BEST AND WORSE PERFOMANCE PAIR 07 MEI ~ 11 MEI 2018

Salam all readers!

Minggu lepas merupakan minggu kedua dalam bulan Mei ini dan juga merupakan minggu yang agak sibuk bagi warga Malaysia kerana pilihanraya umum ke-14 sedang dijalankan di mana kita menyaksikan pertukaran kerajaan baharu apabila kerajaan sebelum ini telah dikalahkan. Tahniah kepada Tun M yang sekali lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tun kini menjadi PM ke-7 di Malaysia. Tahniah sekali lagi.

Okeylah berbalik kepada topik trading, minggu lepas saya sempat merekodkan berberapa trade yang sukses berdasarkan teknik yang saya kongsikan di sini.

Kita mulakan dengan BEST PERFOMANCE atau winning trade terlebih dahulu.

GBPAUD

Pair ini pada minggu sebelumnya adalah bearish trend. Ini membawa kepada trade plan sell. Oleh itu pada lower timeframe seperti H4 dan Daily hanyalah sell yang akan dicari. Saya suka menggelarnya kepada ‘fokus sell sahaja.”

So, apabila trade plan sell, maka mana-mana resistance, atau SBR(support become resistance) price adalah dalam pemerhatian.

Pada timeframe Daily sell signal dikenal-pasti di area RBS dikenal-pasti di 1.81659 dan di sini telah terbentuknya sell signal iaitu shooting star ataupun bearish pin bar.

Oleh itu sell dibuat.

Trade sell GBPAUD sukses dengan 200+ pips profit untuk satu single entry.

GBPCAD

Pair ini juga bearish ataupun sell berdasarkan candle weekly. Cuma satu masalah di sini iaitu ia betul-betul closed di support area/1.73812 di weekly. Dalam masa yang sama pair ini telah pun break uptrend-line, petanda ia bakal downtrend atau, confirmed downtrend.

Oleh itu amatlah penting untuk membiarkan ia membuat retracement dahulu sebelum memutuskan untuk entry sell.

Entry trade untuk pair ini sedikit berbeza dengan kaedah candlestick pattern. Pada timeframe H4, resistance terdekat iaitu 1.75358 sebagai panduan untuk entry sell.

Apabila price closed di bawah resistance ini(1.75358) sell trade dibuat. Exit trade adalah +125 pips pada kawasan support 1.7381.

AUDJPY

Pair yang pada saya sangat ‘cantik’ memerangkap trader yang menyangka ia akan meneruskan downtrend namun jika kurang peka pada key level terdekat, trade yang sell pair ini sudah tentu berakhir dengan sell at low dan terperangkap dalam reversal.

Berdasarkan candle yang dibulatkan, ia adalah petanda reversal buy. Namun price turun pula. Saya memerhatikan jika berlakunya sebarang perubahan di key level 81.555 untuk buy jika price ‘respect’ key level ini untuk buy. Hasilnya ia rejected dan price mula reverse.

Terkini -ia telah closed sebagai bullish pin bar, kemungkinan tinggi untuk buy akan berlaku minggu depan dan minggu berikutnya dengan syarat ia mestilah break downtrend-line pada weekly. Ini mungkin memakan sedikit masa.

USDJPY

Secara keseluruhan pair ini closed sebagai double top di H4 ataupun Tweezer top pada Weekly timeframe. Ini membawa kepada sell signal untuk minggu hadapan.

Sebab utama kepada sell USDJPY di atas hanyalah bersandarkan kepada sell pada resistance dan tidak lebih dari itu. Jika anda trade berdasarkan confirmation, sell itu akan lewat sedikit namun masih valid.

USDJPY membuat sedikit penurunan namun ia bukan dalam keadaan trending, oleh itu peluang profit adalah minima ataupun sedikit sahaja.

EURCAD

Pair ini sesuai untuk sell berdasarkan trend minggu sebelumnya iaitu bearish. Oleh itu dengan mudah hanya perlu fokus sell sahaja kerana ia tidak berada dalam keadaan sideways atau dipenghujung trend.

 Pada timeframe Daily, sell signal terbentuk. Signal ini mengikuti trend Weekly. Oleh itu sell dibuat. Lihat gambar di bawah.

Setelah sell trade hit TP, trend kelihatan seakan hendak berubah arah kerana buy signal telah terbentuk. Mungkinkah minggu depan trend akan berubah? 🙂

Worse perfomance @ Losing trade

Pair-pair berikut adalah antara losing trade pada minggu lepas. Ia ditentukan berdasarkan trend sepanjang minggu tersebut.

GBPUSD

Pair ini mempunyai prestasi yang agak buruk kerana ia langsung tidak trending samada sell ataupun buy.

Sideways sebegini biasanya membawa petanda kepada breakout yang akan berlaku dalam masa terdekat. Kemungkinan besar pada minggu hadapan.

CADJPY

Pair ini closed neutral/doji pada minggu sebelumnya seakan memberi petanda ia hendak berubah arah. Namun ia berakhir kepada uptrend semula. Arah tidak berapa jelas seketika dan mungkin telah memberikan false signal sell kepada trader. Pada pemulaannya trend kelihatan downtrend namun akhirnya ia berubah arah semula.

Keseluruhan candle adalah masih dalam kategori inside bar kerana belum break dari mother candle. Minggu lepas closed sebagai bullish pin bar, petanda ia lebih kuat kepada uptrend dan tidak mustahil untuk break mother candle untuk confirmed sebagai uptrend.

Price perlu break sepenuhnya di luar zone resistance 85.725 untuk confirmed sebagai uptrend.

EURUSD

Pair terakhir untuk kategori losing trade atau pair yang mempunyai prestasi kurang baik adalah eurusd. Pair ini mungkin sudah berada di fasa terakhir downtrend kerana hanya membuat penurunan sekitar 150pips dari permulaan minggu lepas kemudian melompat naik semula di atas key level 1.1900

Jika diikutkan pada weekly timeframe ia sepatutnya bearish namun kelihatan stuktur perubahan trend sudah ada dan kemungkinan besar ia berubah arah itu adalah tinggi.

Akhir kata..

Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami live market dan macamna nak trade market tersebut hanya dengan membaca candle Weekly dan memantau pada Daily ataupun H4 untuk entry point.

Bagi yang berminat untuk pelajari teknik scalping candle, promosi masih dijalankan. Anda bolehlah ke laman web ini untuk sertai.

Sekian,

ADMIN
13/05/18

Comments