KUASAI REVERSAL DAN BREAKOUT DENGAN STOCHASTIC

Assalam dan Salam sejahtera semua pembaca Pullback yang dihormati sekalian.

Kali ini saya nak kongsi mengenai strategi gabungan price action dan indi yang boleh terus di smartphone anda. Strategi ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi tujuan saya kongsikan teknik ini adalah untuk mengajak para pembaca meningkatkan skill entry dan pemahaman membaca market di peringkat yang lebih advance lagi.

Dalam artikel ini saya akan menyentuh 3 perkara iaitu;

  1. signal reversal terbaik
  2. signal lemah
  3. momentum market(dan entry terbaik berdasarkan momentum itu)

Signal indi ini lebih banyak berbanding RSI namun tak semua signal itu adalah valid. Oleh itu saya akan kongsikan cara saya menggunakan indi ini dan semoga ia bermanfaat buat pembaca blog ini.

Indikator yang digunakan..

Indikator yang digunakan adalah stochastic oscillator. Untuk indi ini saya lebih prefer default setting. Selebihnya terpulang kepada pembaca untuk pilih ketebalan garisan, jenis garisan dan warna garisan indi ini.

Asal penggunaan indi ini…

Asal penggunaan adalah untuk cari reversal market, iaitu dari uptrend kepada downtrend dan downtrend kepada uptrend. Reversal ini berlaku ketika overbough dan oversold.

Setting lain yang popular

  • 14,3,3
  • 9,3,5

Untuk artikel ini saya akan kongsikan bagaimana cara penggunaan indi ini lebih sekadar buy dan sell berdasarkan overbought dan oversold.

Saya akan kongsikan bagaimana menggunakan indi ini untuk kenal-pasti momentum market atau pergerakan price berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada paparan indi pada chart anda.

Memasukkan indi pada chart

Pada MT4 anda sila ikuti gambar di bawah;

Pada smartphone anda(android);

Siap!

Sebelum saya lanjutkan, untuk perhatian anda, teknik ini sangat memerlukan pemahaman mengenai asas support dan resistance. Oleh itu anda boleh baca di bahagian ini untuk belajar SNR.

Kemahiran membaca overall trend pada timeframe yang lebih besar seperti D1 dan Weekly juga penting kerana ia boleh membantu anda membezakan manakah entry setup yang berkemungkinan tinggi berbanding yang berkemungkinan rendah.

Setup kemungkinan tinggi(high probability) inilah keutamaan anda.

Entry signal/confirmation

Entry adalah berdasarkan persilangan stochastic diikuti dengan candle confirmation. Saya akan kupas lebih lanjut di bawah.

Teknik membaca dan memahami market hanya dengan Stochastic Oscillator

Suatu kelemahan indi ini adalah false signal di mana sesuatu buy signal atau sell signal itu tidak menjadi di mana selepas keluarnya signal itu, price masih meneruskan pergerakan.

Jika overbought, sepatutnya ia turun tetapi naik.

Begitu juga jika oversold, ia sepatutnya naik tetapi ia terus turun pula.

Ini berlaku kerana momentum market itu selepas breakout. Ia menandakan market kuat lagi nak turun atau, kuat lagi untuk naik. Posisi yang sepatutnya anda ambil adalah mengikuti arah itu dan bukannya lawan arah.

Akan tetapi, bagaimana hendak mengenal-pastinya pula kan?

Soalan yang bagus jika anda tertanya-tanya mengenainya. Jawapannya ada pada karakteristik candlestick itu sendiri terhadap SNR yang ada di situ.

Jika ia hendak berlaku reversal, ia mestilah membentuk candlestick reversal dahulu. Jika ia break, candle mestilah akan melepasi sesuatu snr itu.

1). Ciri reversal terbaik

Berlaku retest 2x atau 3x atau lebih. Kemudian terbentuknya candle rejection atau bounce di SNR tersebut.

Bouncing ini adalah petanda kukuh ia sukar menembusi sesuatu SNR itu. Jika ia tembusi(break) pula itu petanda kekuatan market adalah berdasarkan breakout itu. Ini saya akan kupas selanjutnya selepas topik reversal ini.

Selain bounce, chart pattern juga boleh digunakan untuk melihat potensi entry setup di mana entry boleh dibuat jika confirmation berlaku melalui indi.

Contoh setup – apabila price mula bouncing di SNR. Dalam gambar ia adalah buy signal di mana price bounce di atas Support. Ia lebih baik berbanding single signal iaitu price reject di atas support tanpa bouncing.

Contoh entry terbaik, HNS pattern terbentuk dan confirmation dapat dilihat pada overbought pada indi diikuti dengan persilangan.

2x retest. 3x retest. semakin banyak retest semakin kuatlah petanda ia nak reverse

Untuk trade reversal, perhatikan jika terdapatnya SNR terdahulu. Perhatikan jika ada retest. Stoch akan confirmkan reversal setelah candle membentuk bounce atau ranging di atas atau bawah SNR ini.

Perhatikan formasi candle pada retest kedua dan ketiga, ia mungkin peluang anda entry full margin dan jana untung maksima dalam masa singkat.

Lihat paparan zoom di bawah;

Lihat peluang entry full margin pada retest ketiga apabila ia membentuk rejection candle iaitu double pin bar diikuti retest dan reject pada kawasan support.

Lihat paparan zoom di bawah;

Candle pada retest ke-3 tidak membentuk bounce tetapi candle bearish sudah cukup menjadi confirmation sell kerana candle bearish closed di bawah resistance. Retest kali kedua cukup menceritakan bahawa resistance ini adalah kawasan kuat yang gagal ditembusi.

Itulah sebabnya retest ketiga price tak buang banyak masa di level ini dan terus turun. Confirmation sell dapat dilihat melalui signal sell stochastic.

2). Signal lemah, kurang baik(single candle signal)

Signal cara ini adalah cara asal teknik ini tetapi saya mencadangkan ia sebagai kategori lemah dan tidak sesuai untuk dijadikan entry point kerana risikonya yang tinggi.

Ini bukanlah bermaksud ia tak berfungsi langsung tetapi ia kerap berisiko. Oleh itu saya tak gunakan ini sebagai trade setup. Jika ada, saya lebih prefer untuk abaikan atau lihat petunjuk lain sahaja.

Menggunakan gabungan candle pattern dan indi boleh jadi sesuatu nampak menarik akan tetapi bagi anda yang perihatin kualiti entry anda dan mahukan lebih banyak winning dan losing, ini pasti sesuatu yang tidak dimahukan. Oleh itu candle pattern dan indi sahaja tidak mencukupi.

Signal sell terbentuk di top, tetapi price masih naik lagi. Dalam masa yang sama juga tidak terdapat SNR berdekatan situ. Oleh itu ia lebih berisiko untuk loss.

Jika anda jumpa signal begini, kini anda sudah tahu risiko lebih banyak berbanding potensi. Oleh itu, no trade adalah cara terbaik anda. Jika anda masih mahu ambil risk juga, disarankan anda kurangkan size lot anda untuk meminimakan loss jika ia gagal.

3). Momentum market(dan cara entry)

Untuk mengetahui atau mengikuti arah momentum pasaran, anda perlu perhatikan candlestick, SNR dan stochastic. Jika price bounce kemudian breakout, maka itulah kekuatan arah semasa market. Anda boleh memanfaatkan setup ini apabila price menjejak semula area snr yang sudah ditembusi(breakout).

Anda juga boleh lihat confirmation setup ini melalui stochastic. Sebelum belajar lebih lanjut, sila edit terlebih dahulu indi stoch anda.

Untuk stochastic ini anda perlu tambahkan level berikut;

Kegunaan level 50 ini adalah untuk membantu mengenal pasti kekuatan trend pada waktu itu, iaitu samada kuat naik lagi atau kuat turun.

Timeframe sesuai adalah H1 kerana ia adalah untuk scalping atau momentum jangka pendek. H4 juga boleh digunakan.

Kekuatan melalui persilangan yang kerap

Kenalpasti kekuatan trend melalui persilangan yang kerap samada di atas atau bawah 50. Jika di atas bermakna kuat naik lagi, jika di bawah bermakna kuat hendak turun lagi.

Entry, anda boleh memilih entry signal berdasarkan momentum itu.

SNR waktu ini…

Pada waktu ini perhatikan breakout pada SNR dan terbentuknya SBR dan RBS. Dalam masa yang sama lihat Stochastic, pastikan ia akan bersilang di atas atau di bawah 50. Itu adalah petanda arah market waktu itu.

Market yang kuat untuk naik biasanya akan break resistance dan market yang kuat untuk turun akan break support.

Stoploss dan TP

Saya hanya mengupas cara teknik ini dan mengenai SL dan TP itu terpulanglah kepada pembaca sekalian bagaimana hendak menggunakan strategi masing-masing untuk exit. Saya yakin ramai yang sudah faham bagaimana hendak exit dan membuat money management masing-masing.

Ciri-ciri momentum yang dicari

Oversold tapi bukan buy. Ciri-cirinya adalah trend dalam downtrend dan stoch kerap bersilang selepas memberi buy signal. Ia cuma bermain di bawah 50.

Overbought tapi bukan sell signal. Trend dalam uptrend kemudian stoch akan bersilang selepas berikan sell signal. Ia kekal di atas 50.

Point penting pada waktu ini adalah;

  • adakah breakout mana-mana SNR?
  • ambil signal yang selari dengan trend waktu itu sahaja.

Entry berdasarkan momentum

Lihat price dalam uptrend dan dalam masa yang sama stoch banyak bersilang di atas 50. Ia petanda bahawa trend kuat naik lagi. Entry buy akan dibuat berdasarkan rule SNR dan juga confirmation indi stoch.

Perhatikan SNR pada signal ini terbentuk. Kenalpasti kedudukannya dan candle semasa. Jika uptrend, maka kenalpasti area RBS terdekat. Perhatikan indi. Jika sudah memberi signal oversold, itulah masanya untuk buy jika price sentuh RBS. SL boleh diletakkan 5 pips di bawah candle signal. TP pula boleh ambil berdasarkan scalping rule(10,20 atau 30 pips) atau SNR terdekat.

Lihat stochastic banyak bersilang di bawah 50 kemudian dalam masa yang sama berlaku breakout di support level kemudian ia menjadi resistance. Entry dibuat menggunakan rule asal indi ini iaitu overbought sebagai sell signal sell.

Stoch bersilang di atas 50 dengan situasi semasa di mana price break resistance. Pullback berlaku selepas terbentuknya buy signal pada indi stoch.

Entry sell berdasarkan trend semasa iaitu downtrend. Terdapat juga buy signal tetapi ia agak invalid berbanding sell signal kerana momentum pada waktu ini adalah downtrend dan bukannya uptrend.

Akhir kata…

Teknik ini bukanlah holy grail yang boleh selesaikan semua masalah loss anda dalam sekelip mata. Oleh itu anda mungkin akan berdepan dengan false signal dan losing trade juga akan tetapi apa yang penting di sini adalah bagaimana anda boleh tingkatkan entry skill anda dengan memahami bagaimana memanfaatkan false signal kepada advantage anda.

Sekian dulu buat masa ini. Jika anda berminat untuk belajar lebih lanjut bagaimana untuk mengenalpasti trend lebih baik dari stochastic ini boleh menyertai promosi membership pullback melalui link di bawah;

Sekian,

ADMIN
14/01/20

Comments