
PART 2 – SUPPORT RESISTANCE
PART 2 – SUPPORT RESISTANCE
Dalam bahagian ini anda akan pelajari mengenai Support Resistance dan pecahan support resistance itu.
Berikut adalah pecahan support resistance;
- Garisan melintang
- Fibonacci retracement
- Trendline
Asas dan fakta support resistance
Support, menyokong kepada buying dan menghalang kepada selling. Buy di support.
Resistance, menyokong kepada selling dan menghalang kepada buying. Sell di resistance.
Sesuatu level SNR yang diuji berkali-kali tetapi gagal break adalah strong SNR.
Apabila sesuatu SNR itu berjaya ditembusi ia akan bertukar fungsi – jika support ditembusi, ia akan menjadi resistance manakala jika resistance ditembusi ia akan menjadi support
Pertukaran fungsi SNR iaitu support become resistance dan resistance become support berlaku apabila price membuat breakout atau juga bermaksud pertukaran arah pasaran dari bullish kepada bearish dan bearish kepada bullish.
Garisan melintang/horizontal line
Garisan melintang adalah merujuk kepada harga berdasarkan body candle ataupun shadow candle. Meletakkan garisan melintang juga bermaksud membuat marking SnR pada chart anda.
Marking mudah SNR
Anda boleh membuat marking paling mudah dan ringkas SNR ini dengan menggunakan line chart kemudian diubah semula kepada candlestick chart

BACA : SUPPORT RESISTANCE
Fibonacci Retracement
Fibonacci retracement adalah salah satu support resistance yang penting dalam menentukan entry. Level retracement yang tersedia boleh dijadikan panduan entry selain garisan SNR.
Cara melukis fibonacci kali ini agak berbeza berbanding cara asal.
Fibonacci akan dilukis mengikut candle trend yang telah dikenal-pasti pada timeframe weekly. Ini bermakna entry anda adalah pada retracement yang berlaku dalam high low price pada minggu sebelumnya.

Candle dan fibonacci retracement ini seterusnya akan dipantau sebarang entry point pada timeframe H4 ataupun H1.

note:
Buat fibo retracement di Weekly candle, kemudian buka H1 atau H4 untuk entry pada level fibo tersebut. Dengan cara ini anda masih trade candle weekly itu cuma entry pada lower timeframe sahaja.
BACA : https://pullbackforextrading.com/teknik-termudah-fibonacci/
Fibonacci SNR dan SNR melintang
Lihat bagaimana dan kenapa confluence dari dua SNR ini memberikan clue entry terbaik(foto dari facebook saya)

Ini kerana 50% retracement mempunyai pengaruh dalam sesuatu retracement terutamanya pin bar. Jika di level 50% ini terdapat history SNR, maka peluang untuk trade di level itu adalah tinggi.
sumber : facebook pullbackforextrading
Trendline
Trendline adalah tools penting untuk menentukan samada trend sudah berubah atau belum. Trendline boleh dilukis pada Daily dan H4 untuk menentukan trend secara harian.
Kegunaan mudah trendline adalah untuk mengetahui trend sudah berubah atau belum.

Jika sesuatu trend itu masih sah, price akan ‘respect’ trendline dan tidak akan break trendline tersebut.

Trend dianggap berubah apabila price break trendline itu. Bermaksud anda perlu exit trade anda mahupun elakkan dari trade.
Note:
Dalam teknik ini adalah tidak wajib untuk menggunakan trendline jika perlu. Keep it simple adalah lebih penting.
Rumusan
Support resistance terbahagi kepada tiga iaitu Garisan mendatar/melintang, fibonacci retracement dan trendline. Asas dan fakta SNR diguna-pakai pada ketiga-tiga pecahan support resistance untuk menentukan entry point dan mentafsir sebarang perubahan arah pasaran.