PARABOLIC SAR TRADING STRATEGY

Print Friendly, PDF & Email

Salah satu indicator wajib bagi trader trend following sistem di mana anda boleh trading secara selamat dengan kawal stoploss secara ‘trailling’ sambil menunggu trade anda mengena target anda. Indikator tersebut adalah Parabolic SAR ataupun nama lengkapnya Parabolic Stop And Reverse. Indikator ini akan berikan kedudukan stoploss secara mengikuti trend yang anda trade hinggalah trend itu berubah arahnya.

Indikator ini sangat sesuai untuk anda gunakan sebagai pengenalpasti trend selain mengenalpasti kedudukan stoploss anda. Oleh itu ia sesuai digabungkan dengan trend following indikator sebagai confirmation trade setup anda.

Disebabkan ciri utama adalah untuk trend following, oleh itu kelemahan indikator ini adalah apabila trend sudah mula sideways ataupun range bound.

Pengenalan

Indikator ini dibangunkan oleh J. Welles Wilder, seorang teknikal trader yang sangat berpengaruh pada zamannya. Dalam buku beliau ‘Konsep Baru dalam Sistem Perdagangan Teknikal’ – memperkenalkan beberapa landasan kaedah teknikal moden, termasuk Average True Range(ATR), Relative Strength Index(RSI), dan juga apa yang disebutnya sebagai ‘sistem waktu / harga parabola’. Topik terakhir, iaitu yang bakal saya kupas dalam artikel kali ini sudah tentu, Parabolic SAR.

Penunjuk menunjukkan corak melengkung pada carta harga, yang menggambarkan potensi tahap berhenti dan pembalikan arah. Bentuk corak ini mengingatkan Wilder tentang keluk parabola yang biasa terdapat dalam geometri dan mekanik klasik – dari sinilah nama indikator ini berasal. Pada bahagian seterusnya, kita akan melihat bagaimana kita mengira indikator.

Pengiraan SAR Parabolic

Seperti yang saya nyatakan di atas, petak penunjuk berhenti dan aras terbalik pada carta. Ini dikira dari formula Parabolic SAR, seperti berikut:

Baca >>  123 TRENDLINE REVERSAL - PART 1 - TREND FOLLOWING STRATEGY

SARNEW = SARCURRENT + AF x (EPCURRENT – SARCURRENT)
Di mana istilah formula ditakrifkan seperti di bawah:

Seperti yang kami nyatakan di atas, petak penunjuk berhenti dan aras terbalik pada carta. Ini dikira dari formula Parabolic SAR, seperti berikut:

SARNEW = SARCURRENT + AF x (EPCURRENT – SARCURRENT)
Di mana istilah formula ditakrifkan seperti di bawah:

AF = acceleration factor/faktor pecutan – nilai perubahan yang meningkat dalam kenaikan set untuk setiap tempoh yang dicapai tinggi baru (untuk posisi buy, atau rendah baru untuk posisi sell) untuk perdagangan. Wilder mencadangkan nilai 0.02 untuk nilai awal AF, yang kemudian akan meningkat pada langkah 0.02 hingga mencapai nilai maksimum 0.20.

EP = extreme point/titik melampau, harga tertinggi atau terendah dilihat sepanjang trend semasa (tertinggi untuk aliran menaik, terendah untuk aliran menurun).

Keluk penunjuk dimaksudkan untuk memberikan panduan ke arah arah aliran pasaran yang sedang trending. Wilder berpendapat bahawa pasaran trend akan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk tetap berada dalam batasan lekuk pada carta. Ini menunjukkan bahawa jika harga gagal melakukan ini dan sebaliknya menembusi lekukan, trend mungkin kehabisan tenaga. Pada ketika inilah anda harus berhenti dan membalikkan kedudukan anda.

Parabolic SAR pada Chart

Sila buka MT4 anda, di bahagian atas, pilih Insert, indicators, trend dan seterusnya pilih Parabolic SAR.

Jika chart anda berwarna hitam dan putih seperti saya, sila ubah setting warna. Jika chart anda menggunakan background hitam, anda boleh teruskan kepada default setting kecuali anda mahu ubah warna dan ketebalan indikator.

Tekan OK untuk selesai.

Paparan indikator ini adalah seperti berikut;

Titik dot pada chart adalah berfungsi sebagai pengenalpasti trend dan juga panduan trailing stoploss manual anda. Ya, anda akan gunakan titik ini sebagai panduan meletakkan stoploss anda.

Menggunakan Parabolic SAR untuk trailing stoploss

Titik atau dot parabolic akan dihasilkan setiap kali trend meneruskan perjalanannya. Indikator ini akan menjadi panduan anda meletakkan stoploss baharu setiap kali ia dihasilkan.

Permulaan trend ataupun signal entry awal adalah berdasarkan perubahan awal trend dengan titik ataupun dot awal parabolic yang terbentuk berlawanan dengan kedudukan sebelumnya. Entry juga dibuat berdasarkan candle break.

Baca >>  TIPS MENGENAL-PASTI SNR KUAT DAN VALID

Stoploss ketika ini adalah di 0.70471.

Parabolic akan mengeluarkan titik/dot baru apabila trend terus bergerak naik. Stoploss anda juga diubah dari kedudukan asal.

Stoploss dianjakkan dari 0.70471 kepada 0.70503. Ia akan sentiasa berubah selagi trend terus bergerak trending. Inilah dinamakan sebagai trailing stoploss.

Stoploss terus berganjak hinggalah ia breakeven di mana kedudukan SL berada di paras entry ataupun pada paras untung di atas entry. Stoploss terkini adalah di 0.71798.

Kedudukan SL terus diubah hinggalah trend berubah iaitu ia melanggar stoploss dan memberikan signal berlawanan arah.

Parabolic SAR Trading Strategy

Dalam bahagian ini saya akan tunjukkan bagaimana indikator ini boleh membantu memaksimakan profit anda ketika trading trending market.

Permulaan trend adalah dikira apabila candle/trend memotong ataupun break parabolic kemudian kedudukan parabolic berubah.

  • Sell – Titik/dot parabolic di atas candle
  • Buy – Titik/dot parabolic di bawah candle

Timeframe sesuai adalah H1, H4 dan D1. Anda digalakkan trade satu single timeframe sahaja dan elakkan melihat timeframe berubah-ubah. Ingat, hanya trade pada trending market sahaja.

Advanced Strategy TLB digabungkan bersama Parabolic SAR

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, indikator parabolic ini sesuai digabung dengan teknikal indikator lain sebagai confirmation. Selain indikator, strategi lain juga sesuai. Saya akan kongsikan kaedah gabungan bersama trendline breakout strategy.

Signal TLB dihasilkan berdasarkan entry rule teknik. Kemudian berlaku retest dan pullback. Entry dibuat pada pullback.

Setiap kali price ataupun candle menurun sesuai dengan trend semasa itu, SL juga akan diubah. Di atas adalah contoh kedudukan SL yang akan anda gunakan sebagai SL anda.

Trend ini akhirnya berubah setelah price break parabolic SAR dan seterusnya trade anda stopout dengan maksima profit berdasarkan keadaan waktu itu.

Satu lagi setup terbaik berdasarkan gabungan TLB dan juga Parabolic SAR di mana kali ini selain retest dan pullback, candle pin bar terbentuk menandakan waktu terbaik membuat entry.

Baca >>  BPT - Best Price Trading Technique

Ini hanyalah contoh entry berdasarkan trendline dan parabolic sar. Anda boleh juga menggabungkan berberapa strategi lain yang anda boleh pelajari dari blog ini secara percuma.

Rumusan

Berikut rumusan dari artikel kali ini;

  • Indikator Parabolic SAR memberikan hint kedudukan SL untuk trailing SL anda
  • Indikator ini membantu anda mengenalpasti perubahan awal trend berdasarkan kedudukan titik/dot indikator
  • Indikator ini sangat efektif ketika trending market dan sangat sesuai untuk swing trader
  • Menggabungkan indikator ini dengn teknik entry boleh membantu mendapatkan result yang lebih baik
  • Sesuai digunakan untuk timeframe utama H1, H4 ataupun D1

Sertai Live Trade Bersama Admin – Klik Sini

ADMIN
15/05/21

Credit foto : finance-monthly
Credit info artikel : admiralmarkets

Comments

© Copyright 2012-2021 – PULLBACK FOREX TRADING | Risk Disclaimer – Trading foreign exchange on margin carries a high level of risk, and may not be suitable for all investors. Past performance is not indicative of future results. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.
Aileron Theme by ThemeCot Powered by WordPress
Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.