RAHSIA TRADING TANPA STOPLOSS – BAGAIMANA MENGGANDAKAN USD300 KEPADA USD50K

Mendapat idea hasil temubual secara face to face bersama seorang trader dari Negara seberang berberapa tahun lepas, kini saya rasakan ia mungkin suatu ilmu yang perlu saya sampaikan kepada pembaca setia blog ini juga kepada pencari ilmu dalam bidang ini. Trading tanpa stoploss, gandakan akaun USD300 kepada USD50K.

PENAFIAN – Saya bukanlah kongsikan rahsia entry atau strategi entry di sini sebaliknya hanya mengongsikan ‘rahsia’ bagaimana seorang trader biasa yang pada saya bukanlah popular di dunia maya tapi berhasil menggandakan akaun kepada jumlah yang besar. Oh kenapa saya kata ia rahsia? kerana setiap trader itu pasti ada rahsia kerjayaan sendiri yang mungkin tidak akan dikongsi kepada orang lain kecuali kawan rapat sahaja. Maaf jika artikel ini tidak sesuai dengan diri anda.

Teknik asal yang digunakan adalah menggunakan indikator dan telahpun saya jadikan free bonus sebenarnya di halaman membership di sini.

Berberapa perkara penting dan menarik yang ingin saya sampaikan di sini kerana memandangkan teknik entry itu tiadalah apa-apa yang luar biasa jadi saya terus sediakan senarai penting yang pada saya ia di luar daripada teknik tersebut. Ia lebih kepada psikologi. Berikut senarainya;

  1. Disiplin
  2. Money management
  3. Repeat

Saya cuba mencari lagi apa yang perlu disenaraikan namun pada saya setelah memikirkannya dalam masa berberapa bulan ini, saya yakin tunggak utama cumalah 3 point di atas. Izinkan saya huraikannya.

Disiplin

Trader tersebut sangatlah disiplin dalam menanti entry. Disiplin yang diamalkan juga termasuklah money management rule. Cuma saya lihat apabila akaun beliau sudah mencecah USD30K dan 40K beliau kerap mengambil dan menggandakan risk hinggalah akaun tersebut naik ke 50K USD kemudian beliau membuat withdrawal. Jangan fikir pula ia MC ya..hehehe…

Jadi kenapa disiplin membantu beliau berjaya dalam trading? Jawapannya mudah. Kerana beliau hanya mengikuti rule yang ditetapkan dan hanya apabila sudah cukup syarat barulah beliau bertindak. Tindakan yang dimaksudkan di sini adalah apabila entry rule yang cukup syarat dengan risk yang boleh dikawal maka entry akan dibuat.

Tidak cukup syarat, maka tiadalah entry.

Money Management

Maaf jika anda merasakan beliau menggunakan rule MM ataupun RRR 1:1 atau 1:2 itu tiada sama sekali. Bahkan ada masanya floating sangat besar berbanding profit yang diambil sedikit sahaja.

Trader lama pasti familiar dengan style hold loss lama-lama hinggalah ia profit. Trader ini juga mengamalkan cara yang sama walaupun kita lihat ia agak tak wajar malah saya sendiri juga tidak melakukan yang sama tapi itulah yang beliau ini lakukan.

Kekuatan margin tak lain adalah modal tersebut dan untuk melaksanakan kaedah ini, beliau hadkan entry kepada lot-lot kecil dan tidak membuat layer. Tiada stoploss bahkan tiada juga TP ditetapkan. Yang ada cuma posisi open trade dalam keadaan untung dan rugi. Adakalanya posisi tersebut float profit terlalu besar tetapi tiada juga breakeven disetkan.

Beliau ada menunjukkan acc live beliau dan sempat meminta nasihat kepada saya tentang berberapa entry loss beliau yang pada saya cukup besar kerana telah berada dalam posisi yang salah pada waktu itu. Beliau membuat cutloss dan baki akaun selepas itu adalah USD12K. Pada waktu inilah saya mendapat tahu bahawa akaun beliau adalah bermula dari USD300.

Pada saya, OKlah klu selepas cutloss amaun besar itu akaun naik ke USD12K… ohya, loss yang ditutup itu mencecah -USD2K…(kalau tak silaplah).

Repeat

Mematuhi rule entry kemudian menggunakan MM yang ringkas dan mudah adalah teras utama bagaimana acc digandakan kepada amaun yang besar dan berlipat-ganda dari jumlah asal. Maka langkah seterusnya adalah, ulang proses!

Tak perlu dah dikemaskan lagi apa yang sudah cantik tersusun. Ramai yang mengatakan mengenai konsisten dalam profit, tapi pada saya konsisten itu tidak akan datang jika trader itu tidak berdisiplin, tiada peraturan MM malah suka mencari entry. Ini hakikat yang perlu diterima jika anda mahu menjadi trader yang konsisten.

Maka, kalau dah dapat suatu teknik yang membantu untuk anda untuk berjaya, maka fokuslah kepada teknik itu dan ulanginya sehingga anda mencipta kejayaan.

Kesimpulan…

Dalam trading, setiap trader itu perlukan ‘edge.’ Dalam bahasa mudah, trader itu perlukan kelebihan. Kelebihan dalam bentuk skill atau kemahiran yang fit dan sesuai dengan personaliltinya.

Dari pertemuan tersebut juga saya dapati beliau seorang yang memfokuskan jangka panjang dalam trading, kerana itulah sangat berdisiplin untuk membuat entry dan size lot entry tersebut. Dari situ saya dapat lihat kenapa sesuatu posisi itu dibuka dan dibiarkan floating samada untung besar atau loss besar. Loss besar itu masih disimpan selagi ia tak jadi beban kepada margin. Cutloss pula akan dibuat jika ia memang sudah berubah arahnya.

Target profit – Andaikata anda tertanya-tanya berapa TP yang beliau ambil, di sini saya berterus terang, adakalanya ia hanya 10 pips, 20 bahkan cuma 50 pips. Mengenai SL pula ia mencecah puluhan hingga ratusan pips. Dari segi rule MM professional trader pastinya ia sudah dikira SALAH dan GAGAL. Namun hakikat dalam bisnes ini pada saya tetap jugalah siapa yang lebih banyak menutup profit ketika betul dan berapa minima loss ketika salah. Setelah melihat akaun beliau naik berganda ke USD12K selepas cutloss USD2K bermula dari modal USD300, pada saya beliau tetap seorang yang hebat.

Akhir kata

Dalam hal ini beliau berjaya menggandakan akaun beliau berbekalkan disiplin, fokus dan sedikit kemahiran mengawal risk maka berhasillah menggandakan akau beliau kepada jumlah yang sangat besar.

ADMIN
25/03/20

P.S: Seingat saya ia juga berlaku dalam tahun yang sama, bermaksud dalam masa setahun ia digandakan kepada jumlah yang besar iaitu dari 300usd kepada 50k usd.

P.S.S: Penulis meringkaskan jalan cerita untuk menyampaikan poin utama sahaja. Mengenai MM dan strategy teknik inshaAllah dikesempatan yang akan datang akan cuba dikongsikan.

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.