Forex Timing PART 2 – 5 sebab kenapa anda perlu trade TF yang lebih besar

5 sebab kenapa anda perlu trade di timeframe yang lebih besar.

full-time-forex-trader

Artikel terdahulu : FOREX TRADING TIMING PART 1

#1. Price action yang lebih jelas(clear).

Trading pada timeframe kecil mungkin boleh membantu anda menghasilkan entry point yang lebih banyak dan kerap akan tetapi perlu diingat, risiko juga adalah tinggi kerana pergerakan price action yang tidak jelas dan mungkin agak tricky berbanding ditimeframe yang lebih besar. Perhatikan perbandingan daily chart dengan 5 minute chart. Dapatkah anda pastikan yang mana lebih baik?

#2. Kurang false signal(noisy signal).

Anda mahukan teknik yang super accurate 80% berbanding 20% risk salah?? trade-lah timeframe yang lebih besar! Ini adalah kerana timeframe yang lebih besar jarang berikan false signal berbanding timeframe yang lebih kecil. Trading timeframe yang lebih besar juga bermakna anda kurang sibuk dihadapan PC/smartphone anda.

#3. Anda boleh jadikan candle pattern hari sebelumnya sebagai clue hari ini, entry berdasarkan confirmation 4 jam candle(H4)

Perhatikan gambar di bawah pada sebelah kanan iaitu pada TF Daily. Lihat candle yang saya bulatkan. Ia adalah satu kesimpulan atau signal bahawa semalam trader akan berhenti sell dan akan mula buy pada keesokannya. Maka pada TF H4, anda hanya perlu fokus buy sahaja jika terdapatnya signal entry berdasarkan price action dan indikator.

#4. Jika trend tidak clear di Daily chart, anda boleh skip trade pada hari tersebut.

Antara perkara wajib anda tahu selain entry dan exit adalah, bercuti dari trading! Perlu diketahui disini bahawa bukan setiap hari perlu trade dan bukan semua signal itu profitable. Seperti kehidupan, trading juga perlukan keseimbangan! Anda tidak boleh bekerja setiap hari tanpa cuti kerana anda boleh jatuh sakit! Trading setiap hari juga akan berikan kesan yang sama terhadap mental dan fizikal anda. Begitu jugalah pada akaun anda. Semakin anda trade, semakin tinggi risiko rugi akaun anda.

#5. Price action signal lebih berkualiti.

Entry sikit, untung banyak! Ya, itulah impian setiap trader. Anda tidak boleh habiskan banyak masa di dpn komputer anda untuk dapatkan berberapa puluh pips.
Sebenarnya anda boleh dapatkan ratusan pips tanpa kerja yang banyak(scalping layer) dan analisa serabut banyak timeframe. Apa yang anda perlukan adalah
sedikit kemahiran price action, gunakan TF D1 dan 1 single indikator iaitu bollinger band. Lihat sahaja gambar di bawah, 4x entry menghasilkan +1,096 pips
secara santai dan tak perlu analisa serabut macam sarang labah-labah!

Okey, sampai sini dahulu perkongsian dari admin. Semoga dengan perkongsian ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu anda keluar dari jalan buntu trading anda atau, sekurang2nya dapat menambah ilmu pengetahuan walaupun sedikit. Jangan lupa kongsikan bersama rakan agar dapat manfaat dari artikel ini.

AdiosssSS…!!

ADMIN PULLBACK

Rujukan : Teknik Bollinger Pullback.

Comments