Kejayaan trading anda sebenarnya bergantung pada modal anda dan risk management anda

  • MODAL TUNGGAK UTAMA
  • RISK MANAGEMENT
  • TAK PERNAH BUAT SEBAB TU IA SUSAH

Modal dan risk management, topik yang tak popular di kalangan newbie yang lebih ghairah kepada teknik entry/exit dan full margin(high risk high reward).

Topik ini hanya popular setelah mendapati kesibukan mencari teknik entry dan trading secara high risk itu terbukti lebih banyak buang masa dan wang ringgit berbanding belajar bagaimana hendak menguruskannya.

MODAL SEBAGAI TUNGGAK UTAMA

Modal adalah umpama umpan dan peluru untuk memburu. Anda tidak boleh menangkap buruan anda jika kehabisan umpan atau peluru untuk menembak. Akan tetapi jika menyediakan umpan dan peluru yang sedikit dan ‘cukup-cukup makan’ sahaja tidak akan dapat menampung proses pemburuan anda. Oleh itu dalam kedua-dua keadaan ini anda sebenarnya perlukan secukupnya untuk mencapai matlamat anda.

Dalam trading anda sebenarnya perlukan modal yang besar untuk menjana wang. Ia tidaklah semestinya puluhan ribu, tetapi memadailah ianya setaraf dengan skill dan ilmu anda. Ada yang 1K USD, ada juga 10 USD. Dipenghujungnya masing-masing mahu menggandakan wang tersebut.

Jika anda sukar ‘hidup’ dengan modal kecil, itu petanda anda perlukan modal yang besar. Ada trader merasakan sukar untuk menghasilkan pulangan besar kerana bergelut dengan profit kecil yang dirasakan tidak berbaloi malah apabila untung besar, ia akan segera kerugian dalam masa yang cepat. Kenapa? kerana anda terlalu khusyuk mengejar untung besar tetapi lupa mengenai risiko setiap kali entry yang anda buka.

Jika ini berlaku, maka anda perlukan modal yang besar. Apabila anda trading pada modal besar, anda tidak perlu lagi bergelut dengan profit yang kecil kerana dengan berberapa trade sahaja, anda sudah boleh ‘hidup’ dengan akaun anda.

Pepatah popular trader, ‘bila nak kaya entry sen-sen..’ Ya, sampai bila nak merasa withdraw kalau hanya bermodalkan 5-10 usd dengan pulangan 10-20% sebulan. Anda perlu sekurang-kurangnya 1000-2000% sebulan barulah anda merasa wang hasil withdraw itu. Ini bermakna anda perlu gandakan 10 usd kepada 100 atau 200 usd sebulan barulah anda boleh merasa wang withdrawal itu banyak sikit. Untuk 10 usd, jika 1% bermakna ia cuma sekitar 1 usd sahaja sebulan, adakah ia berbaloi?

Untuk membuat 1000% ROI(return on investment), secara logiknya berapa banyak entry yang perlu dibuat dan persoalan penting, adakah anda menggunakan teknik yang punyai win rate tinggi untuk tujuan itu? Apabila bercakap mengenai win rate tinggi, ini lagi akan memeningkan kepala untuk mencarinya.

Persoalannya berapa ramai yang boleh buat begitu konsisten sepanjang bulan? Saya boleh katakan hampir 90% tiada kerana market ini sendiri bukanlah konsisten trending. Menurut pakar, 70% adalah sideways dan 30% sahaja trending. Tetapi bilakah waktunya? itu pun masih sukar ditentukan secara tepat.

Ia berbeza dengan trading modal besar, sebagai contoh 1,000 usd, jika anda mahu hasilkan 100 ke 200 usd tadi, anda hanya perlu menjana 10% ke 20% sahaja.

Ini bermaksud, dengan modal besar anda hanya buat kerja sedikit iaitu sedikit entry untuk hasil untung yang banyak.

RISK MANAGEMENT

Risk management adalah penting kerana anda tidak boleh trading membuta-tuli secara melulu kemudian berharap pula tindakan anda itu berjaya.

Anda wajib faham risiko yang terlibat dan apakah langkah penting untuk mengawal risiko itu.

Dengan menetapkan risk bermaksud anda faham risiko yang bakal dihadapi apabila gagal. Kegagalan perlu menjadi fokus utama kerana forex ini adalah berisiko tinggi, oleh itu kegagalan itu adalah pasti!

2 Cara mengawal risk;

  • Gunakan volume/lot kecil yang diselaraskan(adjustment) dengan stoploss
  • Gunakan Stoploss yang bersesuaian

Gunakan lot/volume selaras SL

Kenal-pasti terlebih dahulu berapa risk yang terlibat kemudian tentukan berapa risk nak letak, of coz, kaedah ini tak sesuai dengan modal kecil kerana anda akan struggle untuk menghasilkan profit. Oleh itu anda perlukan modal yang besar sekurang-kurangnya 500usd.

Lihat pair GBPNZD di bawah;

Entry buy terbentuk di D1 dengan Stoploss sebesar 420 pip. Ia adalah stoploss yang sangat besar dan jika anda trade pada akaun 500 usd dengan value 1 usd 1 pip atau 1 mini lot kemudian trade itu gagal, ini bermakna satu single entry sudah membuatkan akaun anda margin call. Baki akhir akaun anda adalah 80 usd.

Jadi, apakah cara sesuai mengawal risk ini? Jawapannya adalah dengan membuat adjustment atau penyelarasan lot/volume trade anda dengan nilai stoploss itu.

INSTAFOREX MODAL 1,500 PERCUMA UNTUK FOREXCOPY

Anda boleh memilih micro lot atau 0.10 cent/pip untuk trade tersebut. Ini bermakna berbanding merisikokan -420 usd untuk trade ini, anda hanya akan merisikokan sebanyak -42 usd jika gagal. Oleh itu akaun anda akan berbaki 458 usd setelah hit stoploss. Akaun anda tidak margin call sebaliknya anda boleh trade untuk setup berikutnya untuk recovery loss tersebut.

Gunakan stoploss bersesuaian

Penggunaan stoploss juga penting dalam menentukan sukses atau gagal trading anda. Menggunakan stoploss kecil akan menyebabkan trade anda stopout lebih awal sebelum ia berjaya. Sebab itulah ramai yang mengeluh trade hit SL awal tetapi sebenarnya ia menjadi. Oleh itu sila semak semula SL anda.

Tidak meletakkan stoploss pula bukanlah penyelesaian kerana ia boleh mendatangkan dua risiko lain pula;

  1. Masalah jika anda tidak dapat pantau trade tersebut kerana sibuk
  2. Entry salah tapi anda berat hati nak cutloss, loss bertambah dan menjadi teruk

Stoploss terlalu besar pula bukan penyelesaian terbaik. Anda tak boleh sesuka hati meletakkan stoploss besar sekiranya take profit anda kecil.

Ia umpama risiko dimakan buaya hanya untuk menangkap anak ikan yang masih kecil.

Cara menetapkan stoploss

Lebihkan 20 – 30 pips untuk SL anda bagi memberikan ruang untuk price bergerak jika berlakunya retest. Akan tetapi keadaan ini agak subjektif kerana bagi pair yang mempunyai range kecil seperti EURGBP dan AUDUSD ia agak sesuai. Tetapi bagi pair seperti GBPUSD, GBPJPY anda mungkin perlu menambah 50-60 pip SL anda. Stoploss yang besar ini memerlukan anda membuat adjustment lot seperti yang telah diterangkan sebelum ini untuk menjadikannya risk yang kecil.

Contoh atas : Buy setup GBPJPY dengan total risk 185 pips stoploss. Berlaku retest tetapi trade tidak stopout kerana wide SL. 185 pip agak besar oleh itu lot adjustment dibuat untuk menjadikannya kecil.

Mungkin ada yang berpendapat, bagaimana nak jana wang kalau SL besar, lot kecil?? Ya, sudah tentulah sukar jika bermodalkan kecil. Jika modal anda 1,000 usd ke atas, ia tetap boleh menjana wang besar dengan hanya mengawal reward ratio sahaja.

Risk Reward Ratio/RRR

Jika SL besar, apa yang anda perlu buat adalah, menetapkan RRR yang sama dengan risk anda. Jika SL 185 pips, maka TP juga mestilah 185 pips. Ini dipanggil sebagai RRR 1:1.

Jika modal anda 1,000 usd dan trade pada mini lot(1 usd/pip) maka risk anda adalah usd185 jika gagal, dan keuntungan anda jika sukses juga adalah usd185. Loss -185, bermakna baki modal anda adalah USD815, tetapi jika sukes bermakna akaun anda akan menjadi USD1,185.

USD185 jika modal 1,000 usd, ia adalah bersamaan 18.5%.

Jika anda mahu kecilkan risk ini, anda boleh gunakan micro lot. Maka ia akan menjadi 1.85%. Iaitu risk 18.5 usd dan gain 18.5 usd jika sukses.

Jika anda menggunakan modal 10K USD, maka nilanya 1.85% itu adalah 185usd dan 18.5% itu adalah 1,850 usd.

TAK PERNAH BUAT SEBAB TU IA NAMPAK SUSAH

Seseorang trader itu akan kurang berminat dengan topik-topik ini kerana tak pernah berurusan dengan dana besar selain tidak pernah letakkan sendiri modal besar dalam trading.

Jika anda mahu berjaya dan long term dalam trading ini sebagai professional trader yang menguruskan wang puluhan dan ratusan ribu usd, maka ilmu inilah yang anda perlukan. Diluar sana terdapat ramai pelabur yang mahu melaburkan wang tetapi mereka ini tidak akan mencari pengurus dana yang menjanjikan pulangan tinggi kerana pelabur yang bijak itu tidak akan melabur kepada trader yang mengamalkan pengambilan risiko tinggi.

Buat cabaran kepada diri anda

Disebabkan adanya demo account, saya amat menggalakkan kepada trader-trader diluar sana yang membaca artikel ini untuk mencuba sendiri pengurusan modal dan risiko dalam skala besar dan melakukannya dalam tempoh 6-12 bulan secara professional dan berisiko rendah.

Ramai yang masih struggle sebab tak pernah merasa melakukannya dan masih hidup dalam delusi ingin cepat kaya tetapi tak sedar sudah bazirkan masa bertahun-tahun dan wang ribuan ringgit untuk matlamat yang tiada kesudahan sebenarnya. Apakata dari buang masa dan wang untuk tujuan itu, cubalah untuk cara ini.

Ia mungkin nampak tak berbaloi, tapi jika anda berjaya melakukannya, anda boleh menceburi copytrading, eMAM ataupun PAMM untuk mendapatkan pelabur-pelabur yang sudi meletakkan amaun wang yang besar.

Sekian dulu buat masa ini,

ADMIN
17/10/19

Comments