PERSEDIAAN MENTAL SEBELUM ENTRY – APA YANG PERLU ANDA JANGKA

Print Friendly, PDF & Email

Tidak dinafikan adakalanya perasaan teruja dan tak sabar untuk membuat profit itu memang ada sebelum membuat entry lagi. Dalam fikiran sudah mula terbayang setup-setup atau signal-signal entry yang bakal dijadikan panduan untuk membuat entry buy dan sell. Tetapi, pernahkah anda terfikir bagaimana jika yang berlaku nanti adalah bertentangan dengan apa yang anda rancangkan? Bagaimanakah untuk berdepan dengan situasi itu? Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan serba sedikit tips persediaan mental sebelum memasuki pasaran.

Apabila kita membuat entry, selalu kena ingat bahawa ia takkan terus-menerus akan floating profit. Ia mungkin pernah berlaku di mana anda hanya float loss sekejap kemudian trade anda menjadi profit serta-merta, tetapi secara jujur berapa kali-kah sahaja anda mengalami situasi tersebut? Saya yakin mungkin 2 atau 3 bulan hanya sekali sahaja atau jika lebih kerap dari itu cuma sekali sebulan. Lebih teruk cuma pernah sekali seumur hidup anda sebagai trader. hehehe…

Biasanya ia akan float negatif(loss) terlebih dahulu samada negatif berpunca dari spread, mahupun sebab price ni hendak bergerak lawan arah dahulu. Jika anda trade pada lot besar, ini mungkin akan buat anda sedikit jiwa kacau dan berada dalam keadaan takut dan resah kalau-kalau anda sebenarnya membuat kesilapan. Anda mungkin sedikit emosi dengan menambah lagi risk dengan cara menambah entry anda. Jika anda tepat, maka menjadilah entry layer tersebut. Jika salah maka berganda-ganda lagilah kerugian anda.

TETAPI…

Trading ini bukan sekadar mencari entry dan exit. Anda perlukan lebih dari itu iaitu persiapan mental anda juga. Dari sini anda perlulah tahu apa yang perlu dibuat selepas anda membuat entry. Ini penting agar nanti tidaklah anda seperti orang yang berjudi dan mengharap nasib yang baik sahaja.

Apabila kita bersedia dari segi mental, kita tak perlu terkejar-kejar market. Asalkan plan masih valid, walaupun hit stoploss kita masih boleh reentry. Relax bro..

Berikut apa yang anda perlu jangka dahulu sebelum membuat entry trade anda.

Persediaan Mental #1 – Market akan buat Retest

Anda perlu menjangka bahawa retest akan berlaku.

Penjelasan – Market ini mempunyai kekerapan untuk sideways 70% sepanjang masa. Ia tidak akan terus trending. Oleh itu jika anda trade berdasarkan support dan resistance breakout, ada kebarangkalian tinggi retest akan berlaku. Akan tetapi, dalam masa tertentu juga, retest ini jarang berlaku. Oleh itu apabila terdapatnya signal, entry pastinya akan dibuat. Tetapi mestilah menjangkakan bahawa jika ia bergerak lawan arah, mungkin saja ia sebenarnya hendak retest lagi area breakout tersebut. So, janganlah panik atau ubah arah entry.

Baca >>  Kenali anda jenis trader yang mana

Jika membuat entry sesuai keadaan market kemudian price reverse sedikit, ia tak semestinya bermaksud anda salah. Boleh jadi saja ia masih mau retest area breakout sebelum ia benar-benar hendak jalan ke arah sebenarnya. Relax, jangan panik jika ia berlaku.

Hit SL boleh jadi kerana adanya manipulation dalam pasaran. Tapi selagi plan valid, reentry semula tiada hal.

Persediaan Mental #2 – Ready untuk cutloss/stoploss

Anda perlu untuk mempunyai persiapan mental untuk berdepan kerugian. Tipulah jika trading itu sentiasa tepat sahaja. Ia hanya wujud dalam marketing orang-orang tertentu yang cuba bagi gambaran yang salah terhadap market kononnya dia mempunyai teknik yang sentiasa tepat dan anda bakal menjadi jutawan terpantas lebih pantas dari kura-kura.

Anda mestilah mempunyai jangkaan kerugian dahulu sebelum anda membuat trade. Walaupun bukan kerugian yang kita cari tapi tiada yang lebih mudah dalam trading ini kecuali untuk rugi. Faktor kerugian ini ada banyak termasuklah jika anda terlalu banyak profit. Jika anda tertanya-tanya kenapa, jawapannya adalah ia akan buatkan anda overkonfiden dan akan melakukan overtrade. Dalam tempoh ini lambat-laun ketamakan anda akan merugikan anda juga akhirnya.

Dengan menjangkakan kerugian, anda akan bersedia untuk menerima kerugian tersebut. Jika trading itu tidak menjadi, maka cutloss-lah atau biarkan ia mengena pada stoploss anda.

Jika anda sudah tahu anda bakal rugi, secara tidak langsung juga anda tidak mungkin akan mengambil risiko yang anda tidak sanggup untuk terima.

So lepas ni tiada lagilah teknik harapan, kan?

Persediaan Mental #3 – Market(sememangnya) bukan kita punya…

Berapa kali kita nak ingat yang market ini bukan kita punya? Kita hanya akan ingat apabila memang dah tak dapat ikut arah market ini. So apa rasionalnya berfikir market ni bukan kita punya? Jawapannya adalah agar kita sedar tahap kita agar kita jangan overkonfiden dengan market yang boleh berubah anytime ni. Sebelum masuk market lepas ni, wajib beringat dulu-lah ye.

Dalam market ni ada banyak perangkap. Apabila trading breakout, harus ingat adanya bull trap dan bear trap. So bila terkena, memang sakit hati jugalah dibuatnya. Mana taknya, buy salah sell pun salah walhal dah ikuti pun arah market.

Baca >>  STRATEGI TEKNIK ENTRY PIRAMID

Market bukan kita punya oleh itu bukan kita yang tentukan ke mana market nak pergi dan jangan pula bingung kenapa bila buy ia turun bila sell ia naik. Ia jadi macam tu sebab ia nak jadi macam tu lah. Ia takkan jadi apa yang kita mahu pula.

Masalah bila kita tak sedar tahap kita, situ mulalah kita ‘bantai’ market dengan entry layer-layer tak sedar diri bahkan lot-lot pun boleh tahan macam gerombolan kingkong masuk hutan. Akibatnya bukan market yang dibantai tapi duit simpanan dalam bank pula habis kena bantai oleh market sebab depo bertubi-tubi sebab tak dapat terima kenyataan wang modal hangus sekelip-mata. Mata pun lebih lambat kelipnya. Tapi wang hilang betul-betul di depan mata.

Akhirnya barulah sedar bahawa, market memang bukan kita punya.

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Persediaan Mental #4 – Tiada siapa tahu arah sebenar market

Malu dan takut salah – ini punca kenapa trader masih ada yang struggle untuk membuat entry. Takut nanti dia sell, yang lain buy. Nanti dia buy, yang lain sell. Last-last terpaksa minta nasihat. Minta nasihat pula dari yang kaki depo dan MC berderet-deret macam keretapi zaman penjajah British. And then apa jadi, dia pun sama-sama loss juga. Kemudian barulah ingat yang analisa dia lebih tepat sebenarnya cuma tak yakin sahaja.

Jadi, apa pengajarannya di sini? Yakinlah dengan cara sendiri dan perlu ingat, tiada siapa yang tahu arah sebenar market ni. Boleh jadi kita tepat, orang lain salah dan orang lain tepat, kita pula salah.

Dengan percaya bahawa tiada siapa yang tahu arah market ini, kita hanya perlu kawal risk dan tindakan kita supaya bila salah, kita tidaklah rugi teruk. Bila untung pula, tidaklah kita rasa ia kebetulan semata-mata tapi ia datang dari usaha kita dan tindakan yang betul dibuat.

Baca >>  TIPS TRADING SANTAI DAN PROFITABLE - LUPAKAN MENJADI FTT

Yakin analisa sendiri itu sangat penting!

klik foto untuk paparan lebih besar

Di atas adalah contoh entry yang dibuat berdasarkan skill dan kefahaman mengenai pergerakan price. Ia memerlukan masa untuk menguasainya, tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah, di waktu orang lain seakan tepat dan kita pula seakan salah, tiada sebab kita perlu mengikuti tindakan orang lain itu. Ini adalah kerana skill dan kefahaman kita mengenai pasaran yang dibina dari pengalaman dan pengetahuan, boleh jadi kita sebenarnya juga adalah tepat, cuma keadaan market pada waktu itu sahaja tidak menyebelahi kita. Tapi lambat laun ia akan ‘mengikuti’ apa yang kita fahami dan secara tidak langsung kita juga akan profit.

Kesimpulannya di sini adalah, kita perlu yakin diri sahaja.

Rumusan..

Tahniah kepada anda yang membaca hingga ke bahagian terakhir ini. Berikut rumusan yang anda boleh ambil dari artikel ini.

  1. Selalu menjangkakan bahawa market akan sentiasa buat retest setiap kali anda membuat entry. Ia berlaku tidak bermakna anda silap kecuali apabila ia menjadi bull atau bear trap.
  2. Cutloss penting apabila anda salah, oleh itu pastikan anda menjangkakan ini sebelum anda membuat entry anda. Janganlah berharap anda akan sentiasa tepat.
  3. Market bukan kita punya, tapi modal dan tindakan adalah ketentuan kita. Oleh itu dengan mengawal risk dan diri anda, anda boleh kawal kerugian anda. Maka, sebelum membuat entry, selalulah ingatkan diri bahawa market sentiasa di luar kawalan anda(kerana macam-macam perkara boleh berlaku)dan apa yang anda boleh kawal cumalah modal dan diri anda sahaja.
  4. Tiada siapa tahu arah sebenar pasaran – Oleh jangan lagi bergantung dengan orang lain untuk membuat keputusan untuk anda kecuali anda masih dalam proses belajar. Jika anda sudah tahu selok-belok analisa dan pernah membuat trading, sudah tiba masanya untuk anda menjadi silent trader dan asingkanlah diri dari trader lain agar anda lebih berjaya tanpa ada gangguan dari trader-trader lain.

Merasakan artikel ini bermanfaat? Silakan share bersama rakan-rakan anda! Siapa tahu dengan berkongsi artikel ini sedikit sebanyak dapat menyelamatkan rakan anda dari bahaya market diluar jangkaan ini.

Promosi Membership : KLIK SINI

Sekian dari saya.

ADMIN
11/08/21

Header photo from google photo

Comments

© Copyright 2012-2021 – PULLBACK FOREX TRADING | Risk Disclaimer – Trading foreign exchange on margin carries a high level of risk, and may not be suitable for all investors. Past performance is not indicative of future results. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.
Aileron Theme by ThemeCot Powered by WordPress
Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.