BEST PERFOMANCE 21 MEI ~ 25 MEI 2018

BEST PERFOMANCE 21 MEI ~ 25 MEI 2018

Tidak banyak pair yang sempat trigger pada minggu lepas. Berikut adalah catatan tiga pair yang mempunyai prestasi terbaik minggu lepas untuk rujukan pembaca blog sekalian. Saya hanya akan ulas pada best perfomance pair sahaja untuk memudahkan pengkaji teknik ini fokus pada keberkesanan teknik ini.

KLIK SINI UNTUK PELAJARI ASAS TEKNIK

Pair lain?

Pair seperti USDJPY hanya sekadar breakeven apabila trade stopout kerana kekuatan atau sentimen trend pair ini lebih kepada selling.

Saya tidak mahu serabutkan anda untuk mencari apa solution kepada loss trade ini sebaliknya lebih baik terima ia sebagai sebahagian dari adat resam berniaga iaitu untung dan juga rugi.

Best perfomance pair:

USDCAD

Pair ini meneruskan prestasi terbaik untuk minggu berikutnya apabila ia memberikan peluang profit buy berdasarkan trend minggu sebelumnya yang closed sebagai bullish trend.

Pada H4, price turun ke support minggu sebelumnya kemudian rejected. Buy trade pada support ini bersesuaian dengan konsep support resistance iaitu buy di atas support.

Buy di support adalah bersesuaian dengan trend bullish sebelumnya iaitu untuk menyertai kumpulan majoriti minggu terdahulu iaitu buy/uptrend.

GBPUSD

Pair ini akhirnya closed sebagai bearish setelah minggu terdahulu closed seakan neutral. Ini memberikan hint ia bakal berada dalam downtrend pada minggu lepas.

Melalui trend bearish ini, sell trade dibuat pada H4 jika terdapatnya signal yang mengikuti arah weekly tersebut.

Apabila price menyentuh SBR area, sell dibuat untuk menyertai trend sell ini. Tiada candle pattern terbentuk namun trade ini sukses dengan profit lebih +140 pips.

EURUSD

EURUSD pada weekly chart secara jelas memberikan petunjuk trend adalah downtrend apabila candle pin bar telah break pada minggu berikutnya kerana ia closed di bawah shadow pin bar itu. Ia memberikan clue trend sell akan berlanjutan pada minggu seterusnya.

Pada H4, low atau shadow candle pin bar yang break(rujuk gambar atas) dijadikan panduan entry sell minggu lepas.

Trend EURUSD adalah sama dengan GBPUSD dan entry sell juga adalah sama. Dalam situasi seperti ini candle reversal signal langsung tidak terbentuk untuk dijadikan panduan entry.

Ulangkaji di laman membership..

Sila login ke membership untuk pelajari lebih banyak kaedah untuk pemantapan trading anda selain dari nota pembelajaran yang diberikan dalam blog ini. Sila klik sini untuk login atau klik sini untuk join.

Sekian dulu ulasan untuk minggu lepas, kita jumpa lagi pada artikel yang berikutnya..

ADMIN
29/05/18

 

Comments