SAYANGI WANG ANDA! BELAJARLAH PENGURUSAN RISIKO SEKARANG

SAYANGI WANG ANDA! BELAJARLAH PENGURUSAN RISIKO(RISK MANAGEMENT) SEKARANG!

HIGHLIGHT:

  • Drawdown

  • Perbandingan risiko besar dan kecil

  • Stoploss, cara kira dan tempat stoploss

  • Reward, Risk ratio

  • Perbezaan margin call dan stopout

Drawdown

Drawdown adalah sebahagian dari peraturan pengurusan risiko dalam forex trading. Sebagai contoh; Anda mempunyai akaun $10,000 dan anda kerugian $5,000. Berapakah peratus kerugian anda berdasarkan contoh ini? Jawapannya adalah 50%. Inilah yang dipanggil sebagai drawdown.

Drawdown adalah pengurangan modal selepas berberapa siri kerugian. Baki akhir akaun anda adalah selepas tolak kerugian tersebut.




 

Perbandingan risiko besar dan kecil

Terdapat perbezaan jelas antara dua jenis risiko ini iaitu risiko besar dan kecil. Berikut perbezaan risiko 2% dengan 10%.

sumber: caripips

Perhatikan baki akhir kedua-dua akaun ini selepas 19 kali kerugian dalam trade.

  • Akaun yang ditrade menggunakan risiko 2% masih mempunyai baki yang banyak iaitu $13,903 daripada modal $20,000
  • Akaun yang ditrade menggunakan risiko 10% pula telah berbaki sebanyak $3,002  selepas 19 kali kerugian dalam trade

Jika anda sudah kerugian antara 70-80% dalam trading, adalah amat sukar untuk membuat recover kerana ia tidak jauh beza juga seperti anda menggandakan akaun anda kepada 70-80% berdasarkan modal semasa anda.

Risiko terbaik adalah serendah yang mungkin. Dengan ini anda boleh ‘survive’ dalam tempoh yang lama tidak kira apa juga kondisi pasaran.

Stoploss(SL), cara kira dan tempat stoploss

Stoploss
Stoploss bermaksud ‘henti-rugi’ atau juga bermaksud kawal kerugian. Stoploss pula terbahagi kepada empat iaitu;

  1. automatik
  2. manual cutloss
  3. trailing stoploss
  4. Breakeven

1. Stoploss automatik
Bermaksud anda letakkan secara spesifik SL anda apabila anda membuka sesuatu trade.

2. Manual cutloss
Anda menutup posisi loss anda secara manual apabila anda merasakan kerugian tersebut bersesuaian dengan risk yang anda letakkan/hadkan.

3. Trailing stoploss a.k.a lock profit
Anda boleh setkan stoploss cara ini melalui platform anda. Ia berfungsi secara automatik berpindah mengikut jumlah pips yang anda tetapkan.

Cthnya jika anda setkan 30pips, maka apabila price bergerak profit 30pips, SL anda akan bergerak 30pips juga di belakang price iaitu SL anda akan berpindah ke entry price anda kemudian apabila price bergerak lagi 30pips(sekarang sudah 60pips dari entry price anda), kini anda sudah ‘lock’ profit sebanyak 30pips dan apabila price reverse dan melanggar SL anda, anda sudah profit 30pips.

semakin jauh price bergerak, maka semakin banyaklah lock profit anda.



4. Breakeven

Mengubah SL anda di entry price anda atau, dalam amaun tertentu tetapi dalam keadaan profit. Juga dipanggil sebagai lock profit. Anda amat digalakkan untuk breakeven apabila anda punyai target profit yang besar.

Breakeven adalah cara terbaik untuk hapuskan sebarang risiko dan menjamin keuntungan anda.

Cara kira stoploss secara money management
Nilai SL pula akan dikaitkan dengan risk yang anda sanggup terima jika kerugian. Contohnya 2% dari 1K usd, bersamaan $20, maka selepas hit SL anda, anda akan kerugian $20 ini. Bermaksud nilai stoploss anda adalah -$20.

Modal : $1,000
Risiko : 2% = $20
Stoploss : 50 pips
$20/50 = $0.40 per pip

Maka lot trade anda adalah *0.04 jika akaun micro/standard dan *0.40 jika akaun mini
*sila rujuk broker masing-masing/berbeza setiap broker

Apabila trade anda hit SL, maka anda akan kerugian -$20 iaitu 2% dari modal anda.

Tempat stoploss

Cara betul untuk menempatkan stoploss adalah dengan mengaitkannya dengan support resistance atau swing high dan swing low terdekat. contohnya jika anda sell di bawah resistance, maka swing high terdekat adalah stoploss anda.

Baca : Strategy Stoploss

Risk Reward Ratio(RRR)

Tidak lengkap untuk anda pelajari pengurusan risiko tanpa topik ini -RRR- kerana ia berkait terus dengan nilai SL anda. Apa yang anda perlu buat adalah samada menggandakan SL tersebut atau samakan dengan SL anda.

RRR 1:1 = SL anda 50, Take Profit(TP) anda 50

RRR 1:2 = TP anda 2x ganda SL anda

RRR 1:3 = TP anda 3x ganda SL anda

RRR terbaik adalah, 2 hingga 3 kali ganda SL anda. Dengan cara ini anda sebenarnya meletakkan reward sangat tinggi berbanding kerugian. Bermaksud setiap kali anda untung, anda perlu loss 2 atau 3 kali untuk kerugian mengatasi keuntungan itu.

Cth:

10 trade. RRR1:3 = SL 50 pips, TP 150 pips.
Dari 10 trade ini. katalah anda loss 7 dan 3 win.

7 loss x 50 = 350 pips
3 win x 150 = 450 pips

maka, 450 tolak 350 = 100!

Dengan hanya 3 kali profit trade anda bukan sahaja sudah cover 7 loss trade, bahkan anda menjana profit!

Perbezaan Margin call dan Stop out

Margin call

Biasanya pada terminal trading anda akan bewarna merah dan seakan berkelip-kelip apabila modal anda sudah tidak mampu untuk menampung floating loss trade anda. Apabila kerugian tersebut sudah tidak tertampung lagi, maka akaun anda akan margin call atau kehabisan margin untuk berdagang(trade).

FOREX MARGIN CALCULATOR : KLIK SINI

Stop out

Broker akan menutup posisi trade anda yang paling banyak rugi sehinggalah margin meningkat dari paras stopout anda.

Cth: Margin call = 30%, Stop out 20%

Anda akan mendapat amaran apabila margin level anda di bawah paras 30%. Jika paras margin anda jatuh di paras 30%, amaran margin call akan berlaku di terminal trading anda kemudian jika jatuh di paras 20%, secara tidak langsung broker akan menutup semua posisi anda. Kini tinggallah baki 20% lagi modal dalam akaun trading anda.

gambar : adjust parameter dari fort financial ltd.

Untuk elakkan hal ini berlaku sila pastikan trade anda mempunyai had tampung kerugian yang disesuaikan dengan margin anda.

Akhir kata

Terdapat banyak lagi topik berkaitan pengurusan risiko ini tapi saya fokuskan yang utama dan paling asas agar kepada mereka yang baru dalam bidang ini mendapat pendedahan yang betul mengenai dunia sebenar trading ini. Takkanlah nak cerita teknik dan untung sahaja kan?

Demikianlah serba sedikit saya kongsikan mengenai pengurusan risiko. Semoga dengan perkongsian ini anda mendapat manfaat dan silakan kongsikan bersama rakan agar lebih ramai lagi mendapat faedah dari ilmu ini.

Sekian.

Koleksi Video Live Trading + Risk Management – Klik Sini

ADMIN
05/02/18






Comments