CANDLE DAN SNR

Basic paling wajib diketahui oleh trader ada banyak sebenarnya.. tapi dalam banyak-banyak tu, candlestick dan SNR adalah yang paling wajib.

Why? Jawapannya adalah kerana ia akan membantu anda membezakan candlestick signal manakah yang sah dan tidak sah.

Sedikit asas CANDLE dan SNR untuk anda:

  • Peraturan BUY:
    Candle mestilah di atas support
  • Peraturan SELL:
    Candle mestilah di bawah resistance

Terdapat banyak Candlestick pattern. Akan tetapi rungutan yang biasa didengar di kalangan trader adalah ia false signal.

Dengan memahami candle dan SNR, saya yakin anda boleh kurangkan sedikit masalah ini dan terus dapatkan entry yang sepatutnya berdasarkan trend ketika itu.

Ciri-ciri candlestick valid dan invalid ;

Berikut saya tunjukkan bagaimana cara untuk kenal-pasti mana satu invalid dan valid.

Terdapat 3 jenis iaitu;

  1. Single candle signal
  2. Double candle signal
  3. Multiple candle signal

Apa yang penting adalah kedudukan candle mestilah jelas berada di atas atau di bawah sesuatu SNR.

Jika anda menjumpai keadaan di mana candle bergerak lawan arah namun terdapat SNR terdekat, sila berhati-hati kerana ia mungkin false signal.

Candle bullish di bawah resistance adalah ciri-ciri candle false signal di mana ia memberikan signal untuk masuk buy tetapi ia bukanlah valid.

Jika ingin kepastian, tunggu dahulu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Setelah candle bullish close, perhatikan candle bearish terbentuk. Ini lebih sesuai dengan keadaan semasa iaitu downtrend dan juga candle semasa yang berada di bawah resistance. Oleh itu ini adalah candle sell yang valid.

Entry sell boleh dibuat berdasarkan candle ini.

Lihat hasilnya, price jatuh dan anda kaut ratusan pips dengan mudah!

Lihat lagi contoh lain;

Candle SNR setup ini adalah yang paling saya gemari. Apabila jumpa setup seperti ini entry full margin akan dibuat.

Terdapat lebih dari satu candle signal buy di atas support petanda ia adalah strong support dan mempunyai kebarangkalian tinggi untuk profit dengan minima risk.

Ingat, kenali betul-betul SNR anda dan kedudukan candle. Entry yang tepat pasti milik anda atau, sekurang-kurangnya risk paling kecil itulah risk anda.

Contoh setup invalid

Masalah utama trader yang suka mengejar trend adalah apabila nampak candle yang seakan kuat untuk naik tetapi jika ia berada di bawah resistance, biasanya trader seperti ini akan masuk melulu untuk buy. Tetapi jika anda seorang trader yang mengamalkan disiplin dan sabar, anda hanya akan tunggu candle yang betul-betul sesuai untuk kedudukan di bawah resistance, iaitu candle bearish.

Apabila candle bearish terbentuk, ini petanda bahawa candle bullish adalah invalid dan tidak lebih hanya perangkap kepada trader yang tergesa-gesa hendak entry.

Candle bullish engulfing menjadi invalid dan secara tidak langsung buyers terperangkap. Trend kembali turun apabila candle bearish terbentuk dan sellers menang. Inilah dikatakan trading mengikuti trend!

Untuk mendapatkan gambar lebih jelas dalam sesuatu trend, sila lihat gambar di bawah.

Contoh trade setup dalam sesebuah trend. Dalam keadaan di atas, anda hanya perlu fokus kepada RBS di mana sesuatu SNR itu ditembusi kemudian nantikan signal terbentuk selari dengan arah tersebut.

Perhatikan ketika di dalam downtrend, jika anda fokus kepada sell sahaja, maka perhatikan di mana terdapatnya SNR, buat marking dan nantikan signal apabila price menguji SNR tersebut.

Kepentingan belajar Candlestick dan SNR?

Selain keutamaan untuk elak trading false signal, ia juga membantu anda menentukan berapakah Stoploss anda dan di manakah hendak meletakkan stoploss tersebut.

Entry dan Exit

Anda sudah tahu rule entry, dan sepertimana rule entry ini, seperti itu juga rule exit dan rule untuk hold entry anda.

Bagi anda yang sudah membaca artikel sebelum ini, maka ini adalah artikel yang melengkapi apa yang cuba disampaikan di situ. Andaikata anda tidak jelas,

apa yang saya maksudkan di sini adalah sesuatu level SNR itu perlu ada confirmation terlebih dahulu sebelum kita memutuskan untuk buy atau sell di situ kerana candle pattern akan menceritakan kepada kita apakah keputusan majoriti trader di situ selepas ia sudah close atau complete.

Trading tanpa confirmation kononnya boleh masuk sharp bagaikan sniper selalunya berakhir dengan kegagalan jika level tersebut memang lemah dan boleh ditembusi.

Kesimpulannya, pentinglah confirmation sebelum membuat keputusan buy atau sell.

Ia tak tepat 100% tetapi sekurang-kurangnya teknik entry anda lengkap iaitu ia mempunyai dua peraturan berikut;

  1. Entry rule
  2. Exit rule(stoploss dan take profit)

Dari keseluruhan artikel ini saya sudah kupas mengenai candlestick sebagai confirmation untuk membuat buy dan sell, belajar bagaimana untuk hold sesuatu trade juga membuat exit plan apabila sesuatu snr gagal ditembusi.

Paling penting, anda kini sudah boleh tahu candle yang anda gunakan untuk rujukan membuat entry plan sah ataupun tidak sah.

Terima kasih membaca sampai habis!

Okeylah sampai di sini dahulu artikel kali ini. Semoga sedikit sebanyak memperbaiki kemahiran dan pemahaman candlestick anda dan semoga maju jaya hendaknya.

ADMIN
08/05/20

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.