PRICE – THE MOTHER OF ALL INDICATOR

PRICE(MOTHER OF ALL INDICATOR)

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah data paling tepat dan boleh dipercayai namun ia percuma dan mudah didapati?

Jawapan paling mudah adalah PRICE!

Price adalah leading indicator sebelum indicator-indicator lain membentuk signal masing-masing, ia terlebih dahulu bergantung apa yang price hendak buat.

Maksudnya untuk membentuk sell atau buy, indicator teknikal akan bergantung pergerakan permulaan price dahulu barulah ia membentuk signal berdasarkan formula matematik yang telah ditetapkan oleh pencipta indicator tersebut.

Dari sini kita boleh simpulkan bahawa;

  • Price adalah leading indicator
  • Technical indicator adalah lagging indicator

Leading bermaksud ia mendahului, lagging bermaksud lambat atau bergantung kepada apa yang leading buat dahulu.

Berdasarkan gambar di atas signal SMA 21 hanya terbentuk selepas price turun. Ia bersilang maka terbentuklah signal.

Satu lagi masalah dengan indicator lagging adalah false signal yang dihasilkan, adakalanya terlalu awal pula. Jika price masih belum nak reverse anda akan membazirkan sedikit demi sedikit modal anda dalam losing trade. Itu pun jika ia benar-benar bergerak mengikut signal yang dihasilkan maka losing trade akan jadi winning trade. Akan tetapi jika sebaliknya bagaimana? Lihat contoh di bawah;

Lihat chart XAUUSD di atas, sell signal sudah terbentuk tetapi price masih hendak naik lagi. Ini kerana indicator hanya disetkan untuk membentuk signal apabila pengiraan tertentu dicapai namun bukanlah jaminan ia akan membentuk trend selepas itu.

Okeylah cukup mengenai indicator lagging ini, mari kita mantapkan penguasaan kita terhadap price movement ini agar kita sentiasa di hadapan(leading) berbanding menjadi orang yang ketinggalan di belakang seperti lagging indicator ini.

Semua maklumat diperlukan ada di depan mata

Menurut trader lagenda, Jesse Livermore, segala yang kita perlukan ada di depan mata… Ia sudah pasti merujuk kepada chart anda dan data yang tertera situ.

Kali ini saya akan kongsikan sedikit pendapat saya mengenai perkara ini, iaitu price dan pecahannya.

Melalui price, saya akan pecahkan kepada 3 bahagian iaitu;

  1. Candlestick
  2. Support Resistance
  3. Big Round Number

Penerangan ringkas;

  • harga terakhir selepas sesuatu penurunan yang berubah kepada kenaikan akan dipanggil harga support, harga terakhir selepas sesuatu kenaikan yang berubah kepada penurunan dipanggil harga resistance
  • harga angka genap mempunyai kepentingan sendiri dalam pasaran, juga dikenali sebagai psikologikal price di mana ia menjadi paras ukuran kekuatan/perlemahan sesuatu trend pada waktu itu samada menembusi atau reversal/rejection.
  • hasil dagangan harga bukaan, tinggi, rendah dan penutup maka akan terbentuklah candlestick.
  • pembentukan candlestick pattern berkait terus dgn waktu dan masa mengikut bulanan, mingguan, harian, jam dan minit.
  • candlestick pattern akan memberikan gambaran apa yang berlaku dlm pasaran melalui pattern-pattern tertentu.
  • sesuatu candlestick pattern akan memberikan reaksi terhadap Support dan Resistance level.
  • sesuatu SNR yang gagal ditembusi biasanya akan terbentuk candlestick reversal yang akan ditutup di atas atau bawah paras price level/snr berdasarkan trend semasa waktu itu.
  • trader akan mengambil peluang berdasarkan situasi ini untuk membuat buy dan sell

Indicator lagging akan ‘mengambil’ maklumat ini kemudian diterjemah ke dalam bentuk signal. Itulah sebabnya indicator hanya sesuai untuk dijadikan confirmation selepas sesuatu pergerakan berlaku.

Jika anda sudah boleh memproses maklumat secara terus tanpa indicator lagging ini adalah lebih baik.

Candlestick pattern

3 timeframe utama untuk lihat candlestick pattern yang paling valid iaitu;

  1. monthly
  2. weekly
  3. daily

Timeframe yang besar akan memberikan ruang masa kepada trader untuk membuat entry selain ketepatannya lebih baik berbandign timeframe lebih kecil. Peluang profit juga sangat besar dengan usaha yang sikit(kurang masa depan komputer/handphone)

Candlestick pattern mempunyai pelbagai jenis pattern dan mempunyai maksud-maksud tersendiri. Pembentukannya adalah berdasarkan open dan close dalam sesuatu tempoh(timeframe) di sesuatu SNR. Ia akan diguna-pakai oleh trader untuk meneka arah berikutnya.

Contoh mudah adalah, lihat gambar di atas, minggu lepas EURJPY rejected di atas paras support, minggu berikutnya ia terus naik tinggi hingga mencecah 1,400 pips menuju resistance berikutnya.

Sebelum candle reject itu terbentuk, anda juga sebenarnya boleh memasuki pasaran lebih awal di timeframe yang lebih kecil untuk confirmation lebih awal. Untuk ini anda perlu lebih banyak praktis mengenai SNR.

Support dan Resistance/price level

Harga terakhir selepas kenaikan, kemudian ia berpatah-balik, ia dipanggil sebagai resistance.

Fungsi resistance adalah untuk menghalang kenaikan/uptrend dan menyokong kepada downtrend.

Harga terakhir selepas kejatuhan, kemudian ia berpatah-balik, ia dipanggil sebagai support.

Fungsi support adalah menghalang kejatuhan/downtrend dan menyokong kepada uptrend.

BACA : FAKTA SNR

Big Round Number

Fungsi utama price level ini adalah hampir sama dengan SNR tetapi ia mempunyai peranan lain dalam trading dan analisis.

Dalam trading;

  1. Untuk entry jika terbentuk signal di situ(bergantung trend ketika itu)
  2. Untuk profit taking jika pergerakan/trend price menuju ke situ

Nombor genap menjadi rujukan utama bukan sahaja forex tapi juga bursa saham. Contoh mudah adalah ketika FBMKLCI melepasi 1,700.00 mata. Ini bermakna 1,700 ini adalah angka psikologi utama pada waktu itu di mana jika ia menyusut atau mengukuh, ia memberikan maksud tertentu kepada trader.

Faedah memahami dan menguasai semua ini

  • Membantu anda menggunakan informasi yang lebih tepat tanpa terkeliru dengan lagging indicator
  • Membantu anda membuat keputusan entry dan exit berdasarkan situasi semasa yang berlaku di depan mata
  • Memudahkan anda menyertai entry yang sama seperti big trader dalam pasaran

Sila baca artikel ini untuk membantu meningkatkan lagi pemahaman anda : http://pullbackforextrading.com/2-jenis-trader-dalam-pasaran-kebanyakan-kita-dalam-golongan-kedua/

Kesimpulan

Price merupakan leading indicator. Selepas leading indicator ini, barulah terciptanya indikator-indikator lain yang agak lagging kerana bergantung pada pergerakan permulaan oleh price.

Price akan membentuk pecahan berikut iaitu;

  1. Candlestick
  2. Snr
  3. Nombor genap/BRN

Ketiga-tiga ini mempunyai kegunaan masing-masing yang boleh membantu trader membuat analisa dan trading tanpa menggunakan indikator teknikal.

Semoga artikel ini membantu meningkatkan pemahaman anda dan seterusnya skill trading anda.

Jumpa lagi di artikel akan datang.

ADMIN
13/04/20

Comments