dan trade setup berdasarkan pemilihan pair tertentu yang mencukupi syarat teknik sahaja. Plan lebih awal akan dirangka untuk sepanjang minggu tersebut.

Pemilihan pair adalah tidak tetap berbeza dengan point #1 dan point #2 artikel ini. Oleh itu pemilihan pair akan berubah-ubah setiap minggu bergantung keadaannya. Jika pair yang sama memberikan setup yang terbaik, maka ia akan dilanjutkan ke minggu berikutnya. Jika ia berbentuk doji atau tidak jelas arahnya, maka pair lain akan dijadikan pilihan.

Dari ketiga-tiga kaedah trading pair di atas, point ke-3 adalah pilihan utama kerana tindakan hanya dibuat berdasarkan pair yang cukup syarat dan mengabaikan pair yang tidak jelas arahnya.

Ini dapat mengelakkan kita dari ‘memaksa’ market memberikan trade setup jika ia benar-benar tiada.

BACA : MENJADI PROFITABLE DENGAN TIDAK BUAT APA-APA

Currency strength trader/basket trader

Trading forex cara ini lebih kepada membuat buy dan sell ikut kekuatan sesuatu matawang. Contohnya jika Dollar menguat, maka sell akan dibuat ke atas semua matawang XXXUSD dan buy akan dibuat pada USDXXX.

Kaedah ini menggunakan kaedah analisa hybrid iaitu menggabungkan intermarket analysis dan juga fundamental analysis untuk cari tahu kekuatan sesuatu matawang.

Dashboard currency meter(terdiri dari jenis microsoft excel) juga dibangunkan untuk mendapatkan bacaan meter tertentu untuk melihat kekuatan dan kelemahan sesuatu matawang dan kaitannya terhadap pasaran komoditi, index, saham dan bond.

Dashboard ini pula akan disambungkan kepada MT4 broker anda.

Intermarket Analyser | Forex Factory

Melalui cara ini, trader hanya akan memilih spesifik pair tertentu untuk buy dan sell. Bacaan meter lemah dan kuat akan jadi panduan utama, seterusnya dengan menggunakan ‘script’ khas, trader akan membuat buy dan sell mengikut matawang utama yang dipilih(berdasarkan analisis pada graf excel) dan seterusnya close semua posisi apabila sudah mencapai sasaran tertentu.

[TAWARAN MENARIK] MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

STRATEGY YANG SAYA GUNAKAN DAN BAGAIMANA SAYA MEMILIH PAIR YANG PALING PROFITABLE(BESERTA BUKTI..)

Saya lebih suka trading pair yang berikan peluang dan abaikan pair yang tiada peluang entry. Maksudnya dalam setiap minggu mungkin pair yang dipilih akan berbeza-beza dengan pair minggu sebelumnya.

Baca >>  ADJUSTMENT FIBO UNTUK SHARP ENTRY

Mencari trade yang profitable untuk setiap minggu itu bukanlah susah mana pun asalkan anda punyai strategi yang betul untuk tujuan ini.

Akan tetapi ia bukanlah bermaksud anda perlu trade setiap hari kerana ini bukannya kaedah intraday trader. Ia lebih kepada swing trading tetapi bergantung keadaan. Jika market aktif, matlamat sasaran profit boleh dicapai dalam sehari dan selepas itu anda boleh berehat, withdraw atau tunggu minggu berikutnya pula.

Dalam seminggu memadailah mendapat 1-2 entry yang betul-betul boleh bagi anda keuntungan yang betul-betul ”mengenyangkan” berbanding cuba dapatkan entry setiap hari.

Pepatah dari Wallstreet;

“Bulls makes money, Bears makes money. Pig gets slaughtered!”

Khinzir disembelih? – maksudnya seseorang yang sudah agak tamak, gemuk dengan profit dan tak pandai berhenti cari makan akhirnya akan ‘disembelih’ oleh market itu sendiri.

Sebelum mulakan trade, pastikan kenal dahulu arahnya. Di bawah ada 3 kaedah yang saya sering gunakan.

Tips kenalpasti trend #1 – Indikator trend dan candlestick closing

Trend direction/arah pasaran yang jelas – Anda boleh mulakan analisis anda berdasarkan trend hari-hari atau minggu-minggu sebelumnya.

Untuk analisa trend menggunakan indikator, anda boleh gunakan kaedah moving average. Jika anda mahir lihat trend ikut candlestick, anda boleh gunakan candlestick. Trend boleh ditentukan ikut closing candle berbanding candle sebelumnya.

Fokus pada pair yang trending sahaja. Kemudian, abaikan pair yang bergerak sideways.

Dalam member area saya sudah kongsikan satu kaedah candle arah paling mudah dan simple untuk buat analisa tersebut. Sila login ke member area dan klik pautan kedua pada menu untuk pelajari kaedah ini.

Melalui kaedah moving average, anda hanya perlu cari pair yang trending iaitu berada di atas MA atau bawah MA sahaja.

Trend dikira downtrend jika closing di bawah EMA atau uptrend jika closing di atas EMA.

Jika anda menggunakan candlestick closing pula, anda hanya perlu cari candle yang mempunyai closing body yang lebih tinggi atau lebih rendah berbanding candle-candle sebelumnya.

Anda akan mengikuti trend buy atau sell berdasarkan closing lebih tinggi atau lebih rendah hari atau minggu sebelumnya.

Tips kenalpasti trend #2 – Candlestick pattern

Terdapat banyak pattern, namun dapat menguasai dua atau tiga sudah memadai sebenarnya. Pada saya, tiga pattern utama adalah seperti berikut;

  1. Pin bar(hammer/shooting star)
  2. Engulfing(bullish/bearish)
  3. Star(morning/evening star)

Kaedah ini biasanya saya gunakan di Daily dan Weekly. Adakalanya di Monthly juga.

Shooting star – Memberikan signal sell. Entry boleh dibuat pada candle kedua dan seterusnya.

Engulfing – Entry akan dibuat selepas candle close dan confirmed. Bukan setup favorite sebab candle selepas engulfing terletak agak tinggi dan berisiko sikit.

Evening dan Morning star – Signal reversal kuat di mana kehadiran candle bearish dan bullish menjadi penguat kepada reversal apabila candle kedua dan ketiga membentuk reversal.

Pattern-pattern ini semuanya adalah petunjuk kepada perubahan arah trend di peringkat paling awal. Oleh itu ia akan jadi sangat berguna jika anda mengesan potensi ini pada waktu awalnya.

Baca >>  Mother Bar Candle Yang Anda Perlu Ketahui

Kaedah ini boleh digunakan di Daily ataupun Weekly. Entry boleh dibuat pada permulaan trend setelah ia confirmed. Dalam free membership CSPRO, kaedah ini telah saya terangkan lebih lanjut.

Tips kenalpasti trend #3 – Candle dan SNR

Kaedah ini lebih kepada menggabungkan candlestick dan SNR untuk dapatkan confirmation setup yang lebih tepat dan profitable.

Umumnya mengetahui candlestick sahaja tidak mencukupi. Oleh itu filter tambahan diperlukan. Dalam kes ini, SNR adalah diperlukan.

Anda boleh baca lebih lanjut di sini https://pullbackforextrading.com/cara-sebenar-menggunakan-snr-candlestick-dan-multi-timeframe/

Sesuatu rejection pada SNR level di’confirm’kan melalui candlestick pattern. Selepas itu trend akan terbentuk.

Sebagai trend follower, tugas anda pastilah untuk mengikuti trend ini.

Sekarang, mari bincangkan mengenai teknik entry pula.

Strategi Entry Pilihan – Fibonacci retracement

Apabila trend sudah dikenalpasti, langkah seterusnya adalah mengenalpasti entry. Fibonacci merupakan tools paling saya minati untuk tujuan ini.

Ia adalah kerana dalam fibonacci terdapatnya entry area pada retracement level.

Zon-zon fibonacci retracement akan membantu anda merancang bilakah masanya untuk anda membuat entry atau no trade jika keadaan belum mengizinkan.

Terdapat 3 level utama yang perlu anda fokuskan iaitu 38.2, 50.0 dan 61.8. Tiga level ini dikenali sebagai golden ratio yang memberikan potensi profit besar dan petunjuk kepada market aktif.

Setelah mengenalpasti kedudukan golden ratio ini, seterusnya anda perlukan trigger point anda iaitu candlestick signal juga.

BACA : https://pullbackforextrading.com/kelebihan-dan-kekurangan-teknik-satu-arah/

Penerangan lebih lanjut disediakan dalam member area premium. Sila login dan fahamkan.

Antara trade setup yang dikongsikan dalam group signal

Berikut signal live trade terkini pada awal tahun ini dan penghujung tahun lepas melalui group signal.

note : history trade lepas boleh diakses di group telegram.

Apabila anda dapat sesuatu pair yang memberikan arah yang jelas, dengan mudahnya anda boleh memanfaatkan peluang tersebut.

Akan tetapi, pesan ikhlas dan jujur dari saya adalah, jangalah terlalu overkonfiden dan belajarlah untuk tidak selalu trade walaupun sudah banyak winning. Kenapa? Anda akan faham bila tiba masanya nanti.

Rumusan dan Akhir kata

Rumusan dari keseluruhan tajuk:

  • Pemilihan pair boleh dibuat secara tetap, dinamik dan juga mengikut kekuatan sesuatu matawang
  • Pemilihan pair ikut syarat setup akan memudahkan membuat keputusan. Pair yang tidak cukup syarat diabaikan
  • Setelah pair dikenalpasti, rancangan entry boleh dibuat menggunakan fibonacci retracement
  • Fibonacci retracement mempunyai golden ratio sangat memudahkan trader merancang entry

akhir kata..

Trading boleh jadi sangat menguntungkan jika anda tahu kaedah yang paling ringkas dan mudah untuk membaca trend pasaran. Semua data sudah tersedia di hadapan mata anda. TAPI jika anda masih kurang jelas dan kurang faham akan apakah teknik yang betul-betul boleh membantu anda, itu tandanya anda perlu lakukan perubahan segera.

Anda kini punyai satu sebab untuk bertindak, sertai kami sekarang!

ADMIN
05/03/22

Credit : nikita-vantorin, unsplash

Leave a Reply

Text-+=
Translate »