Seperti syarat mencari pekerjaan, trading juga perlukan pengalaman…

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Siapa kata trading tidak perlukan pengalaman? Ia memang betul, trading sememangnya tak perlukan pengalaman dan latar belakang dalam financial. TAPI jika anda ingin berada dalam jangka panjang dalam dunia trading ini dan membuat untung, anda perlukan pengalaman.

Trading pada zaman sekarang sudah begitu mudah sedangkan dari segi modal pula dalam masa yang sama ia tak perlukan modal besar. Dengan hanya 10 USD sahaja anda sudah boleh membuka live akaun dan mulakan trading anda.

Akan tetapi apa yang bakal membezakan anda dengan trader lain adalah, adakah anda boleh menghasilkan profit atau anda bakal kehabisan wang kerana kerugian dalam pasaran.

Tips mencari pengalaman dalam FOREX

1). Trading dengan demo account

Trading dengan demo account nampak leceh dan ramai mengatakannya tak serupa dengan live account. Pada pendapat saya itu adalah tepat. Jika kamu trade demo untuk profit sedangkan deposit puluhan ribu yang tak sama dengan jumlah yang bakal kamu trade sudah tentulah ia tak sama.

Jika di Demo account anda deposit 100K, adakah pada live account juga akan didepositkan 100k? Jika anda bercadang demikian, maka teruskan. Tetapi jika anda tidak punyai ilmu untuk uruskan akaun 100K itu, ia pasti akan lebur sahaja.

win a lambo

Maka dengan yang demikian, anda perlu berlatih di demo account untuk uruskan akaun yang sama nilai dengan amaun yang bakal anda deposit. Jika 500USD, maka berlatihlah urus akaun bermodalkan 500USD di demo account. Cuba uruskan dana itu selama 6 bulan ke 1 tahun dan lihat sejauh mana kemampuan anda untuk uruskan.

Yang kata ia tak sama dengan live itu belum tentu pernah berlatih di demo account selama 1 tahun bahkan mungkin saja deposit akaun mereka itu puluhan ribu.. Jika macam tu, memang tak samalah dengan live account.

2). Mendapatkan mentor

Saya paling cadangkan cara ini kerana trading dengan pemantauan dan tunjuk-ajar dari seorang mentor memang berkesan. Ini adalah kerana mentor pastinya seorang yang berpengalaman dalam trading sudah tentu tahu selok-belok dalam menguruskan akaun.

Anda bukan sahaja boleh dapatkan pandangan tentang tindak-tanduk anda, malah anda boleh dapatkan jawapan kenapa dan mengapa anda profit dan loss ketika trading. Selain itu anda boleh dapatkan nasihat dan tips secara terus dari mentor anda.

Mentor yang terbaik adalah yang pastinya trade live account dan sebolehnya yang fulltime trading dan bukannya punyai komitmen lain seperti menjadi IB kepada broker atau mempunyai perniagaan lain.

Ohya, mencari mentor di Malaysia ini bukanlah susah. 🙂

3). Trial dan Error

Anda boleh dapatkan pengalaman dengan menguji terus sesuatu teknik, strategy atau trading system mahupun EA secara terus di Live account jika anda seorang yang boleh belajar sendiri.

Cara ini sedikit memakan kos tapi dipenghujungnya anda boleh tahu tahap kemampuan anda dalam menggunakan sesuatu teknik.

Akan tetapi jika anda seorang yang berharap untuk ia berjaya, maka ini bukanlah lagi trial dan error tapi sudah kepada real business, oleh itu saya sarankan anda kepada point ke-2 iatu mendapatkan mentor terlebih dahulu.

4). Menghadiri seminar, kelas, bootcamp

Menghadiri seminar, kelas ataupun bootcamp boleh membantu anda mendapatkan pengalaman hasil bertukar pendapat dan berkenalan dengan trader lain terutama yang lebih berpengalaman dalam business ini.

Melalui majlis ilmu ini anda bukan saja dapat kenalan baru, malah dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Menghadiri kelas live trade dapat membantu anda untuk mempelajari secara live mengenai pasaran ini dan bagaimana cikgu anda membuat entry dan exit selain berkongsi tips mengenai pengurusan risiko dan pengambilan risiko menurut kaedah cikgu tersebut.

Untuk perhatian, menghadiri majlis sebegini mungkin memerlukan anda membayar sedikit yuran atau mungkin perlu membuka akaun live di bawah group tersebut. Pada saya ini hanyalah pengorbanan kecil untuk pulangan besar di kemudian hari.

Okey, sampai di sini dulu buat masa ini. Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan anda idea bagaimana untuk mendapatkan pengalaman yang diperlukan sebelum menceburi lebih serius dalam bidang ini.

Sekian,

Hingga jumpa lagi di post akan datang!

ADMIN
30/10/19

Comments