Pin Bar Trading Signal

Acceptible-Pin-Bar

Matlamat pembelajaran

Artikel kali ini memfokuskan apa itu pin bar, bagaimana ia terbentuk dan bagaimana ia membantu untuk trader mendapatkan setup yang sangat high profitability dalam trading. Semoga apa yang dikongsikan nanti dapat membantu anda dalam trading anda selain menambah ilmu pengetahuan anda.

Pengenalan kepada ‘Pin Bar.’

Hampir majoriti trader baru dan lama sebenarnya sudah pun mengenai candlestick pattern ini. Ia adalah suatu bentuk signal entry berdasarkan price action dan key S&R. Pin Bar formation ini adalah petanda bahawa suatu rejection dan kemasukkan besar-besar trader untuk memberikan kesan perubahan arah market dan juga continuation kepada sesuatu trend market tersebut. Formasi candle ini kebiasaanya akan terbentuk apabila price menyentuh sesuatu key S&R dan berlakunya rejection.

Apa itu ‘Pin Bar’?

pinbar1

Pin Bar boleh ditafsirkan berdasarkan bentuk body candle yang pendek dan juga ekor yang lebih panjang(wick, shadow, tail). Penggunaan chart kosong(naked chart) akan membantu trader untuk dapat mengenal-pasti candle pattern ini dengan lebih jelas. Kebanyakkan trader professional lebih suka merujuk kepada candlestick chart ini berdasarkan bagaimana ia lebih menggambarkan situasi sebenar ‘price action’ dalam market lebih jelas berbanding penggunaan bar chart.

Perbezaan Bar chart dan Candlestick chart

pin_bar_rejection_candle

Bullish dan Bearish Pin Bar

Dalam sesuatu pattern bearish pin bar setup, ia akan memberikan arah ke bawah dengan keadaan ekor yang lebih panjang di bahagian atas. Ia menunjukkan betapa ramainya seller memasuki market dan membuatkan price untuk turun lebih drastik. Kebiasaannya ini adalah petanda price akan jatuh atau downtrend selepas candle tersebut completed(close sebagai pin bar bearish).

Hal yang sama juga dengan bullish pin bar setup cuma dalam keadaan terbalik iaitu selepas candle tersebut closed sebagai bullish pin bar, price akan naik selepas itu.

1-pin-bar-patterns

 

Candle rejection signal

Signal dihasilkan selepas price menyentuh sesuatu S&R level dan terbentuknya candle pin bar. Maka itulah signal entry trading. *Perhatian – Signal ini tidaklah akan berlaku setiap kali price menyentuh S&R ini.
rejection

 BACA : MARKING S&R

Contoh Pin Bar dalam live trading

Berikut contoh bagaimana pin bar boleh memberikan suatu peluang trading yang sangat profitable pada pair USDJPY. Pin bar terbentuk apabila price menyentuh support/key support level dan seterusnya membentuk rejection bullish pin seperti yang telah saya kongiskan sebelum ini. Price naik lebih 490 pips selepas candle pin bar tersebut terbentuk. Pelajari apa itu BPT(best price trading)

USDJPYfDaily
PIN BAR pada Daily timeframe

Satu lagi contoh bagaimana pin bar pattern dan key S&R memberikan peluang profitable sehingga lebih +500pips pada pair EURUSD, timeframe weekly.

EURUSDfWeekly
EURUSD WEEKLY TIMEFRAME

Berdasarkan setup pada kedua-dua pair ini, kesimpulannya adalah anda hanya perlu menanti sahaja reaksi price pada key S&R tertentu dan jika berlakunya rejection, maka situlah peluang entry anda.

Risk Reward Ratio berdasarkan Pin Bar setup/pattern

Dengan mengira ukuran panjang candle pin bar, anda boleh jadikannya rujukan untuk risk dan reward ratio. Reward ratio ini bermula dari 1:1, 1:2 hinggalah 1:3.

rr1

Reward Ratio 1:1

Pengiraan reward ratio ini adalah berdasarkan nilai risk/SL anda. Jika SL anda adalah 50 pip, maka TP anda juga adalah 50 pip. Jika SL anda 100 pip, maka TP anda juga adalah 100 pip.

rr2

Reward Ratio 1:2

Pengiraan adalah berdasarkan nilai SL kemudiannya di darab dengan dua. Sebagai contoh SL anda adalah 50 pip, maka TP anda adalah 100 pip iaitu 2x ganda nilai SL anda. Berdasarkan contoh yang saya telah berikan sebelum ini, pergerakan price mampu untuk mencapai sehingga 5x ganda nilai SL. Jadi, adalah tidak mustahil untuk setiap setup ini akan mencapai objektifnya(hit TP).

BACA : TEKNIK PYRAMID – STRATEGY MONEY MANAGEMENT LUAR BIASA!

Mengawal Risk dalam trading berdasarkan Risk Reward Ratio

Mempunyai risk/SL sebanyak 50 pip atau 100 pip adalah berisiko tinggi, namun bagaimana untuk memastikan reward anda sentiasa mengatasi risiko anda adalah melalui cara menggunakan reward ratio 1:2. Untuk meminimaka risk pula, anda bolehlah menggunakan volume kecil untuk setiap entry anda. Sebagai contoh 50 pip risk, ia akan jadi besar jika anda meletakkan nilai volume yang besar untuk pip tersebut dan ia akan menjadi low risk jika anda meletakkan volume kecil untuk pip tersebut.

Jika anda trading akaun 1,000 USD pd leverage 1:500 sebagai contohnya, jika anda letakkan 1 pip pada nilai 10usd dengan total risk/SL 50 pip, maka jika loss, anda sudah kerugian separuh dari modal anda. 10$ x 50pip = 500 USD loss. Akan tetapi jika anda menggunakan volume 1$ untuk 1 pip tersebut, maka total risk anda adalah -$50 sahaja. 1$ x 50 pip = -50 USD loss. Anda masih mempunyai baki modal sebanyak USD950 lagi untuk trading berikutnya.

Mengapa money management ini penting? Saya dedahkan 10 sebab utama di sini.

Kesimpulan…

Berdasarkan keseluruhan artikel kali ini saya telah pun kongsikan bagaimana pin bar ini boleh membantu trading anda ke arah yang lebih profitable, anda pula dapat pelajari bagaimana untuk mengenal-pasti pattern entry tersebut, dan dalam masa yang sama anda tahu risiko anda dan juga bagaimana untuk meningkatkan reward trading anda.

Langkah seterusnya adalah menggunakan kaedah ini kedalam trading anda dan semoga ia dapat membantu anda meningkatkan lagi kemahiran anda di dalam trading.

Sekian terima kasih

-admin-

 

 

Comments