BEST PERFOMANCE 25 JUN ~ 29 JUN 2018

BEST PERFOMANCE 25 JUNE ~ 29 JUNE 2018

Pair berikut memenuhi syarat entry point berdasarkan karakter candlestick pada timeframe weekly(setup mingguan) yang menjadi clue pada minggu berikutnya.

10% off membership klik sini

Ciri-ciri candle yang dicari adalah candle yang memberikan arah yang jelas berdasarkan jenis candle itu bersesuaian untuk menjadi arah kepada sepanjang minggu berikutnya iaitu minggu lepas.

SILA KE SINI UNTUK PELAJARI SECARA PERCUMA TEKNIK CANDLE INI…

Tanpa membuang masa, berikut adalah best perfomance pair pada minggu lepas.

EURJPY

Berdasarkan candle weekly, candlestick yang terbentuk adalah pin bar. Maka secara tidak langsung, trade plan adalah buy.

Fibonacci disetkan pada H4 untuk menentukan SNR dan potensi entry point.

Trade plan adalah buy berdasarkan weekly candle, oleh itu support level pada fibonacci dijadikan sebagai panduan entry buy. Trade pertama trigger pada 38.2 apabila harga jatuh pada awal dagangan minggu lepas namun berjaya naik semula ke 61.8 namun tidak lama kemudian price turun semula ke 38.2. Ia bounce seketika dan akhirnya reverse naik melepasi harga tertinggi minggu lepas.

Harga tertinggi baharu berakhir di extension 127.2 fibonacci level. 127.2 ini juga bertindak sebagai TP area.

EURUSD

Eurusd weekly candle closed sebagai bullish candle dengan pattern seakan pin bar. Oleh itu trade plan adalah buy.

Pada H4, eurusd membuat kenaikan pada awal sesi dagangan minggu lepas namun melakukan penurunan semula untuk menguji semula harga terendah minggu sebelumnya.

Harga naik di paras harga tertinggi berbanding minggu terdahulu namun kemudiannya bertukar dan berterusan downtrend hinggalah sampai ke 23.6 fibonacci dan closed sebagai rejection candle disitu, petanda bahawa seller semakin di’tolak’ pada peringkat ini. Ia menjadi petanda bermulanya kemasukkan buyers. Entry buy dibuat pada level 23.6 ini dengan stoploss pada 0.0 fibonacci.

Harga akhirnya naik semula ke harga tertinggi minggu sebelumnya iaitu di 100.0 fibo dan berakhir di situ. Trade buy juga berakhir di sini(exit buy).

GBPUSD

Pair gbpusd berada dalam downtrend di awal tahun ini sehingga ke pertengahan tahun. Pada penghujung jun ini kelihatan seakan bermulanya fasa correction pada downtrend tersebut. Ia dikukuhkan lagi pada rejection candle weekly yang memberikan hint kepada correction tersebut.

Candle pattern ini dikenali sebagai dragon fly doji di mana body candle closed sebagai neutral iaitu pada sama dengan harga opening.

Berdasarkan shadow yang panjang, trade plan buy dibuat.

Harga naik seketika setelah turun ke 61.8 namun gagal untuk berterusan naik. Harga jatuh dan membentuk false signal buy pada 50.0 fibo. SL trigger apabila harga terus jatuh dan tutup di bawah paras 50.0 ini hinggalah ia jatuh lagi melepasi harga terendah minggu sebelumnya. Namun pada hari khamis, harga bounce di bawah weekly’s low dan kemudian pada hari jumaat, harga mula mendaki semula dan berjaya closed di atas weekly low ini. Akhirnya harga kembali uptrend berdasarkan signal buy candle weekly yang dianalisa sebelum ini.

Akan tetapi kenaikan ini hanya kekal hingga 50.0 fibo hinggalah penutup sesi dagangan. Semua trade ditutup pada paras ini.

GBPJPY

Gbpjpy closed sebagai pin bar namun disebabkan ia adalah bearish body dan agak besar berbanding eurjpy, maka ia dalam keadaan weak signal kerana closing price yang agak ke bawah atau lebih rendah berbanding opening price pada minggu tersebut. Namun disebabkan terdapatnya shadow yang panjang, ia juga dalam kategori buy signal namun berisiko tinggi.

Bearish body candle memberikan petanda pair ini berkemungkinan untuk turun dahulu sebelum ia naik  semula kerana sebelum ini juga terdapatnya candle rejection. Pada H4, entry point buy dibuat berdasarkan fibonacci dan SNR yang terdapat berdasarkan history lepas.

Harga jatuh ke level fibo 23.6 dan 0.0 bermula dari isnin hinggalah khamis. Pada jumaat, harga berjaya untuk closed semula di atas 0.0 iaitu harga terendah minggu sebelumya berdasarkan fibonacci level. Harga terus melonjak naik bermula awal pagi dagangan asia jumaat hingga ke level 76.4 sampailah ke sesi penutupan dagangan minggu lepas dimana semua buy trade ditutup di sini(76.4).

Worse perfomance?

Dua pair yang mencatatkan kerugian berturut-turun sepanjang minggu lepas adalah USDJPY dan juga NZDUSD.

Ini adalah kerana pada weekly candle ia memberikan hint kepada selling bagi USDPY dan buying kepada NZDUSD namun apa yang berlaku adalah trend bergerak berlawanan dari signal candle dan masih mengikuti trend asalnya.

NZDUSD

Pair ini dalam keadaan downtrend namun pada weekly timeframe telah closed sebagai pin bar. Pin bar ini terbentuk pada support level terdahulu. Oleh itu trade plan adalah buy.

Disebabkan body candle adalah bearish, maka risiko harga terus turun adalah tinggi dan itulah yang berlaku pada H4 apabila harga gagal untuk kembali di atas harga terendah minggu terdahulu dan ia berakhir dengan loss ke atas semua buy trade yang dibuat.

Berdasarkan gambar di atas kita boleh lihat secara jelas harga membuat pullback ke bawah berbanding closing semula di atas paras 0.0 fibo seperti yang berlaku pada gbpjpy dan gbpusd, iaitu closed di atas weekly low minggu sebelumnya.

Pair ini berterusan membuat low terbaru hinggalah ke sesi penutupan minggu lepas. Kesemua buy trade di tutup di paras ini.

Tips : Jika anda trade pair ini berdasarkan candle pattern, anda selamat dari kerugian kerana tiada satu pun candle signal terbentuk disitu.

USDJPY

Usdjpy dalam keadaan uptrend dan signal bearish engulfing yang memberikan hint kepada reversal(downtrend) telah gagal apabila harga cuma turun di awal dagangan minggu lepas namun berterusan reversal naik pada hari-hari berikutnya.

Pada H4 boleh dilihat secara jelas harga bounce di paras harga terendah minggu sebelumnya namun tidak mempunyai kekuatan untuk terus bergerak turun.

Terdapat lebih banyak support level yang menyokong kepada uptrend berbanding SBR yang menyokong kepada downtrend. Terdapat banyak signal pin bar namun masih gagal untuk menjadi signal terbaik kepada selling apabila SL sentiasa trigger di hujung shadow pin bar ini.

Tips : Signal pin bar ini hanya bertahan untuk penurunan sebanyak sekitar 15-20pips sahaja dan entry scalping sahajalah yang akan berjaya di sini.

Harga berakhir pada sekitar harga tertinggi minggu sebelumnya dengan tiadanya harga tertinggi yang baharu.

Penutup

Dengan berakhirnya minggu lepas bermakna berakhirlah sudah dagangan bulan lepas. Closing candle baru pada monthly timeframe akan menjadi clue kepada bulan julai ini.

BACA : http://pullbackforextrading.com/candlestick-dan-kaitan-timeframe/

Suatu latihan atau penilaian adalah perlu dilakukan dalam tempoh yang lama untuk menentukan samada sesuatu teknik itu masih releven ataupun tidak.

Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang setia mengikuti posting ini dan dengan itu bagi anda yang ingin menyertai membership pullback bolehlah mendapatkan diskaun 10% untuk menjadi ahli baru.  Bagi ahli lama, anda bolehlah login ke membership untuk ulangkaji price action dan kaedah EMA20.

Daftar ahli baru(10% OFF) > KLIK SINI.

Login ahli > KLIK SINI.

Sekian,

ADMIN
020718

 

 

Comments