SIMPLE BREAKOUT TECHNIQUE WITH SIMPLE MOVING AVERAGE 20

SIMPLE BREAKOUT TECHNIQUE WITH SIMPLE MOVING AVERAGE 20

  • Kenal-pasti trend

  • Setting indikator

  • Trading setup

  • Menetapkan entry dan exit ratio

  • Timeframe

  • Contoh trade setup

Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera..

Syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana limpah kurniaNya dapatlah kita bertemu lagi dalam siri artikel perkongsian strategy dan teknik di blog ini.

Hari ini saya akan kongsikan mengenai satu strategy entry yang sangat simple hanya menggunakan 1 indikator sahaja iaitu moving average.

Sebelum ke topik teknik, mari kita pelajari dengan ringkas dahulu mengenai asas trading iaitu, mengenal-pasti trend.

Kenal-pasti trend

Trend terbahagi kepada tiga iaitu ;

  1. Uptrend
  2. Downtrend
  3. Sideways/Range Bound

2 perkara yang menjadi fokus utama adalah uptrend dan dowtrend. Jika uptrend, maka fokus adalah buy. Jika downtrend maka fokus adalah sell.

Jika sideways, abaikan dan no trade.

Untuk teknik ini timeframe utama adalah timeframe daily sahaja.

Uptrend – Secara jelas price bergerak naik. Jika anda memilih sesuatu pair, kemudian ia dalam keadaan trending seperti di atas, maka fokus anda adalah buy.

Downtrend – Jika anda memilih sesuatu pair itu kemudian ia dalam keadaan seperti di atas, maka fokus anda adalah sell sahaja.

Sideways – Abaikan pair yang berada dalam keadaan ini. Cari pair lain. Ini adalah kerana anda bakal berdepan dengan risiko false signal buy dan sell. Ia bukan saja merugikan malah boleh menganggu emosi anda. Trading dengan emosi adalah sangat bahaya.

Trading setup adalah sideways, tetapi bukan dalam skala besar seperti dalam gambar. Saya akan terangkan kemudian.

Langkah seterusnya adalah, setting indikator pada chart anda.

Setting indikator

Sila buka MT4 anda, dan ikuti gambar di bawah.

Sila ikuti setting di bawah;

Saya memilih Dark Blue sebagai Style atau warna. Anda boleh pilih warna lain yang anda mahu. Setelah selesai, sila klik OK.

Chart anda mestilah seperti berikut;

Ok selesai topik kenal-pasti trend dan setting indikator, seterusnya kita pergi ke topik trade setup.

Trading Setup

Kriteria trading setup adalah apabila price menjejak semula berdekatan dengan SMA dalam keadaan sideways atau ranging.

Ia adalah petanda bakal berlakunya breakout di masa akan datang. Tugas anda sebagai trader adalah kenal-pasti setup ini dan membuka entry jika berlaku breakout.

Uptrend – candle atas SMA20
Downtrend – candle bawah SMA20

Trend dan sideways

Sesuatu trade setup anda adalah berdasarkan market sideways tetapi tidak break SMA20. Sideways ini adalah petanda bakal berlakunya breakout di masa akan datang.

Dalam sesuatu downtrend, anda akan lihat jika berlakunya sideways. Sideways ini akan menjadi peluang untuk sell jika price keluar dari zone sideways ini.

Situasi yang sama jika uptrend. Maka peluang untuk buy dilihat jika berlakunya sideways dan breakout berlaku di masa akan datang

Menetapkan Entry dan Exit

Untuk menetapkan Entry dan Exit, anda akan menggunakan kaedah Reward Ratio 1:1 dan 1:2 di mana samada anda menggunakan TP yang sama nilai dengan SL anda atau TP 2x ganda SL anda.

Contoh situasi RR 1:1 adalah jika SL anda 50 pip, maka TP anda adalah 50 pip. Jika SL anda 100 pip, maka TP anda juga 100 pip.

Jika anda menggunakan RR 1:2 ini bermakna jika SL anda 50, maka TP anda adalah 100 pip. Jika SL anda 100 pip, maka TP anda adalah 200 pip.

Untuk setiap entry yang profit sebanyak 30 pip, sila ubah SL ada ke entry point untuk breakeven. Jika berlaku pergerakan dan terkena breakeven anda, tetapi price masih bergerak mengikuti arah asal yang anda trade, anda boleh membuat reentry semula.

Pending order(P.O.)

Kenal-pasti high dan low dalam sesuatu sideways, letakkan PO buystop 10 pip di atas high jika uptrend, dan 10 pip bawah support untuk downtrend.

Timeframe

Untuk teknik ini anda hanya menggunakan timeframe daily sahaja iaitu, sesuatu breakout akan dilihat berdasarkan candle semalam yang break atau pun tidak pada sesuatu SNR. Hari berikutnya adalah entry jika breakout berlaku. Jika tiada, abaikan.

Cth mudah, candle daily akan closed pada jam 5 am Malaysia, untuk menentukan perlu buy atau tidak esok, pastikan jam 5 am nanti berlaku breakout pada sesuatu SNR atau tidak. Jika ada, esok paginya boleh la membuat buy entry.

Sesuatu trade akan mengambil masa lama untuk exit samada SL atau TP ataupun Breakeven sahaja.

Contoh trade setup

Syarat utama adalah arah yang jelas dan bukan sideways. Secara jelas candle atau price mestilah di atas SMA20 untuk uptrend dan di bawah SMA20 untuk downtrend.

Abaikan pair tersebut jika sideways.

 Contoh buy setup di mana secara jelas candle berada trending di atas SMA20. Maka fokus adalah buy sahaja. Nantikan trend bergerak sideways menuju ke SMA.

Kenal-pasti high/shadow candle dalam zone sideways tersebut. perhatikan hari keesokannya jika candle sudah break atau close di luar SNR atau high dalam zone tersebut. Jika break, entry buy akan dibuat.

TP akan dibuat berdasarkan risk stoploss setup tersebut. Setelah trade dibuat, biarkan ia bergerak menuju TP atau SL.

Disebabkan trade pada D1, maka 1 candle adalah 1 hari, sesuatu trade mungkin mengambil masa lebih seminggu atau mungkin sebulan untuk hit target.

Perhatikan candle sideways tetapi bergerak ke atas dan menyentuh SMA20. Sell setup dikira berlaku apabila candle break trendline. Entry sell dibuat pada candle berikutnya.

Ketika TP 1 dan TP 2 mengena, ia juga masih boleh dikira satu trade setup sell kerana dalam downtrend, berlakunya sideways.

Jika berdepan dengan situasi ini, perhatikan candle break dan SL anda. Dalam gambar di atas candle break agak panjang, oleh itu SL anda akan menjadi sangat besar. Saya sarankan abaikan trade ini kerana sangat berisiko tinggi.

NO TRADE!! Penting untuk abaikan trade jika keadaan tidak menentu seperti dalam gambar. Anda mestilah fokus kepada trending sahaja kerana ia memberi peluang anda membuat keuntungan berbanding market sideways di mana ia tak lebih dari mengelirukan dan memberikan risiko rugi yang banyak.

Akhir kata..

Di atas cumalah contoh ringkas sahaja. Anda bolehlah membuat backtest sendiri untuk mengkaji teknik ini dan tentukan samada ia sesuai atau tidak untuk anda.

Berberapa perkara berikut anda boleh pertimbangkan;

  • Candle pattern
  • Fibonacci
  • Trendline
  • Strategi money management

4 elemen di atas sengaja tidak dimuatkan dalam artikel ini kerana saya ingin menggalakkan anda mengkaji dan terus belajar untuk menggabungkannya ke dalam live trading.

Sebelum mengakhiri artikel ini, kepada anda yang berminat untuk menyertai membership CSPRO pada harga diskaun, anda bolehlah menghubungi admin untuk tuntut 75% diskaun anda. Whatsapp 0168225295 dan berikan kod berikut PEMBACABLOGPULLBACK2019

Sekian,

ADMIN
19/06/19



Comments