CARA TERBAIK TRADE REVERSAL MARKET – BERKESAN DAN MENGUNTUNGKAN

Print Friendly, PDF & Email

Terdapat banyak cara untuk trade reversal market. Kaedah paling popular adalah martingale dan market overbought/oversold. Ia memberikan jaminan reversal akann berlaku hampai 80 ke 90% sepanjang masa.

Asalkan anda tahu timeframe yang tepat dan setting indi yang betul, anda pasti berpeluang mendapatkan setup ini. Tapi kena ingat, ia takkan berlaku setiap hari dan hanya trader yang boleh menunggu dan sabar sahaja akan mendapat peluang tersebut. Pada waktu tu terpulanglah anda mahu trade macamana, nak high risk high return atau low risk, long term return.

Trading pada reversal market sesuatu yang menarik untuk dipelajari memandangkan ia sentiasa akan berlaku selepas sesuatu pergerakan kenaikan tinggi dan juga kejatuhan teruk.

Dalam forex, reversal kerap berlaku dalam seminggu kerana volatilitinya yang tinggi. Bak kata professional trader , “trader adalah hamba kepada volatiliti ini.”

Orang kata “trend is your bestfriend” tapi hakikatnya ia bukanlah bestfriend sepanjang masa. Saya buktikan berdasarkan point-point di bawah.

Pasti anda pernah mengalami atau berdepan dengan situasi berikut;

  1. Sell sebab ikuti downtrend tapi price naik pula
  2. Buy sebab ikuti uptrend tetapi price turun pula
  3. Buat entry layer lawan arah tapi trend masih naik lagi
  4. Buat entry layer lawan arah ketika price turun tapi masih turun pula lagi

Jika anda pernah mengalami salah satu atau kesemua di atas, artikel ini mungkin jawapan terbaik untuk mengakhiri masalah anda itu.

Tanpa membuang masa,sediakan pen dan buku nota anda, ayuh catatkan isi-isi penting pembelajaran kali ini.

PENGENALAN TEKNIK

Tanda-tanda market bakal reverse

Market sentiasa memberikan petunjuk tertentu sebelum ia membuat reversal dan juga membuat continuation trend. Untuk topik kali ini saya akan kongsikan mengenai reversal market dan petunjuk yang anda boleh dapatkan sebelum reversal itu berlaku. Ini bermaksud, apabila ia sudah terbentuk anda hanya perlu bersedia untuk menekan ‘trigger button’ buy ataupun sell anda.

Market ini didagangkan oleh manusia dan manusia cenderung mengulang sikap atau tabiatnya, oleh itu ia akan membentuk pola ataupun ‘pattern.’ Kita tidak akan membincangkan mengenai chart pattern di sini tetapi kita membincangkan pattern-pattern seperti false break, SL hunt dan market bounce sebagai petanda market bakal reverse.

Apabila bercakap mengenai pola atau pattern, sudah pastilah ia akan melibatkan formasi candlestick tertentu yang akan saya kelaskan kepada ciri-ciri penting untuk kenalpasti ia sebagai peluang entry atau trade setup anda nanti.

Timeframe

Tidak lengkap jika membahas mengenai teknik ini tanpa menyentuh secara tepat apakah timeframe sesuai dan terbaik? Jawapan saya adalah di H4 sahaja. Ia memberikan setup pada kadar sederhana iaitu tidak terlalu kerap seperti di H1 dan M30 ke bawah, tidak juga terlalu ambil masa lama seperti di Daily dan Weekly.

Ia sangat sesuai untuk hasil atau target profit secara mingguan. Terlalu kerap entry adalah mustahil untuk konsisten, terlalu ambil masa pula mungkin menyebabkan anda sudah boring dan mula mencari teknik lain. 🙂

Pattern reversal

Berberapa pattern berikut anda perlu catat dalam buku anda untuk rujukan anda.

  1. Bounce pattern
  2. False break/SL hunting
  3. Divergence
Baca >>  Candlestick 'kurang selamat' jika trade tanpa kawalan Risk!

Bounce Pattern

Bounce atau consolidate adalah satu proses accumulation dan distribution dalam pasaran. Kaedah lebih terperinci dijelaskan melalui kaedah Wyckoff di sini.

Kita tidak akan membincangkan lanjut mengenai kaedah ini, jadi kita hanya ambil yang mudah dan ringkas sahaja.

Sell setup – Price bergerak sideways/consolidate selepas uptrend. Kemudian ianya berpatah-balik(reverse). Setup ini biasanya dikaitkan dengan penghujung trend ataupun sudah mencapai overbought. Pattern ini juga kerap muncul di bawah resistance level, menandakan market akan membuat reversal.

Buy setup – Price bergerak sideways selepas downtrend. Ia mencapai oversold dan adakalanya ia terbentuk di atas support level. Kemudiannya ia pun membuat reversal dari downtrend kepada uptrend.

Semakin lama ia bounce, semakin tinggilah peluang reversal itu akan berlaku.

False break/SL Hunting pattern

Pattern ini selalu dikaitkan dengan candlestick reversal pattern yang seakan memberikan hint market bakal reversal selepas ia muncul. Akan tetapi apa yang berlaku adalah, price masih meneruskan pergerakannya hinggalah hit Stoploss. Ini dipanggil sebagai SL hunting kerana apa yang berlaku selepas itu adalah ia kembali mengikuti signal asal reversal yang terbentuk lebih awal berdasarkan candlestick pattern terdahulu tadi.

False break terbentuk dihujung candle signal namun sebenarnya ia hanyalah untuk mengelirukan trader kononnya price masih naik(jika candle signal adalah sell) namun sebenarnya signal tersebut adalah valid. Akhirnya SL telah trigger, buy pula dibuat namun sebenarnya price adalah turun. Lihat gambar di bawah;

Di atas – kita dapat lihat bagaimana candle pin bar sell terbentuk namun price masih naik lagi membentuk SL hunting dan False break. Ini cukup mengelirukan tambahan lagi pada trader yang sudah tertekan akibat emosi dan kerugian. Trader tersebut akan cenderung mengejar trend dan berakhir dengan kerugian yang lebih teruk.

Sama situasinya seperti false breakout untuk sell, kali ini false break untuk buy pula. Signal pin bar buy sudah terbentuk namun price masih turun lagi dan hit SL buy kemudian ia naik semula. Buyers awal yang sudah merasa tertipu akan mula mengubah entry kepada sell namun apa yang berlaku adalah ia naik seperti mana signal terdahulu.

Ini sedikit sebanyak menjawab kenapa anda pernah sell salah, buy salah, hold entry pula masih menjadi salah. Bayangkan jika merasa yakin kononnya price akan turun selepas terkena dengan buy, seller mungkin hold posisi sell dan beranggapan sebenarnya price hendak turun dan bakal turun di masa akan datang.

Kenapa berlakunya false break? – Jawapan paling tepat adalah price membuat retest di area ia rejected. Jangan tersalah tafsir kepada trend masih continuation pula, ini kerana retest itu selain membuat trigger stoploss, ia sebenarnya mengukuhkan lagi bahawa ia gagal untuk menembusi sesuai SNR level. Oleh itu entry anda sebenarnya tepat cuma market belum bersedia untuk reverse sahaja.

Divergence

Divergence adalah signal reversal berdasarkan berlawanan arah antara price dan indikator.

This image has an empty alt attribute; its file name is HiddenDivergence-1024x575.jpg

Anda boleh ke halaman ini dan ini untuk penerangan lebih lanjut.

INDIKATOR TEKNIKAL PILIHAN dan SETTING

Terdapat berberapa indikator yang sesuai iaitu;

  1. MACD
  2. RSI
  3. STOCHASTIC

Indikator-indikator ini adalah dari jenis oscillator dan memberikan indikasi kepada overbought dan oversold dalam pasaran. Ia adalah petunjuk terbaik untuk market reversal dan seterusnya menjadi trade setup anda.

Baca >>  ASAS FOREX YANG DILUPAKAN - CARA SEBENAR TRADING FOREX

Setting indikator

Setting ini anda sebenarnya boleh dapatkan secara default melalui ‘profile’ yang sedia-ada dalam MT4 atau MT5 anda.

Setting adalah seperti berikut;

MACD – default 12,26,9
Stochastic – period 8,3,3
RSI – period 8

Di bahagian profile ini anda boleh ‘save’kan pair tertentu dan hanya perlu buka pair tersebut di bahagian ini jika perlu. Ia memudahkan anda tanpa perlu setup ulang-ulang untuk pair lain berdasarkan setting indi ini. Gambar di atas adalah single pair GBPUSD lengkap dengan indikator ini. Anda boleh save profile untuk berbeza pair contohnya AUDUSD, EURUSD dan GBPUSD lengkap dengan indikator dan setting.

Untuk loading templates ke chart pula, anda perlulah save template ini terlebih dahulu.

Anda boleh namakan apa sahaja ikut yang anda mahu. Nanti anda hanya perlu buka template ini pada chart anda apabila anda mahu menggunakannya.

Kesemua indikator Overbought dan Oversold

Oscillator membentuk signal reversal apabila ia memasuki zon tertentu kemudan ia membentuk signal buy ataupun sell.

Umumnya kita faham mengenai signal overbought dan oversold untuk Stoch dan RSI iaitu Stoch yang sudah mencapai bacaan lebih 80 sebagai overbought manakala bacaan di bawah 20 adalah oversold. RSI pula mempunyai bacaan 70 untuk overbought dan 30 untuk oversold.

Untuk MACD kita hanya merujuk kepada line MA 9 yang bersilang dengan histogram MACD setelah ia membentuk bar yang jauh ke bawah atau jauh ke atas kemudian bersilang. Ini adalah petanda market reversal ataupun overbought dan oversold menurut MACD.

Oversold signal –

Overbought signal –

Ok cukup mengenai topik ini, kita lanjutkan kepada strategi entry pula.

TEKNIK ENTRY MARTINGALE

Teknik entry martingale adalah solution terbaik untuk market false break seperti yang dijelaskan sebelum ini. Kaedah ini dibuat dengan cara menambah risk entry anda agar apabila price sudah betul-betul reversal, kesemua trade sudah profit atau, sudah overal profit walaupun entry pertama atau kedua masih loss.

Jarak setiap entry adalah penting agar anda tidak membuka layer melulu dan tidak membantu anda profit. Setiap entry mempunyai jarak samada 10 pips ataupun 20 pips. Ia penting agar anda tidak membuka layer yang tidak diperlukan. Ingat, matlamat adalaha membuat profit bukannya membuat layer.

Dari pada jarak yang terbentuk, entry akan dibuat melawan arah semasa pada waktu itu ditambah dengan entry lot berganda. Dan apabila price kembali ke trend sepatutnya, kesemua trade akan mencapai overall profit ataupun untung mengatasi rugi. Waktu ini anda boleh sudah menutup trade anda.

Berbanding anda buat begini..

Lebih baik anda buat begini…

Tambah entry dengan lot berganda kemudian,

Close semua trade apabila sudah overall profit. Seperti contoh di bawah ni..

Entry sell LOT 0.10 masih loss tapi disebabkan entry di atas lebih besar(0.20), so ia coverlah loss yang di bawah tu.. Dah overall profit, close saja.

TRADE SETUP

Berikut S.O.P trade setup dan contoh-contoh setup yang anda boleh jadikan panduan untuk entry.

Untuk buy –

  1. Mesti trending turun dahulu
  2. Kesemua indikator oversold
  3. Candlestick mula membentuk bounce ataupun false break sell
  4. Entry akan mula dibuat selepas candle bullish atau candle signal terbentuk diikuti entry martingale apabila ia sudah mula melawan arah dari entry pertama
  5. Close semua trade apabila sudah overall profit atau kesemuanya profit
Baca >>  WINNING STRATEGY 99 PERCENT WIN RATE

Untuk sell –

  1. Trending menaik dahulu
  2. Kesema indikator overbought
  3. Candlestick membentuk bounce/false break buy
  4. Entry akan dibuat pada signal candle bearish atau candle signal diikuti entry martingale jika price masih naik.
  5. Close semua trade apabila sudah overall profit ataupun semua entry profit

Note : Kesemua charting dalam artikel ini adalah berdasarkan tradingview.com. Anda boleh backtest dan menggunakan charting secara efektif.

Contoh trade setup :

PAIR – USDCAD
TREND – UPTREND
ENTRY RULE –
1). Trending
2). Bounce
3). Kesemua indikator overbought
4). Entry sell trigger, entry secara martingale sell lot berganda
5). Exit strategies – close jika overall profit ataupun cutloss jika perlu.

Note – Cutloss akan dibuat berdasarkan rule yang sudah dinyatakan di sini.

Contoh live trade :

Sudah overall profit, close sahaja semua entry.

MODAL SESUAI

Anda disarankan menggunakan modal kecil terlebih dahulu kerana risk tetap risk dan tiada yang boleh menjamin 100% berkesan tanpa kerugian. Oleh itu jika anda mahu praktis dan belajar kaedah ini sila gunakan demo account ataupun akaun pada modal yang rendah dan anda sanggup untuk terima kerugiannya.

Risiko utama teknik ini adalah loss jika price masih meneruskan trend dan gagal reverse. Oleh itu rutin withdrawal adalah penting apabila setiap kali akaun anda mencapai 100% pulangan modal. Contohnya menggunakan 100 dollar dan akaun naik kepada 200 dollar. Sila withdraw 100 dollar modal anda. Ini seharusnya menjadi matlamat pertama anda selepas deposit. Selebihnya, trade saja tanpa emosi duit untung selepas ambil balik modal anda.

Anda boleh juga mencuba modal percuma di bawah;

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

RUMUSAN

Berberapa rumusan penting yang boleh diambil adalah;

  1. Bounce adalah petanda baik market akan membuat reversal.
  2. False break kerap berlaku akibat market masih mahu mencuba untuk break sesuatu SNR tetapi gagal
  3. Ia akan membuatkan SL trigger dan trade stopout. Penting untuk memahami situasi ini agar anda tidak terkejar-kejar market.
  4. Entry yang terbaik untuk berdepan situasi ini adalah martingale.
  5. Close semua trade apabila sudah mencapai keuntungan melebihi kerugian.

Silakan kongsi kepada rakan anda jika anda merasakan artikel ini sangat berguna buat anda. Semoga lebih ramai lagi mendapat manfaat yang sama, InshaAllah.

JOIN MEMBERSHIP CSPRO HARI INI!

ADMIN
18/08/21

Comments

© Copyright 2012-2021 – PULLBACK FOREX TRADING | Risk Disclaimer – Trading foreign exchange on margin carries a high level of risk, and may not be suitable for all investors. Past performance is not indicative of future results. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.
Aileron Theme by ThemeCot Powered by WordPress
Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.