KENAPA ANDA PERLU BIMBINGAN BERBANDING TRADING BERSENDIRIAN?

Trading sebagai pemula atau newbie pasti mencabar jika anda masih baru dalam selok-belok membuat analisis, entry dan money management.

Kejanggalan dalam memahami analisa teknikal dan fundamental akan membuatkan anda sukar untuk membaca arah pasaran dan seterusnya tidak tahu bagaimana hendak membuat keputusan buy atau sell.

Itu cerita sebagai newbie, bagaimana pula jika sudah 1-2 tahun atau bertahun-tahun dalam trading tapi masih tak tahu apa nak dibuat? Ia lebih parah dan sakit sebenarnya kerana sudah bertahun-tahun pastinya sudah banyak wang, masa dan tenaga sudah dilaburkan untuk membuat deposit, rugi, kemudian masuk ke seminar dan kelas tapi masih belum berhasil lagi.

Inilah tandanya anda perlu bukan sahaja mendapatkan mentor tetapi juga menyertai aktiviti live trading sebagai usaha menimba pengalaman dan mendapatkan skill yang diperlukan sebelum anda bergerak sendirian samada menjadi silent trader atau anda akan menubuhkan group trading anda sendiri.

BACA : http://pullbackforextrading.com/seperti-syarat-mencari-pekerjaan-trading-juga-perlukan-pengalaman/

Faedah melalui bimbingan

Melalui bimbingan atau live trader bersama cikgu/mentor, anda boleh bertanyakan langsung kenapa sesuatu analisis itu dibuat. Paling penting anda tak perlu menghantar mesej kepada rakan atau trader yang anda tidak kenali hanya untuk bertanyakan betul atau salah plan anda hari ini.


Latihan lebih teratur

Melalui mentoring, anda akan punyai latihan yang lebih tersusun kerana anda akan dibimbing apakah yang perlu dibuat dan apa yang tak perlu dibuat. Sebagai contoh minggu tersebut ada high impact seperti election ataupun pengumuman interest rate(kadar faedah), cikgu yang berpengalaman pasti mempunyai nasihat tersendiri seperti adakah perlu buy atau sell sebelum news tersebut ataupun mungkin entry selepas news atau sebaiknya elakkan trade. Sebagai anak murid anda boleh bertanyakan sebab-sebab kepada tindakan itu.

Dapat entry bersama-sama

Anda pasti mahukan entry yang profitable seperti cikgu anda, oleh itu melalui bimbingan, anda boleh membuat entry bersama-sama untuk mendapatkan ‘feel’ live trade seorang cikgu. Jika berpeluang untuk entry pada lot besar atau entry layer yang banyak kemudian profit itu sudah pasti suatu bonus dalam proses pembelajaran kerana jika trading bersendirian belum tentu berani untuk berbuat demikian.

Pelajaran lebih mendalam ketika dalam kerugian

Jika anda trading bersendirian sudah pasti banyak persoalan akan muncul apabila anda salah dalam membuat keputusan. Lebih teruk, anda akan mengulanginya kerana tiada siapa yang berikan penjelasan kepada permasalahan tersebut. Melalui bimbingan cikgu/mentor, sesuatu kerugian itu akan diberi penjelasan dan anda boleh pelajari sesuatu dari keadaan itu terutamanya jika ia dalam kerugian berpanjangan yang mungkin boleh menyebabkan seseorang itu berputus-asa dalam trading.

Boleh membantu anda mengenal diri anda dan kemampuan anda

Apakah tahap trading anda? Sudahkah anda mengenali diri anda? -Adakah anda seorang risk taker atau seorang trader play safe? Anda pasti sukar menemui jawapan anda jika anda trading bersendirian. Untuk mengenal diri anda, anda perlulah mendapatkan nasihat daripada cikgu yang pakar dan berpengalaman luas semasa live trade bersama-sama iaitu ketika market itu mempunyai high probability setup, apakah sesuai untuk mengambil risk dan ketika market dalam low probability, apakah perlu mengambil trade ataupun tidak.

Belajar Metafizik dan Pernomboran untuk kenali personaliti diri

Melalui proses ini anda akan tahu tahap anda dan seterusnya membina rentak anda sendiri dalam trading. Saya yakin setiap trader itu berbeza-beza, ada yang suka hasil yang cepat dalam jangka pendek dan ada yang lebih suka dengan hasil yang perlahan untuk jangka panjang.

Kesimpulan..

Trading secara berguru atau melalui cikgu akan memberikan lebih banyak manfaat kepada anda berbanding belajar sendiri. Walaupun di luar sana ada yang boleh belajar sendiri tetapi tak semestinya ia mudah. Jika anda mahu jimatkan masa anda, carilah mentor atau cikgu untuk membimbing anda.

Live trade bersama admin?

Anda boleh sertai group live trading admin melalui pautan berikut: www.cspro.pullbackforextrading.com

ADMIN
11/12/19


Comments