BPT – Best Price Trading

Salam traders!

Pernahkah anda mengambil berat mengenai entry point anda pada lowest/highest price atau ‘best price’ yang anda boleh dapatkan setiap kali memasuki market(trade/trading)?

Sejak trading FOREX ini hanya berkisarkan mengenai harga, maka sebagai trader, adalah menjadi keutamaan untuk mendapatkan harga terbaik untuk setiap kali trading, iaitu membeli pada harga terendah(buy low) dan juga jual pada harga tertinggi(sell high) untuk mendapatkan profit yang maksimum di dalam trading dan dalam masa yang sama meminimakan risiko di dalam trading tersebut.



Entry cara ini biasanya diamalkan oleh professional trader untuk swing trading ataupun position trading. Mereka ini sangatlah berdisiplin dan sabar dalam mendapatkan entry tersebut. Akan tetapi perlu diingat, professional trader yang dimaksudkan pastinya trading lebih banyak matawang dan menggunakan modal yang agak besar, mungkin tidak sesuai untuk sesetengah orang.

Untuk mendapatkan best price entry ini ia biasanya memakan masa berhari-hari malah berminggu-minggu lamanya. Posisi yang dibuka juga pastilah mengambil masa yang agak lama juga untuk ditutup untuk mendapatkan pula best price untuk exit point. Ya, sudah pastinya buy low dan sell high!

Berikut saya kongsikan 3 tips mudah untuk trading cara ini.

Tips Best Price Entry

TIPS #1 – TIMEFRAME
Menggunakan timeframe yang lebih besar – Menggunakan timeframe untuk merujuk kepada entry mungkin berbeza bagi setiap individu. Ada yang beranggapan trading menggunakan timeframe monthly dan weekly agak lama dan mungkin dalam sebulan hanya mendapatkan 1 atau 2 entry sahaja. Akan tetapi jika keuntungan yang dihasilkan adalah ribuan pips mengapa tidak kan? Saya telah terangkan secara terperinci mengapa anda perlu trading pada timeframe yang lebih besar itu di sini.

Trader yang menjadikan timeframe monthly dan weekly ini sebagai rujukan analisa biasanya adalah position trader yang akan membuka posisi trade yang agak lama. Risiko agak besar namun reward juga adalah lebih berganda besar berbanding risiko anda itu. Tetapi perlu diingat, posisi trade anda mungkin akan memerlukan floating negatif atau positif lebih dari sebulan hingga 3 bulan lamanya untuk sampai ke target tersebut.

EURJPYfMonthly

EURJPY TIMEFRAME MONTHLY, TAHUN 2013 – EURJPY didagangkan di atas paras resistance bulanan 127.716(yang telah menjadi support/RBS) pada bulan Jun dan price terus naik selama 9 bulan hinggalah Disember dan memasuki bulan Januari 2014. Total pips untuk uptrend itu sahaja adalah 1,738 pip hingga ke harga tertinggi 145.68.



GBPJPYfWeekly

GBPJPY TIMEFRAME WEEKLY, TAHUN 2014 – GBPJPY didagangkan di atas paras support mingguan 167.761 dan telah berada dalam uptrend selama 13 minggu hinggalah pada penghujung Disember 2014. Total pips hingga ke highest price adalah 1.8664 pips.

TIPS #2 – MENGGUNAKAN FIBONACCI UNTUK ENTRY DAN EXIT
Tools fibonacci adalah tools terbaik untuk entry harga terbaik samada terendah ataupun tertinggi. Entry kebiasaannya dirujuk melalui retrace price pada fibonacci retracement level dan exit maksium profit pada fibonacci extension.

GBPUSDfDaily

GBPUSD TIMEFRAME DAILY JUN 2015 – Best entry pada level fibo 23.6 memberikan potensi profit +840 pips hanya untuk 2 entry sahaja.

TIPS #3 – CONFLUENCE ENTRY/TRADING
Trading pada confluence setup juga adalah antara yang boleh memberikan best price entry untuk trading anda. Confluence adalah bermaksud pertindihan dua analisa/teknik berbeza atau lebih dari 3 gabungan analisa(juga bermaksud lebih banyak teknik analisa dalam 1 masa tetapi pastikan tidak serabut).

Antara yang biasanya digunakan adalah trendline, MA(moving average), fibonacci, candlestick price action dan juga support resistance.

GBPUSDfWeekly
Confluence trendline dan fibonacci
Confluence S&R dan juga fibonacci
Confluence S&R dan juga fibonacci
confluence antara EMA21, S&R dan Candlestick pattern/price action
Confluence antara EMA21, S&R dan Candlestick pattern/price action

Sekian serba sedikit perkongsian saya mengenai best price trading ini. Ia adalah bermatlamatkan entry terbaik untuk buy low/sell high dalam trading. Akan tetapi ia bukanlah jaminan untuk sesuai kepada semua orang. Oleh itu nasihat dari yang pakar dan lebih bertauliah adalah penting sebelum anda menggunakan kaedah ini ataupun menjadikan ini sebagai panduan trading anda.

Sila kongsikan dengan rakan anda artikel ini.

Bagi yang ingin mempelajari kaedah trading saya dan join live trading bersama saya, boleh dapatkan di sini > www.fibo966.com

Comments