MENJANA WANG DALAM FOREX TRADING AKAN JADI LEBIH MUDAH JIKA ANDA TAHU BAGAIMANA BANKER LAKUKANNYA

Bagaimana cara sebenarnya menjana wang dalam trading forex? Saya sering terkesima dalam artikel pendidikan forex saya mengapa begitu banyak trader berjuang untuk menghasilkan wang yang konsisten daripada perdagangan forex. Jawapannya lebih banyak berkaitan dengan apa yang tidak mereka ketahui daripada apa yang mereka tahu.

Kenapa?

Pedagang bank hanya merangkumi 5% daripada jumlah pedagang forex dengan spekulator menyumbang 95% yang lain, tetapi yang lebih penting ialah 5% peniaga bank menyumbang 92% daripada jumlah dagangan forex. Oleh itu, jika anda tidak tahu bagaimana perdagangan mereka, anda tidak lebih hanya meneka sahaja.

Pertama, izinkan saya membongkar mitos pertama mengenai peniaga forex di institusi. Mereka tidak duduk di sana sepanjang hari untuk membuat entry trading. Sebilangan besar masa mereka hanya bertransaksi atas nama pelanggan bank. Biasanya disebut sebagai “membersihkan aliran”(clearing the flow). Mereka mungkin melakukan beberapa ribu perdagangan sehari tetapi tidak satu pun untuk hak milik mereka

Bagaimana bank berdagang forex?

Mereka sebenarnya hanya melakukan 2-3 perdagangan seminggu untuk akaun perdagangan mereka sendiri. Perdagangan ini adalah yang mereka dapat, dinilai pada akhir tahun untuk melihat sama ada mereka layak mendapat bonus tambahan atau tidak.

Oleh itu, seperti yang anda lihat, peniaga di bank tidak duduk di sana sepanjang hari bertrading secara ‘scalping’. Mereka sangat metodis dalam pendekatan mereka dan membuat keputusan perdagangan ketika semuanya sudah selari antara secara teknikal dan fundamentalnya. Itulah yang perlu anda ketahui!

Kaedah analisa teknikal mereka tersangatlah ringkas. Saya sering tercengang dengan chart analisis sesetengah trader yang agak serabut dan mengelirukan. Inilah cara termudah dan terpantas untuk merugikan modal anda sebenarnya.

Carta(charts) trader bank tidak kelihatan seperti ini. Sebenarnya mereka adalah sebaliknya. Yang mereka ingin tahu adalah di mana tahap kritikal utama. Jangan lupa. indicators teknikal dikembangkan adalah untuk mencuba dan meramalkan ke mana arah pasaran. Pedagang bank adalah pasaran sebenarnya. Sekiranya anda memahami bagaimana mereka berdagang maka anda tidak memerlukan indicators teknikal ini.

Mereka membuat keputusan sepersekian detik berdasarkan perubahan teknikal dan fundamental. Memahami analisis teknikal mereka adalah langkah pertama untuk menjadi trader yang berjaya. Anda akan mengikuti trend dan tidak akan melawan arahnya.

Apa yang diutamakan adalah support dan resistance yang simple. Tidak ada keserabutan, dan tidak ada yang mengelirukan dalam membuat keputusan perdagangan mereka. Ringkas, berkesan dan memudahkan untuk mencari key level penting dalam pasaran adalah perkara penting yang menjadi keutamaan.

Bagaimana menjana wang dalam forex?

Aspek penting untuk keputusan perdagangan mereka(bankers) berasal dari fundamental ekonomi. Latar belakang asas pasaran terdiri daripada tiga bidang utama dan itulah sebabnya kadang-kadang sukar untuk menentukan arah mata wang.

Apabila anda mempunyai situasi politik yang menentang pengumuman bank pusat, arah mata wang akan terpisah haluan. Tetapi ketika tiadanya masalah politik kemudian bank pusat dapat bertindak sesuai dengan data ekonomi semasa, saat itulah kita akan mendapat arah terbaik pasaran. Inilah yang dinantikan oleh trader-trader bank.

Aspek asas pasaran ini sangat kompleks dan memerlukan masa bertahun-tahun untuk menguasainya. Ini adalah bidang utama yang menjadi fokus- Sekiranya anda dapat menguasainya, anda sebenarnya sudah bersedia menjadi trader yang berjaya untuk jangka panjang.

Terdapat banyak potensi profit yang boleh dihasilkan melalui data ekonomi yang dikeluarkan

Data ekonomi yang dikeluarkan inilah yang benar-benar menentukan arah matawang. Dengan mengikuti data ini, anda bukan sahaja tahu apa yang berlaku mengenai polisi bank pusat sesebuah negara, tetapi anda juga sedang menggandakan modal anda pada masa yang sama.

Untuk menjadi benar-benar berjaya, anda memerlukan sistem pengurusan kewangan yang sangat komprehensif yang bukan sahaja melindungi anda dalam tempoh ketidakpastian tetapi juga mendorong anda ke hadapan untuk menggandakan modal anda.

Sistem pengurusan kewangan yang baik adalah merangkumi nisbah risiko anda terhadap ganjaran(risk reward ratio). Dengan adanya sistem seperti ini juga ia akan mengurangkan stress dan membolehkan anda menjalani kehidupan harian anda tanpa menghabiskan masa berjam-jam untuk memantau pasaran.

Kesimpulan…

Jadi untuk kesimpulan, izinkan saya mengatakan ini: Tidak ada rahsia ajaib untuk berdagang forex. Tidak ada indicators atau robot khas yang boleh meniru pasaran forex yang dinamik. Anda hanya perlu memahami bagaimana pemain utama (banker) berdagang dan menganalisis pasaran. Sekiranya anda memperoleh aspek-aspek ini dengan betul maka anda akan menuju kejayaan dalam kerjaya trading anda.

Penafian: Artikel ini adalah terjemahan dari artikel asal yang ditulis oleh Bradley Gilbert. Ia bukanlah mewakili pandangan/pendapat admin. Sesetengah kandungan diubah untuk kesesuaian pembaca.

Credit to : Bradley Gilbert, Traders4Traders

Print Friendly, PDF & Email

Comments

Translate »