TIPS MENGENAL-PASTI SNR KUAT DAN VALID

SNR yang kukuh atau ‘strong’ SNR adalah suatu kawasan atau price area yang gagal ditembusi. Area SNR ini biasanya dikaitkan dengan kemasukkan volume besar buyers ataupun sellers yang memaksa price membuat reversal. Ini termasuklah membentuk candle false break ataupun fakeout candle.

Mesti pembaca blog pullback pernah tertanya-tanya dalam banyak-banyak SNR yang ada pada chart, SNR manakah yang paling valid, – Betul tidak?

Kenapa mesti ‘strong SNR?’…

Memahami strong SNR ini boleh membantu mengelakkan anda dari memasuki arah pasaran yang salah dan dalam masa yang sama memanfaatkan dengan sebaiknya peluang tersebut.

Fakeout yang berlaku kemudian diikuti dengan reversal trend atau pullback adalah petanda petanda sesuatu SNR level itu adalah strong SNR level.

Topik Strong SNR ataupun SNR valid adalah topik paling popular di kalangan trader. Pastikan anda membaca artikel ini untuk ketahui tips-tips penting mengenai teknik dan strategi ini agar tidak terlepas peluang apabila ia muncul di screen chart anda suatu hari nanti!

This image has an empty alt attribute; its file name is how-to-join-telegram-channels.jpg

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Tips mengenalpasti strong SNR

Terdapat banyak cara untuk kenalpasti strong SNR ini. Dalam artikel kali ini saya kongsikan 3 tips bagaimana kaedah yang saya gunakan untuk mencari SNR tersebut.

TIPS #1. Sejarah akan berulang dengan sendirinya

Setiap pergerakan trend akan meninggalkan sejarah SNR dalam chart. sejarah yang dimaksudkan pula adalah rekod perhentikan price samada ia reverse ataupun breakout. ‘Area history’ ini adalah support resistance lepas yang akan menjadi panduan di masa hadapan.

Tahukah anda sejarah lepas adakalanya akan berulang kembali.? Ini adalah kerana tabiat manusia suka mengulang sejarahnya. Sejarah SNR lepas yang melangkaui masa lebih dari setahun adalah SNR yang paling kuat sekali. Apabila price menjejak historical hi atau lo ini biasanya ia akan mengulang semula sejarah lepasnya.

Jika sesuatu price pernah rejected pada tahun-tahun sebelumnya pada price tertentu, jika ia dijejak semula pada tahun ini, ada kemungkinan ia akan mengulang sejarahnya iaitu rejected lagi. Hanya apabila berlaku sentiment yang lebih kukuh sahaja barulah ia akan menembusi(breakout) sesuatu historical SNR itu dan berubah arahnya.

Anda boleh menjejak historical SNR ini melalui 2(dua) timeframe utama iaitu Monthly dan juga Weekly. Anda boleh setkan period separator untuk mendapatkan SNR tahunan tersebut. Beza antara dua timeframe ini hanyalah bilangan dan jumlah candlestick sahaja.

SNR kuat pair GBPJPY bermula pada penghujung tahun 2008 dan awal tahun 2009. Apabila ia dijejak semula pada 2011 dan 2012, ia mengulang semula kenaikan pada tahun 2009.

Recommended > MARKING PRICE

Historical SNR berikutnya adalah pada 2016 dan dijejak semula tahun 2020(4 tahun kemudian), GBPJPY mengulang lagi sejarah reversalnya iaitu ia naik semula di area ini.

Resistance atau Hi tahun 2011 sepatutnya bertindak sebagai strong resistance, namun apabila ia ditembusi, secara tidak langsung ia menjadi hint kepada reversal trend jangka panjang pada tahun tersebut iaitu pada tahun 2013. Strong resistance kini menjadi strong support.

TIPS #2. Formasi Candlestick/Susunan Candlestick

Anda boleh tahu sesuatu SNR level itu kuat berdasarkan reaksi candlestick di kawasan harga itu. Area strong SNR akan berlakunya rejection candle samada single candle mahupun berberapa candlestick bersusun di atas ataupun di bawahnya.

Tips penting;

  1. Closing body candle – perhatikan secara puratanya closing body candle itu di mana.
  2. Perhatikan jika terdapat cubaan untuk break tetapi akhirnya menjadi candle false break atau fakeout

Dalam gambar di atas berlaku rejection pertama di kotak pertama. Retest berlaku lagi dan berlaku fakeout. Price bounce sebelum ia reversal naik. Candle fakeout pertama adalah petanda jelas ia adalah area strong SNR.

Price turun dan melakukan retest semula. Secara tepat price bounce di bawah resistance dengan bentuk-bentuk candle kecil serta satu candle fakeout petanda ia bakal terjun semula. Apabila candle engulfing terbentuk, ia menandakan sellers sudah memasuki pasaran dan petanda anda juga perlu menyertai sekali seller ini dan exit market dengan profit yang banyak sekali.

Read > Candle dan SNR

Lihat potensi setup yang bakal menjadi habuan anda jika anda menguasainya betul-betul..

GBPJPY naik 1,500 pips selepas bouncing atas strong SNR. Apabila ia bounce, itu petanda bahawa tiada seller dominan dalam pasaran.

Price bouncing di bawah resistance petanda bahawa resistance itu adalah strong SNR. 1,400 untuk 1 single entry tanpa analisis rumit.

Timeframe di atas adalah D1, oleh itu jangan hairan ia memberikan potensi pips yang sangat banyak sekali. Kerja sikit, hasil banyak!

TIPS #3. Angka genap

Angka genap ataupun angka psikologi juga dipanggil sebagai big round number oleh trader – adalah harga yang mempunyai satu ataupun dua angka samada sebelum ataupun selepas titik perpuluhan diikuti 3 atau 4 bilangan sifar.

Standard pengiraan pip

Pengiraan pips ini boleh jadi sedikit mengelirukan namun cara pengiraan sebenarnya masih menggunakan kaedah 4 decimal. Kebanyakkan paparan harga/price pada chart zaman sekarang adalah paparan 5 decimal di mana untuk 10 pips sahaja pada 4 decimal price adalah bersamaan 100 point di harga 5 decimal. Decimal merujuk kepada angka selepas titik perpuluhan.

Contohnya : untuk 4 decimal, harga adalah seperti 1.3000 untuk GBPUSD, tetapi pada 5 decimal ia akan dinyatakan sebagai 1.30000 di mana sifar terakhir adalah angka ke-5 selepas titik perpuluhan.

Jarak antara angka genap ini adalah mewakili 1,000 pips dan juga 100 pips berdasarkan pengiraan 4 decimal. Jika anda mengiranya menggunakan kaedah 5 decimal ia akan menjadi 10,000 pips dan juga 1,000 pips. Oleh itu kaedah yang digunakan untuk kira pips adalah berdasarkan kaedah 4 decimal di mana angka terakhir akan dibundarkan untuk mendapatkan hanya 4 angka sahaja.

Sebagai contoh 1.32899 untuk 5 decimal, maka ia akan menjadi 1.3290 kerana angka ’99’ itu dibundarkan.

Untuk memudahkan anda mencari angka-angka ini, anda fokus sahaja pada 1 atau 2 angka selepas titik perpuluhan.

Big Round Number sebagai strong SNR

Fungsi – Nombor genap ini boleh dijadikan panduan dan juga exit point anda. Anda juga boleh gunakan kaedah candlestick formation seperti yang diterangkan sebelum ini untuk menentukan ia sebagai strong SNR level.

EURUSD bounce di bawah 1.25000 kemudian ia jatuh. Apabila ia sampai ke 1.07000, ia rejected, bounce dan kemudian reversal. Angka genap memudahkan anda memahami pasaran dengan mengaitkannya dengan formasi candlestick.

GBPUSD dalam downtrend hinggalah ia menjejak semula 1.2000 kemudian rejected di atasnya. Berlaku retest kali ke-2 sebelum satu single rejection dan juga candle fakeout yang close secara tepat di atas strong SNR ini.

Trade ini berakhir di 1.30000 dengan total profit 1,000 pips.

Tahun lepas adalah tahun di mana kebanyakan pasaran saham merudum akibat kesan pandemik COVID-19. Namun ia juga menjadi peluang terbaik apabila pair AUDUSD mengulangi sejarahnya tahun 2008 apabila ia menjejak harga 0.60000 kemudian menaik semula.

Fakeout candle terbentuk dan close secara tepat di atas strong SNR ini dan hasilnya pair ini bullish hinggalah ke awal tahun 2021 ini.

RUMUSAN

Rumusan dari artikel kali saya sampaikan dalam point-point di bawah;

  • Strong SNR adalah kawasan harga yang kuat dan sukar ditembusi
  • Tanda-tanda sesuatu SNR itu kuat adalah formasi candlestick di atas ataupun bawah SNR tersebut
  • Fakeout berlaku petanda kegagalan untuk menembusi harga itu, ia berakhir dengan pullback dan pergerakan kuat pasaran
  • Sejarah ada kemungkinan berulang – ia beserta dengan clue dan petanda dari segi candlestick formation
  • Angka genap juga adalah strong SNR dan boleh diketahui melalui formasi candle dan candle pattern yang terbentuk di angka genap tersebut

Okeylah, jika anda punyai sebarang pendapat atau pertanyaan bolehlah letakkan di ruang komen.

Apa pendapat anda mengenai artikel kali ini? Jangan lupa kongsikan bersama rakan anda!

ADMIN
20/02/21

header : seibelpublishingservices

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.