KENAPA MULA-MULA JE OK LEPAS TU LOSS MEMANJANG? -INI JAWAPANNYA

“KENAPA MULA-MULA GUNA TEKNIK TU OK JE PROFIT TAPI LEPAS TU LOSS MEMANJANG?” -INI JAWAPANNYA

DIKUASAI ‘FEAR AND GREED’, MINDSET TAK BETUL MENJADI PUNCA UTAMA

FEAR AND GREED(Takut dan Tamak)

Mula-mula belajar sesuatu teknik tu kemudian menggunakannya pada live account dan berhasil baik sekali. Tetapi kemudiannya? rugi semula. Akhirnya anda jadi trader yang suka lompat dari satu teknik kepada teknik lain. Kenapa?

Kemungkinan besar ia adalah tuah semata-mata iaitu berada pada waktu yang kebetulan bersesuaian dengan teknik yang digunakan, ia bukanlah mustahil kerana disebabkan penglibatan dari sejumlah trader yang ramai ia memungkinkan jika dari 10 trader itu mungkin ada satu atau dua trader yang akan profitable dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan trend waktu itu. Mungkin anda adalah trader yang profitable itu.

Terdapat faktor lain lagi dan akan dikupaskan lebih lanjut di bawah termasuklah kenapa ia kebetulan. Faktor-faktor ini akan membentuk fear and greed dalam diri seseorang trader itu tanpa dia sedari.

Apakah hal lain selain kebetulan ya?

3 sebab utama kenapa anda profitable pada permulaan penggunaan teknik;

  1. Kebetulan
  2. Fikiran yang tenang
  3. Menggunakan modal yang bersesuaian

1). Kebetulan

Anda menggunakan teknik yang kebetulan sama dengan trend pada waktu itu. Contohnya anda seorang trend following trader dan waktu itu trending. Anda pasti akan profitable tanpa masalah. Dalam psikologi trader, ia dikelaskan sebagai beginner’s luck.

Lebih cantik lagi apabila dalam masa yang sama anda trade high risk, akaun anda pun berganda-ganda dalam masa yang singkat. Waktu ini anda akan berada dalam fasa tamak atau greed.

Lihat pergerakan trending EURJPY untuk setahun. Pada tahun 2016 ia bergerak trending ke bawah(downtrend) dan pada tahun 2017 ia bergerak trending menaik(uptrend). Bagi trend trader, ia pasti mengaut keuntungan maksima disebabkan pergerakan trend ini.

Jika pada waktu ini anda mula belajar teknik berkaitan trend trading dan menggunakannya terus pada live trading anda maka anda akan profitable.

Jika anda lihat pada penghujung tahun 2016, trend sudah mula bertukar kepada uptrend, maka di sinilah teknik trade yang asalnya profitable itu akan bertukar menjadi loss kerana trader sudah mula keliru adalah trend masih turun atau naik. Jika lihat di awal tahun 2017 juga kita dapat lihat percubaan trend untuk kembali downtrend namun gagal. Saya yakin ramai seller yang kerugian di situ. Trading di penghujung trend adalah antara punca kerugian bagi trend trader.

Trading di penghujung trend adalah antara punca kerugian bagi trend trader.

2). Fikiran yang tenang

Kita semua setuju jika kita trade dalam keadaan fikiran serabut kita akan mudah keliru dan susah untuk membuat keputusan yang betul. Lagi-lagi jika dikuasai emosi negatif seperti marah sebab loss atau terkena stoploss sebelum price betul-betul pergi ke take profit point. Tapi pada waktu fikiran kita tenang dan relax, dengan mudah saja kita boleh entry dengan baik tanpa meletakkan risiko yang boleh membahayakan akaun kita.

Apabila kita marah, mungkin kita akan cuba membalas dendam dengan trade lot besar untuk cover loss terdahulu. Tapi apabila kita dalam situasi tenang, pasti kita tahu itu tidak wajar dan kita boleh sahaja mengikuti rule S.O.P teknik yang digunakan tanpa masalah.

BACA TIPS S.O.P UNTUK LEBIH PROFITABLE

3). Menggunakan modal yang bersesuaian

Menggunakan modal yang bersesuaian pada waktu menggunakan teknik yang baru dipelajari boleh membantu si trader trade dengan baik. Contohnya menggunakan modal 1K usd dan trade cuma sebesar micro lot untuk setiap trade dan cuma mengalami kerugian kecil apabila silap. Ini membolehkan si trader itu meneruskan trade pada signal entry yang berikutnya lagi kerana akaun masih mempunyai modal. Trader akan mula membina keyakinan apabila trade sudah mula kelihatan konsisten dan profitable. Namun di sini masalah lain pula muncul iaitu si trader itu sudah mula over-konfiden dan mula trade lot-lot besar sehinggalah trend sudah tidak menyebelahinya dan mulalah kerugian -paling teruk MC, Margin call.

Saya pernah menerima pertanyaan secara personal dari berberapa trader yang kelihatan agak panik dan gelisah disebabkan kerugian besar akaun mereka dan mereka bertanyakan “bolehkah jika saya trade modal kecil untuk pulangan besar dalam masa singkat?” Jawapan saya adalah mudah – jangan trade jika ingin pulangan tinggi dalam masa singkat sedangkan dalam masa yang sama tidak sanggup kerugian.

MINDSET TAK BETUL

Tidak menetapkan mindset yang betul juga adalah punca kenapa anda semakin gagal dalam menggunakan teknik tersebut.

Contoh mindset yang saya maksudkan adalah ingin cepat kaya tapi tidak sanggup rugi, sentiasa fikir untung, dan tidak menetapkan target jangka panjang.

1). Ingin cepat kaya, tak sanggup rugi

Sesuatu yang tak masuk akal kerana 2 sebab;

  1. High risk market(pasti ada kerugian)
  2. 95% Trader adalah gagal

Ramai yang terpedaya dengan janji manis ‘cikgu’ forex yang menjanjikan forex itu mudah dan boleh menjana kekayaan cara singkat akan tetapi jika anda tidak faham sepenuhnya bagaimana forex ini berfungsi, anda pasti tidak lama dalam forex trading ini.

Forex adalah high risk dan ia bukan mudah. Jika tidak, sudah pasti 95% itu adalah sukses dan bukannya gagal.

2). Sentiasa fikir untung

Sedangkan langit tidak selalunya cerah, inikan pula trading. Ia tidak akan sentiasa untung. Topik konsistensi sering kedengaran di kalangan pencari teknik, namun sejauh-manakah mereka faham apa itu konsistensi? Ok mari kita lihat balik kepada market tu sendiri, adakah ia sentiasa menaik tanpa menurun? adakah ia sentiasa sideways tanpa trending? -Jawapan pastinya TIDAK. Jika market itu sendiri tidak konsisten, bagaimana pula anda hendak konsisten? Sudah tentulah dari pengurusan risiko dan kewangan anda sendiri.

Jadi di sini konsistensi itu bukan datangnya dari teknik entry semata-mata tetapi sebaliknya bagaimana anda menguruskan akaun anda. Berfikir untuk sentiasa untung itu tidak munasabah bahkan tidak praktikal langsung.

Cuba kaji bagaimana professional trader melakukan kerja mereka, pasti mereka bukannya sibuk bagaimana untuk entry dan exit sahaja tetapi sebaliknya bagaimana untuk kawal risiko dan maksimakan keuntungan untuk jangka panjang.

Bahasa lebih mudahnya adalah, memastikan untung lebih banyak berbanding rugi.

3). Tidak menetapkan target jangka panjang.

Pernahkah bertanya kepada diri anda apakah matlamat jangka panjang anda dalam forex ini? Adakah ingin jadi seperti biskut, kejap ada kejap nanti tiada atau, menjadi trader yang berjaya? hari ini, esok dan tahun-tahun berikutnya masih kekal sebagai trader.

Target jangka panjang akan pengaruhi anda untuk kekal lama sebagai trader. Apabila anda menetapkan untuk menggandakan akaun 10K akan kepada 1juta dipenghujung tahun ini pasti anda akan merangka plan bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut secara logik dan realistik. Sudah pasti memasang plan untuk menjana 10usd kepada 10k usd sebulan itu mengarut namun jika 10usd kepada 10k dalam masa 2 tahun itu mungkin tidak mustahil.

Anda pula bagaimana? 🙂

Kesimpulan

Saya telahpun huraikan punca-punca kenapa anda boleh profit apabila mula-mula menggunakan sesuatu teknik itu namun berakhir pula dengan kerugian dan akhirnya mencari semula teknik yang lain pula di google mahupun facebook.

Kembali ke asas…

Jika anda punyai asas yang kukuh, maka berpeganglah pada asas itu dan pastinya ia umpama pelita dalam kehidupan anda sebagai trader dan seterusnya menjadi ‘pembimbing’ apabila tersesat laluan. Jika apa-apa hal berlaku, back to basic sahaja kan?

Asas utama forex trading -candlestick, SNR, chart pattern, candle pattern

Disebabkan itulah adakalanya seseorang trader itu apabila sudah puas menjadi mangsa kerugian, kemudian dia membuka semula ilmu lamanya, dia kembali profit.

Anda sudah bersedia untuk profit semula? Sertai membership pullback untuk pelajari asas kukuh menjadi trader profitable dalam jangka masa panjang.

Join hari ini juga!

ADMIN
04/12/17

 

Comments