STRATEGI ENTRY REVERSAL – PICKING TOP DAN BOTTOM

Print Friendly, PDF & Email

Terlewat entry adalah masalah utama yang sering membelenggu trader baru dan lama terutamanya yang masih struggle untuk konsisten dan sering bergelut dengan masalah emosinya sendiri. Market ini sangat berbahaya, volatile dan banyak perangkap yang berbahaya dan bakal melingkupkan wang anda lebih pantas dan kelipan mata. Jika anda pernah trading secara mengejar trend, pasti anda faham apa yang saya cuba sampaikan iaitu ketika price kuat naik, anda buy, kemudian ia berhenti naik kemudian ia reverse jatuh turun. Begitulah sebaliknya, ia jatuh mendadak, anda sell kemudian ia naik dan tak jatuh-jatuh lagi.

Persoalan yang sering menjadi tanda-tanya adalah, wujudkah strategi yang betul-betul membolehkan trader mengenal-pasti entry reversal lebih awal dan sudah tentu, yang paling profitable. -Jawapannya adalah YA.

Saya akan kongsikan berberapa tips dan strategi yang anda boleh anda gunakan untuk mengenalpasti turning point ini. Semoga dengan artikel ini anda akan improve skill trading anda. 🙂

Apa itu picking top dan bottom?

Sedikit penjelasan ringkas buat anda – picking top dan bottom adalah merujuk kepada entry trading sell pada harga puncak atau harga tertinggi dan buy low iaitu buy pada harga terendah ataupun termurah.

Masalah yang sering trader hadapi adalah ketika harga melonjak naik, entry buy dibuat. Tidak lama selepas itu price jatuh. Begitu juga sebaliknya iaitu menjual ketika harga sedang jatuh. Tiba-tiba ia naik pula.

Inilah masalah utama trader apabila membuat entry tidak kena pada waktunya.

#TIPS 1 – Indikator

Terdapat banyak jenis indikator dan indiktor teknikal yang popular adalah seperti dari jenis oscillator. Tiga yang paling popular adalah RSI, Stochastic dan Bollinger Bands.

Trading menggunakan kaedah ini sangat memerlukan confluence price action candlestick dan juga dalam masa yang sama indikator memberikan signal entry.

Timeframe

Gunakan timeframe H4 dan D1 untuk hasil lebih baik. Jika anda menggunakan yang lebih rendah, anda akan terdedah risiko yang lebih besar untuk false signal.

Charting : Gunakan broker yang sama seperti admin pullback gunakan – Klik Sini untuk Download

RSI

Trading menggunakan RSI sangat efektif ketika market sedang dalam range bound ataupun sideways. Ia memberikan signal reversal yang sangat profitable apabila menggabungkannya dengan Major SNR.

Bollinger Bands

Jika RSI sangat sesuai untuk trading pada range bound/sideways, bagaimana pula jika market sedang trending dan kita mahu trade reversal trend? Sinilah kaedah Bollinger bands reversal akan membantu anda.

Baca >>  PROFIT +448 pips dengan 1 kefahaman mudah dan kenali SOP trading

Anda boleh gabungkan dengan SNR dan boleh juga membuat entry hanya berdasarkan price atau candle yang menyentuh upper band untuk sell(overbought) dan lowe band untuk buy(oversold).

SEBELUM:

Untuk entry anda wajib hati kering. Jika sentuh sahaja upper band, anda akan sell secara layer. Ingat, matlamat adalah untuk jangka pendek. Oleh itu anda hanya scalping dan close setelah mencapai profit yang tinggi.

SELEPAS:

Apabila sudah mencapai profit. Sila tutup trade anda.

Lihat contoh yang lain pula.

Anda hanya perlu fokus entry berlawanan arah sahaja berbanding mengikuti arah tersebut. Jika uptrend, anda hanya fokus sell. Jika downtrend, anda hanya fokus buy. Apa yang perlu adalah, anda hanya perlu berani mengambil risk. Dan of course, jangan berjudi nasib. Gunakanlah modal yang sanggup rugi sahaja ataupun gunakan wang percuma yang broker berikan di sini.

Jika anda seorang yang penakut dan terlalu trauma untuk kerugian, anda tidak akan berjaya dengan teknik ini. Jika anda mahu berjaya, anda perlu menjadi seorang risk taker. Pastikan anda mempunyai matlamat jangka pendek iaitu untuk menggandakan wang anda dalam masa singkat dan membuat withdrawal serta merta apabila ia tercapai.

Untuk tips money management, sila ke halaman ini.

#TIPS 2 – Major SNR

Major SNR level adalah SNR level yang terbentuk di timeframe yang besar seperti Monthly, Weekly dan Daily. Ini memberikan hint bahawa big player dalam market memasuki level penting ini dan memaksa price membuat reversal. Big player dalam pasaran adalah seperti Bank-bank besar, Hedge fund, Spekulator dan juga syarikat-syarikat Multinasional. Anda boleh baca serba-sedikit informasi di sini.

Trader-trader besar akan melihat gambaran lebih besar untuk mendapatkan arah pasaran yang ada di D1 hinggalah Monthly. Jangan hairan jika price trending begitu lama sehingga melanggar rule-rule entry SNR di M1 hinggalah M30.

Pastikan anda melihat potensi trade setup di timeframe lebih besar kerana wang besar banyak ‘bermain’ di sini berbanding timeframe kecil. Jika anda dapat tangkap peluangnya, maka makan besarlah jawabnya. Untuk melihat potensi reversal besar, carilah setup di timeframe lebih besar!

USDCAD melonjak tinggi akibat kejatuhan harga minyak dunia semasa pandemik COVID-19 pada sepanjang tahun 2020. Signal awal buy dapat dilihat berdasarkan formasi candle engulfing pada timeframe Weekly. USDCAD melonjak sebanyak 1,600 pips dalam masa 3 bulan sebelum ia kembali downtrend selepas harga minyak dunia mula stabil.

GBPUSD menyaksikan kenaikan 2,000 pips selepas rejected atas major support yang terbentuk pada 2016. Selepas itu berberapa retest berlaku sebelum ia betul-betul naik dan kini menjejak semula resistance tahun 2017 dan 2018.

Baca >>  NZDCAD jatuh lebih 315 pip dalam seminggu

Anda tak mungkin dapat memahami gambaran keseluruhan ini jika trading pada M1 ataupun M5. Di sinilah big player akan melihat potensi entry dan seterusnya memasuki pasaran.

BACA : KAPAL BESAR(BIG PLAYER) VS KAPAL KECIL(ANDA)

#TIPS 3 – Fibonacci Extension

Fibonacci extension seperti 127.2, 161.8, 261.8 dan juga 423.6 adalah level penting yang memberikan potensi reversal apabila price sampai ke situ. Logiknya? Ia adalah kerana apabila berlakunya profit taking, price akan reverse, jika waktu itu ia naik, ia akan jatuh, jika ia jatuh, ia akan naik. Ini adalah kerana apabila anda buy dan menutup buy anda itu, anda sebenarnya sedang menjual. Begitulah sebaliknya.

Apabila price naik dan hit 161.8, ia akan jatuh kerana berlaku profit taking di situ.

Apabila price jatuh dan hit 161.8, ia akan naik kerana apabila berlaku profit taking situ, trader sebenarnya membeli kembali pasangan matawang yang dijualnya.

Beli di Akar

Istilah yang sinonim dengan buy low di kalangan trader Malaysia, beli di akar atau beli pada harga terendah. Bagaimana tahu ia akan reverse di situ? Jawapannya adalah kerana berlakunya profit taking. Fikirkan, kena jika anda membuat entry pada mana-mana level fibo retracement, mesti anda akan setkan take profit anda berdasarkan fibonacci extension level? Jika majoriti trader close trade di situ, price akan reverse.

Jual di pucuk

Keadaan sama dengan beli di akar, cuma kali ini ia adalah sell high ataupun istilah popularnya, jual di pucuk. Bermaksud anda sell pada harga tinggi.

Dengan menggunakan fibonacci extension, anda hanya perlu tunggu peluang sahaja.

Inilah namanya buy low(murah) dan sell high(mahal) atau, sell higher(jual mahal) dan buy lower(beli semula pada harga lebih murah).

Untuk lain-lain topik menarik mengenai fibonacci, bolehlah ke halaman ini.

DEPOSIT & WITHDRAWAL PANTAS DAN TIADA MASALAH

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Recommended Forex Metatrader 4 and 5 Trading Platform:

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6
Baca >>  5 TANDA AKAUN ANDA AKAN MC TIDAK LAMA LAGI WALAUPUN BARU SAHAJA DIBUKA

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

# TIPS 4 – Trendline

Pasti ramai yang tahu mengenai trendline breakout untuk kenalpasti perubahan trend dan juga entry. Tetapi tahukah anda sebenarnya menggunakan trendline juga boleh membantu trader kenalpasti potensi reversal price.

Strategi ini hampir sama dengan strategi 123 reversal.

Anda hanya perlu ubah sambungan trendline anda dari melukis trendline untuk support pada uptrend atau lukis resistance trendline untuk downtrend kepada melukis resistance trendline untuk uptrend untuk mencari sell dan melukis support trendline untuk mencari buy.

Cara sambungan

Untuk tujuan ini anda mungkin perlu lebih banyak praktis menyambungkan trendline. Jika uptrend, anda akan mencari potensi sell. Oleh itu perhatikan resistance berdasarkan shadow candle. Kemudian sambungkan trendline anda.

Sell apabila price sentuh trendline itu di masa akan datang. Konsep entry yang sama seperti bollinger bands sebelum ini.

Lihat contoh lain.

Contoh untuk buy:

Dalam gambar di atas saya berikan contoh dua trendline support dilukis. Hanya salah-satunya sahaja yang memberikan signal dan entry buy. Perlu diingat, dalam keadaan tertentu anda mungkin perlu melukis lebih dari satu trendline dan perlu diingat juga, adakalanya price tak menyentuh trendline anda.

Ada masanya juga ia akan terlajak sikit dari trendline sebelum ia betul-betul reverse. Jika ia terus break, maka wajiblah untuk cutloss dan nantikan setup yang lain pula. Jika anda berjaya menjana wang dan menggandakan akaun anda dalam masa singkat, jangan lupa buat withdrawal sebagai motivasi kepada anda untuk terus menghasilkan profit secara konsisten.

Rumusan

Berikut sedikit rumusan untuk anda berdasarkan artikel ini.

  • Picking top dan bottom boleh dibuat berdasarkan indikator, major snr dan juga trendline
  • Ketepatan entry bergantung pada entry/signal pada timeframe yang lebih besar
  • Fokus pada menjana keuntungan jangka masa pendek dan membuat withdrawal apabila matlamat tercapai
  • Cutloss wajib jika plan gagal
  • Dalam waktu tertentu adakalanya entry tidak trigger
  • Ada masanya price terlajak sikit sebelum ia betul-betul reverse

Terima kasih meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Silakan kongsi bersama rakan untuk meluaskan lagi penyebaran ilmu ini dan semakin ramai dapat manfaatnya.

Manalah tahu jika ia boleh mengubah nasib dan kehidupan trader di luar sana.

JOIN PREMIUM MEMBERSHIP + LIVE TRADE

ADMIN
30/05/21

Comments

© Copyright 2012-2021 – PULLBACK FOREX TRADING | Risk Disclaimer – Trading foreign exchange on margin carries a high level of risk, and may not be suitable for all investors. Past performance is not indicative of future results. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.
Aileron Theme by ThemeCot Powered by WordPress
Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.