RAHSIA HI LO DALAM CHART ANDA

Print Friendly, PDF & Email

Hi Lo adalah singkatan dari High dan Low. Hi dan Lo dalam trading adalah mewakili harga tertinggi dan terendah dalam sesuatu trend. Hi dan Lo dalam chart mewakili tempoh masa tertentu dari tahun tertentu, kepada bulanan, mingguan dan harian. Juga termasuklah jam dan minit.

Tetapi dalam sesuatu analisa teknikal, trader akan menggunakan maklumat hi lo berdasarkan tahunan, bulanan, mingguan dan harian sahaja.

Tahukah anda Hi Lo dalam chart anda tu mempunyai peranan tersendiri dalam membaca(memahami) trend dan juga membuat entry? Jika anda belum tahu maka ini rahsia forex yang anda perlu pelajari hari ini!

Join Telegram Signal Kami! – KLIK SINI

NOTE: Strategi advance didedahkan dipenghujung artikel ini. Pastikan anda baca dari awal hingga akhir.

Hi Lo dalam analisa teknikal.

Hi dan Lo mempunyai dua maksud penting bagi penganalisis iaitu;

  1. Jika sesuatu hi dan lo ditembusi bermakna trend akan membuat new high dan new low
  2. Jika sesuatu hi lo gagal ditembusi, trend akan reversal.
  3. HiLo berfungsi sebagai support resistance
  4. Historical hi dan lo biasanya menjadi panduan para penganalisis untuk melihat keadaan baik dan buruk sesuatu matawang. Historical hi dan lo ini jika ditembusi, ia akan mempunyai makna penting dalam analisis itu.

Last hi, last lo

Bermaksud harga tertinggi terakhir dan harga terendah terakhir. Ia menandakan trend sedang reversal dan tiadanya new hi dan new lo.

Ia dikira sebagai historical hi dan lo apabila ia sudah melangkaui masa bertahun-tahun lamanya.

Ia juga sering dikaitkan dengan tahun-tahun tertentu dalam analisa teknikal.

Contoh historical hi dan lo pada pair USDJPY di mana harga tertinggi terakhir adalah pada tahun 2002 iaitu di 135.29 dan harga terendah terakhir pada 75.47 pada tahun 2011.

Tips : gunakan period separator(tekan F8 dan tandakan period separator) untuk dapatkan maklumat hi dan lo. Jika gunakan H1 bermakna hi dan low dalam masa 24jam. Jika gunakan H4 bermaksud seminggu. Jika D1 pula mewakili sebulan manakala Weekly dan Monthly adalah setahun.

Last hi dengan overbought dan last lo dengan oversold

Cara terbaik untuk memhami reversal trend dan terhasilnya last hi dan lo adalah dengan mengaitkannya dengan indikator overbought dan oversold.

Di atas adalah contoh last high berdasarkan tempoh masa 24jam ataupun sehari. Last hi di confirmkan apabila indikator stochastic mencapai overbought. Last lo di confirmkan apabila indikator stochastic mencapai oversold..

Last hi dan lo sebagai SNR

Apabila price breakout sesuatu hi dalam uptrend, ini bermaksud new high terbentuk. Ia berlaku di semua timeframe. Jika berlaku di Weekly ataupun Monthly, ia bermaksud new fresh hi ataupun lo dalam tahun itu.

Jika berlaku di D1 bermaksud new hi ataupun lo dalam bulan tersebut.

New hi bermaksud trend dalam trending menaik. New lo bermaksud trend dalam trending menurun.

Hi Lo dalam chart pattern

Sesuatu hi yang dijejak tetapi gagal ditembusi, akan membentuk double top. Jika terdapat 3 kali retest sesuatu hi tetapi gagal ditembusi, ia akan menjadi triple top.

Sesuatu lo yang dijejak tetapi gagal ditembusi, ia akan membentuk double bottom. Jika terdapat 3 kali retest dan gagal juga, maka ia akan membentuk triple bottom.

Baca >>  5 KAEDAH TRADING MENGGUNAKAN RSI

Chart pattern ini membawa maksud reversal trend.

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Menggunakan Hi Lo dalam trading untuk memahami trend

Anda boleh gunakan hi dan low sebagai panduan trading samada untuk memahami trend new high ataupun reversal juga untuk entry point anda.

Baca : Meramal pergerakan hadapan berdasarkan candlestick

Setiap kali hi atau lo ditembusi, itu petanda trend itu bakal naik lebih tinggi dan juga turun lebih jauh.

Apabila tiada lagi new hi atau new lo, trend akan reverse.

Hi yang ditembusi adalah sama seperti resistance yang ditembusi dan ia akan menjadi support. Begitu jugalah Lo sebagai support, apabila ia ditembusi akan menjadi resistance.

Apabila ia menjadi SBR dan RBS, ia secara tidak langsung bertindak menjadi panduan entry anda.

Hi Lo sebagai SNR

Terdapat banyak jenis SNR seperti garisan melintang(horizontal), fibonacci, EMA dan lain-lain, seperti yang diterangkan di atas, Hi Lo juga boleh berperanan seperti SNR dengan kegunaan dan maksud tersendiri.

Sesuatu hi yang ditembusi, ia sama fungsinya sebagai Resistance become Support(RBS). Oleh itu buy boleh dibuat jika price menjejak semula area RBS ini. Ini termasuklah apabila berlaku retest di kawasan ini kemudian berlaku rejection. Itulah entry point anda.

Sesuatu lo yang ditembusi boleh berfungsi sebagai support become resistance(SBR). Entry sell akan dibuat apabila price menjejak semula area SBR ini.

Price yang membuat pullback pada SBR dan RBS ini memberikan indikasi trend kuat untuk naik lagi dan juga kuat untuk turun lagi. Ini adalah petanda baik bagi trend follower trader untuk mendapatkan profit maksima.

Apabila sesuatu hi dan lo gagal ditembusi, ia membawa maksud reversal, untuk confirmkan sesuatu reversal ini, indikator oscillator biasanya akan memberikan signal buy ataupun sell.

Penafian – Akan tetapi ia bukanlah sesuatu yang 100% akan berlaku termasuklah false signal juga boleh terbentuk di mana signal itu invalid dan trend gagal untuk reverse.

Hi Lo sebagai strong SNR

Strong SNR bermaksud ia sukar ditembusi dan biasanya akan berlaku false break sebagai petanda ia kuat serta kukuh.

Petanda sesuatu SNR itu kuat adalah akan berlaku bounce atau retest berberapa kali namun berakhir dengan kegagalan iaitu price akan rejected di area itu.

Last hi untuk bulan oktober berperanan sebagai resistance. Apabila ia ditembusi, ia secara tidak langsung menjadi support(RBS). Apabila price mula rejected area ini, price naik lebih +240 pips!

Last Hi bulan November menjadi resistance baharu. Pada bulan Disember ini berberapa retest berlaku dan akhirnya gagal untuk tembusinya untuk membuat new hi. Akhirnya price jatuh lebih +270 pips.

Monthly hi masih berfungsi sebagai SNR dan panduan terbaik untuk memahami trend semasa dalam bulan tersebut.

Gambar : Apabila resistance berjaya ditembusi, peluang buy di akan dibuat jika price pullback atasnya tetapi apa yang berlaku adalah trend reverse apabila break di bawah monthly hi ini. Sell dibuat apabila pullback berlaku.

Baca >>  Forex Timing PART 2 - 5 sebab kenapa anda perlu trade TF yang lebih besar

Price jatuh +300 pips selepas signal terbentuk.

Tahun 2020 adalah tahun di mana kebanyakan pasaran saham, komoditi dan forex jatuh merudum pada awal tahun.

Harga terendah pada tahun 2019 menjadi strong support dan profit taking seller awal tahun ini. Lihat potensi buy di atas support apabila price pullback naik lebih +1,000 pips dari low ke high selepas rejected atas major support ini.

Selepas ini tahulah anda apa perlu dibuat dan bagaimana untuk menghasilkan ribuan pips hanya dengan hi dan lo ini. Rahsianya cukup mudah dan ringkas bukan? 🙂

Membuat prediction kedudukan new HI dan new LO menggunakan fibonacci extension[advanced strategy]

Anda boleh ke halaman ini untuk baca mengenai salah-satu strategy mudah sambung fibo > http://pullbackforextrading.com/teknik-termudah-fibonacci/

Sambungan fibonacci antara topik yang hangat di kalangan trader sebab ramai trader yang keliru sambungan fibo ini adakah dari atas ke bawah atau bawah ke atas.

Jawapan mudah saya adalah, jika anda mahu mencari extension level dengan menggunakan default fibo, anda mestilah sambung dari atas ke bawah(hi kepada lo) untuk uptrend dan dari bawah ke atas(lo kepada hi) untuk downtrend.

Dengan ini dapatlah anda prediction level untuk new hi dan new lo dalam sesuatu trend itu. Mari lihat contoh di bawah;

Fungsi level fibo(default fibo)

Apabila anda menyambungkan level 0.0 dan 100.0 pada sesuatu high dan low, secara tidak langsung, dua level ini akan mewakili hi dan lo dalam trend itu.

  • Downtrend – 100.0 fibo akan mewakili lo dan fibo 0.0 akan mewakili hi
  • Uptrend – 100.0 fibo akan mewakili hi dan fibo 0.0 akan mewakili lo

Predict new monthly hi

Untuk membuat prediction new hi atau new lo pada bulan tersebut, anda perlu buka TF Daily, kemudian setkan chart anda dengan period separator.

1 kolum ini mewakili 1 bulan. Anda akan gunakan data bulan lepas untuk trading bulan ini. Ada boleh marking price ataupun sambungkan terus fibo anda. Anda boleh adjust semula fibo anda jika salah ataupun price break 0.0 fibo itu. Level yang sepatutnya price break adalah 100.0 agar kita dapat tahu kedudukan 127.2, 161.8 dan 200.0 itu di mana dan itulah prediction new hi ataupun lo baru price.

Baca >>  ULASAN DAN ANALISA XAUUSD 26/09/16

Baca : Strategi timeframe untuk entry

Di bawah adalah contoh uptrend di mana price break hi bulan lepas yang ditandakan 100.0.

Apabila price break hi bulan lepas, ini petanda ia akan membuat new hi baharu.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, hi dan lo akan berfungsi sebagai SNR apabila ia ditembusi(breakout). Oleh itu ia juga akan menjadi panduan entry anda.

Entry buy dibuat apabila price melakukan retest dan pullback di atas monthly hi bulan lepas.

New hi terbentuk di 161.8 dan apabila price break level 161.8 ini, new hi sekali lagi terbentuk di 200.0. Jika break lagi, maka target berikutnya adalah di 261.8!

Untuk entry, anda boleh gunakan lower timeframe untuk entry anda. Dalam contoh di atas, saya memilih H4 sebab H4 kurang false signal berbanding M30, M15 dan M5. Akan tetapi jika anda seorang risk taker, anda boleh sahaja gunakan timeframe minit ini dengan syarat hanya mencari entry jika price betul-betul rejected secara tepat di atas fibo 100.0 tersebut.

Total potensi profit yang dijana dari setup di atas adalah melebihi +360 pips dalam sebulan hanya untuk 2 entry trade.

Entry pada TF D1 ni agak memakan masa dan mungkin cuma memberikan 2 atau 3 signal profitable sebulan tetapi memberikan profit yang sangat banyak untuk sebulan hanya dengan memantau breakout pada hi ataupun lo bulan lepas. Tiada indikator diperlukan mahupun analisa rumit dan susah.

Bagi anda yang mahukan trading secara 1 jenis entry seminggu, anda boleh gunakan TF H4 untuk trade setup anda.

Note: 1 jenis entry tak bermakna 1 entry sahaja. Anda boleh multiple entry atau entry layer hanya berdasarkan buy sahaja atau sell sahaja.

Berdasarkan H4, price break 100.0. Berlaku retest kemudian pullback. Entry boleh dibuat dan juga ditambah setiap kali berlaku rejection. Exit pada extension level sebagai new lo pada minggu tersebut.

Custom fibo untuk memudahkan trading

Untuk memudahkan anda trading tanpa perlu susah-susah ubah sambungan fibo anda, berikut saya kongsikan setup fibo yang membolehkan anda tidak perlu ubah-ubah sambungan anda.

Anda perlu ADD level dan description seperti dalam gambar. Pastikan sama agar ia berhasil. Ia mestilah kelihatan seperti berikut;

Lihat contoh di bawah;

Konsep trading masih sama iaitu entry akan dibuat jika break hi dan lo samada hari sebelumnya, minggu sebelumnya ataupun bulan sebelumnya.

Kini tidak perlu lagi susah-susah memikirkan ke mana arah pasaran setelah mengetahui rahsia ini.

Saya cadangkan anda explore lebih jauh strategy percuma pullback sini > http://pullbackforextrading.com/advance-fx-strategy/ ataupun anda boleh join membership di sini.

Akhir kata.

Apa pendapat anda mengenai artikel kali ini? Jika anda punyai persoalan silakan letak di bahagian komen.

Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda agar dapat membantu lebih ramai trader menjadi profitable dan konsisten!

ADMIN
13/12/20

Comments

Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.