Strategy Swing dan Money & Risk management 4H MACD.

managed-forex-accounts

Saya sudah menggunakan teknik ini dalam berberapa tempoh yang lama dan ia masih berkesan hingga kini. Saya sangat rekemenkan kepada mereka yang ingin trading secara part time dalam forex namun dalam masa yang sama masih ingin mengekalkan pekerjaan ataupun perniagaan lain. -Siapa kata trading ini akan menganggu urusan anda seharian? Sebenarnya tidak. Ya, langsung tidak . Anda hanya perlu tahu caranya sahaja!

Strategy Swing dan Money & Risk management menggunakan 4H MACD

Pair yang sesuai : Semua major pair.

Timeframe : 4H sahaja

Indikator yang digunakan : MACD standard setting

Strategy entry :

Buy : 4 bar MACD di atas level sifar

Sell : 4 Bar MACD di bawah level sifar

Semua entry adalah pada bar ke-5.

Setting indikator sila rujuk gambar :

1

2

Berikut adalah gambar di mana chart anda seharusnya kelihatan.

3

Contoh Entry :

ENTRYCTHBUY CTHSELLEntry buy dan sell ditentukan berdasarkan 4 bar MACD. Entry pada candle open ke-5 berikutnya.

Jika mahukan yang lebih advance anda boleh gunakan teknik marking bagi melihat high-low dalam minggu tersebut yang mungkin menjadi clue pada arah seterusnya.

Money dan Risk Management

Dalam trading ini, saya andaikan akaun yang digunakan adalah bersaiz 1,000 usd dan risk per-trade adalah 0.01% iaitu 1 USD per lot.

Reward atau profit target pula adalah berdasarkan ratio 1:1 iaitu berapa risk kita letakkan, maka itulah reward yang kita tetapkan.

Untuk setiap trade pula, kita akan breakeven sekurang-kurangnya 10 pips di atas paras positif kerana kita tidak boleh menjangkakan sebarang perubahan trend dalam pasaran. Oleh yang demikian pentingnya bagi kita untuk mengawal dan ‘mematikan’ setiap risk yang ada setiap kali trading kita sudah dalam posisi untung.

Bacaan lain : Anda boleh menggunakan perisian money management untuk lebih memudahkan trading anda.

Menentukan risk berdasarkan last swing high dan last swing low.

Untuk menentukan berapa risk yang kita bakal hadapi untuk setiap posisi trade, sila perhatikan last swing high atau low terdekat berdasarkan signal yang dihasilkan. Jika sell, maka stoploss kita adalah pada swing high terdekat dan terakhir. Begitulah sebaliknya untuk entry buy.

Pentingnya mengetahui risk, maka selain kita menentukan berapa take profit untuk trading kita itu, kita juga boleh membuat pertimbangan adakah wajar kita mengambil setup tersebut atau tidak. Sebagai contoh risk sebanyak 100pips, -adakah wajar kita mengambil setup ini atau tidak? jika risk tersebut masih dalam kawalan dan tidak akan merugikan akaun, maka kita boleh mengambil setup tersebut. Andaikata risk cuma sekitar 30 pips atau 50 pips maka tidak ada masalah untuk kita mengambil setup tersebut. Risk dan SL ini sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap. Untuk mengelakkan trading kita seperti gamble(judi) maka wajarlah bagi seseorang trader itu mengetahui berapa risk dan reward dalam tradingnya.

Contoh risk dan stoploss.

CONTOH SELL TRADE.
Apabila signal sell dihasilkan daripada MACD, maka tugas anda yang pertama adalah cari last swing high untuk stoploss dan sebagai potesnsi risk jika trade gagal/rugi.

RISK REWARD RAIO 1:1

ENTRY SELL, RISK -75 PIPS, REWARD +75 PIPS

cth1 cth1-2Trade profit 75pips!

Anda telah menjana profit sebanyak +0.8% iaitu +75 dollar!

Agaknya jika anda kerugian berapakah kerugian anda secara total?

Jika setup melebihi risk yang kita sanggup untuk rugi apa perlu dibuat?

Mudah saja, elakkan trading! Ingat, trading biarlah secara professional dan jangan jadi seperti seorang pen-judi. 🙂

Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan anda didalam trading dan saya doakan semoga berjaya selalu. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda agar sama-sama mendapat manfaat dan ilmu ini dapat disebar dan perkembangan hendaknya apabila ia disebarkan.

Jika anda berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai teknik Swing ini boleh la ke page tempahan untuk membelinya. Dalam masa terdkat ini diskaun 50% diberikan kepada anda. Jadi dapatkanlah segera. 🙂

admin
email : admin@www.pullbackforextrading.com

Comments