HANGING MAN DAN INVERTED PIN BAR

Print Friendly, PDF & Email

Kedua-dua candle pattern ini adalah hampir sama sahaja tetapi kedudukan yang berbeza memberikannya maksud yang berbeza…dan sudah tentu juga cara entry yang berbeza. Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan serba sedikit tips bagaimana untuk kenalpasti dan memanfaatkan dua candle setup ini.

Persamaan

Persamaan ketara untuk kedua-dua pattern ini adalah ia merupakan candle pin bar. Anda boleh pelajari mengenai pin bar di sini http://pullbackforextrading.com/pin-bar-trading-signal/

Ciri-ciri

Adalah penting untuk kenal-pasti ciri-ciri utama dua jenis candle pattern ini agar dapat mengelakkan dari trading pada setup yang salah. Ciri-ciri terhad pada kedudukannya pada SNR serta ia punyai confirmation berdasarkan candle kedua selepas hanging man dan juga inverted pin bar.

Hanging Man

Candle hammer terbentuk di bawah resistance selepas satu pergerakan trending uptrend.

Candle pin bar terbentuk di puncak uptrend. Ia samada membentuk resistance baharu mahupun ia terbentuk di bawah resistance, ia menandakan kegagalan untuk uptrend melalui pembentukan shadow panjang dan body candle yang kecil. Akan tetapi candle kedua selepas pin bar memberikan clue sebenar iaitu ia closed sebagai candle bearish menandakan confirmation kepada candle hanging man yang sah dan signal kepada selling dalam pasaran.

Inverted Pin Bar

Candle pin bar terbentuk selepas suatu pergerakan downtrend. Ia membentuk support baharu dan juga terbentuk di atas support level. Shadow panjang menandakan usaha seller untuk menekan price jatuh namun candle kedua selepas pin bar ini jika ia bullish, ini menandakan trend bakal reversal dan berubah kepada uptrend.

Contoh Live Setup dan Strategi Entry

Buy setup

Inverted pin bar yang valid akan terbentuk selepas downtrend berlaku dalam suatu tempoh yang lama. Anda boleh gunakan TF D1 ataupun TF Weekly sebagai rujukan entry anda.

Apabila candle inverted pinbar ini terbentuk, anda hanya perlu tunggu dua candle lagi untuk confirmation dan juga entry. Untuk syarat sah buy, candle kedua selepas inverted pin mestilah bullish. Oleh itu candle ketiga selepas itu bolehlah membuat entry di mana di low price candle inverted adalah sebagai area stoploss anda. Untuk TP pula, anda boleh exit di resistance terdekat.

Baca >>  STRATEGI ENTRY FALSE BREAKOUT

Sell setup

Untuk sell setup, syarat entry dan confirmation adalah sama iaitu candle confirmation dan candle entry.

Candle hanging man terbentuk selepas uptrend menandakan ia adalah signal valid untuk sell. Confirmation adalah jika candle berikutnya adalah bearish candle. Entry akan dibuat pada candle ketiga selepas candle confirmation.

Exit trade pada support terdekat seperti dalam gambar.

Rumusan

  • Candle hanging man adalah signal kepada selling
  • Candle inverted pinbar adalah signal kepada buying
  • Confirmation candle adalah pada candle kedua selepas candle signal terbentuk
  • Entry adalah pada candle ketiga selepas candle confirmation
  • SL adalah pada hujung candle confirmation ataupun hujung candle signal

ADMIN
14/05/21

Comments

© Copyright 2012-2021 – PULLBACK FOREX TRADING | Risk Disclaimer – Trading foreign exchange on margin carries a high level of risk, and may not be suitable for all investors. Past performance is not indicative of future results. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.
Aileron Theme by ThemeCot Powered by WordPress
Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.