BEST AND WORSE PERFOMANCE 14 MEI ~ 18 MEI 2018

 

Penilaian prestasi buruk dan baik adalah berdasarkan trend Weekly dan entry pada D1 ataupun pada H4. Berikut berberapa pair yang saya trade pada salah satu akaun live saya. Saya akan mulakan dengan best perfomance dahulu.

KLIK SINI UNTUK PELAJARI ASAS TEKNIK

*Sesetengah gambar diubah-suai untuk membantu pemahaman.

Best perfomance pair:

USDCAD

Pair USDCAD pada weekly candle memberikan hint pair ini bakal membuat penurunan. Oleh itu pada timeframe yang lebih rendah, entry sell high menjadi fokus utama.

USDCAD rejected di bawah number psikologi 1.3000 dan closed sebagai pin bar. Ini petanda sangat jelas pair ini bakal membuat penurunan ke support terdekat.

Berdasarkan D1 dan Weekly, nombor genap 1.2900 dikenal-pasti sebagai key resistance terdekat untuk entry point.  Dalam masa yang sama terdapat bouncing price berberapa kali di kawasan ini.

Rejection berlaku di level 1.2900 ini dan entry sell dibuat dengan profit lebih 90 pips menuju ke support 1.27516.

AUDUSD

Pair ini telah rejected pada 0.74720 dan closed sebagai dragon fly doji. Ini membawakan signal kepada buying. Oleh itu fokus sepatutnya adalah buy sahaja.

Pada H4, entry dibuat apabila price retest semula key level 0.74720 ini kerana berlakunya signal rejection di situ. Buy trade trigger.

Hasilnya pair ini naik lebih +70 pips dari entry signal. Akan tetapi ia masih berada di bawah resistance 0.75615 – Untuk uptrend, price wajib break atas resistance ini.

CADJPY

Pair CADJPY membentuk rejection dan sekaligus memberikan hint buy pada minggu lepas. Resistance 85.721 kini bertindak sebagai support untuk buying.

Pada H4 price memberikan ‘respon’ sebagai bullish rejection petanda kuat bakal berlakunya breakout dan price akan naik. Oleh itu buy trigger.

EURAUD

Pada timeframe weekly, kelihatan bahawa pair ini jelas bakal meneruskan trend rejection yang terdahulu iaitu membuat pullback setelah berlakunya bearish engulfing selepas terbentuknya pin bar di bawah 1.61800.

Pullback berlaku di bawah 1.59648 yang telah membentuk shadow yang agak panjang menandakan kemasukan sell majoriti di kawasan ini.

Entry sell dibuat pada H4 apabila pin bar sell signal terbentuk. Pair ini jatuh lebih 200pips menyentuh ke Weekly support level 1.56183.

Worst perfomance pair:

USDJPY

Pada weekly timeframe, terdapat signal rejection sell. Namun sepanjang minggu lepas pair ini agak trending menaik dan secara tidak langsung sell signal weekly menjadi invalid.

Satu-satunya sell signal terbentuk pada penghujung sesi dagangan jumaat dan cuma memberikan peluang profit cuma sebesar +35 pips sahaja.

Disebabkan peluang profit yang sangat rendah dan tiadanya peluang profit yang lebih besar, maka USDJPY adalah antara pair yang mempunyai prestasi yang agak buruk untuk di-trade minggu lepas.

EURUSD

EURUSD seperti USDJPY – mempunyai signal reversal trend namun price lebih cenderung untuk meneruskan trend asal dan tidak berlakunya reversal seperti di Weekly chart.

Price membuat retest ke shadow candle seperti audusd tetapi eurusd akhirnya break dan stay di bawah shadow tersebut. Ini memberikan petunjuk bahawa kemungkinan untuk uptrend itu adalah tipis jika price gagal naik atas shadow ini semula.

Kegagalan price untuk naik semula atas low shadow minggu lepas kelihatan apabila sell signal terbentuk setelah cuba untuk melepasi level ini gagal. Pada asalnya telahpun terbentuk buy signal namun stoploss trigger apabila price terus break di bawah low terbaru minggu lepas.

GBPUSD

Masih berada sideways sepanjang minggu lepas, arah yang tidak jelas samada buy atau sell, oleh itu pair ini lebih baik dielakkan berbanding di-trade.

Hari ini GBPUSD telahpun break dari zon ranging ini dan mungkinkah trend downtrend kembali meneruskan perjalanannya?

Akhir kata..

Trading memerlukan kesabaran dan ketelitian dalam menentukan tindakan samada buy atau pun sell. Kerugian boleh diminimakan melalui kawalan risiko dan kewangan, manakala keuntungan boleh dimaksimakan dengan cara ratio pengambilan untuk yang besar selain mengambil entry point yang benar-benar diyakini memberikan risk kecil dan reward yang besar.

Promosi Membership Ramadhan

ADMIN
25/05/18

Comments