EURAUD 05.02.14

“Tidak semua entry itu seharusnya betul dan dalam trading pasti seseorang trader itu akan melakukan kesilapan..”

Harini saya nak kongsikan 1 entry loss saya dan saya akan berikan komen mengenainya. Lihat pada gambar di bawah:

Capture

saya tandakan arrow biru sebagai supporting kepada entry buy kerana berdasarkan trend semasa price adalah uptrend.

Namun candle untuk sepanjang hari ini adalah bearish engulfing seterusnya semua point2 utk support analisa utk buy telah ‘erase’ sepenuhnya. Kini saya berada pada arah yang salah iaitu buy namun price telah turun. Arrow merah saya tandakan pada candle engulfing sbg tanda breakout yang kuat untuk memberitahu kita bhwa trend up telah berubah kepada down.

Pada ketika ini saya punyai 2 pilihan,

1 – biarkan price hit SL kerana kebarangkalian price akan reverse naik atau,

2 – cutloss skrg kerana secara jelasnya trend telah berubah.

Sy tiada masalah wlupun jika sy biarkan price hit SL sy atau sy cutloss kerana dengan mengamalkan money management yg betul ia tak menjejaskan emosi sy ketika kerugian. Risk yg sy letakkan utk setup ini adalah rendah/ minimum di mana ia tidak akan menjejaskan keseluruhan akaun sy. Utk ini sy hanya memilih utk membiarkan price hit SL sy kerana price masih belum melimpasi level 0.0 pada fibonacci, bermaksud setup buy bg sy adalah masih valid.

Sekian sedikit perkongsian mengenai trading loss sy pada hari ini.  Bagaimana pula dengan anda? Apakah anda bersiap-sedia dr segi mental dan fizikal utk berhadapan dengan situasi kerugian sprti sy? Bak kata George Soros, “yg pntg berapa untung ketika betul, dan berapa byk rugi bila salah.”

Sekian~

 

Comments