TEKNIK 5 MINIT SCALPING

Teknik yang anda bakal pelajari dalam artikel kali ini adalah teknik yang sangat sesuai untuk pair yang mempunyai volatiliti tinggi seperti XAUUSD, GBPUSD, GBPJPY, EURUSD, dan juga EURJPY.

Matlamat utama teknik ini adalah untuk manfaatkan market open atau juga waktu aktif pasaran sesuatu pair.

Market open

  • JPY dan AUD, NZD : Waktu pagi Malaysia
  • GBP dan EUR : Waktu petang Malaysia
  • USD : Sebelah malam waktu Malaysia

Market juga aktif terutamanya selepas news release. Sila ke halaman ini untuk belajar teknik entry selepas news >> https://pullbackforextrading.com/tak-faham-nak-baca-news-buatlah-perkara-ini-teknik-trade-news-termudah/

Pergerakan besar biasa berlaku pada market open dan market aktif -boleh ditafsirkan melalui pattern-pattern trend yang terbentuk melalui kedudukan candlestick dan indikator yang digunakan.

Pattern ini kerap berulang dan anda boleh manfaatkannya melalui buy/sell pada platform broker anda.

Scalping adalah bermaksud anda memanfaatkan profit kecil-kecilan dan memaksimakannya dengan entry secara piramid ataupun layer.

Timeframe

Anda akan menggunakan timeframe 5 Minit untuk teknik ini. Anda boleh gabungkan dengan mana-mana strategi price action anda termasuklah teknik CSPRO. Timeframe 5 minit hanyalah untuk anda membuat entry dan exit anda.

Indikator utama yang anda perlukan

Anda perlukan indikator berikut untuk teknik scalping 5 minit ini;

3 Moving averages(MA), apply to close, warna ikut suka anda. Setting adalah seperti berikut;

Exponential Moving Average(EMA):

  • EMA 10
  • EMA 21

Simple Moving Average(SMA):

  • SMA 50

Indikator Moving Average, SMA50(merah), EMA21(biru) dan EMA10(magenta)

Selain MA, anda perlukan oscillator di bawah;

  • ADX, setkan kepada 13. Tambah level 40.

Kegunaan Indikator

Trend indikator – MA akan memberikan gambar trend samada trending ataupun sideways berdasarkan situasi kedudukan candle terhadap MA. Jika uptrend, candle mestilah di atas ketiga-tiga MA manakala jika downtrend mestilah di bawah ketiga-tiga MA.

Baca >>  TEKNIK SCALPING GJ

Jarak antara MA memainkan peranan penting untuk menentukan signal itu terbaik ataupun tidak. Jika terdapat jarak, ia adalah petanda yang baik.

Confirmation entry – ADX akan berfungsi sebagai confirmation entry di mana jika sesuatu trend sudah confirmed, maka ADX mestilah di atas level tertentu yang ditetapkan dan dalam teknik ini mestilah break level 40 yang ditetapkan.

Sesuatu entry mestilah dibuat dengan syarat ADX mesti break level 40. No entry jika tidak break. Juga no entry jika sudah ketinggalan signal ini.

Tahap disiplin anda diuji melalui sejauhmana anda boleh patuhi syarat ini. Anda akan dekat dengan kegagalan/kerugian jika anda sering melanggar peraturan mudah ini.

Buy signal

Kriteria berikut mestilah dipenuhi untuk menjadikan syarat entry sah teknik scalping 5 minit:

  • Candle mestilah di atas kesemua MA.
  • ADX mestilah break level 40.
  • Terdapat jarak antara SMA50 dengan dua EMA iaitu EMA10 dan EMA21.

Untuk stoploss/cutloss, sila letakkan di last swing low.

Sell signal

Sell signal teknik scalping 5 minit ini adalah berdasarkan syarat berikut;

  • Candle di bawah kesemua MA.
  • ADX break level 40.
  • Terdapat jarak antara SMA50 dengan EMA10 dan EMA21.

Kedudukan stoploss pula adalah pada last swing high terdekat.

Reentry

Untuk reentry berdasarakan teknik scalping 5 minit ini, pastikan pullback berlaku selepas candle cuba retest semula ke EMA atau SMA tetapi akhirnya rejected.

Untuk reentry, penggunaan ADX sebagai confirmation adalah tidak wajib. Confirmation hanyalah berdasarkan candle closing iaitu candle close bullish di atas 3 MA selepas rejected pada MA dan juga candle bearish close di bawah 3 MA selepas rejected.

Apa yang penting adalah candle pullback dan close di atas atau bawah kesemua MA sahaja. Lihat contoh di bawah;

[TAWARAN MENARIK] MODAL PERCUMA $50 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX – TAK PERLU BUANG DUIT MELABUR!!

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $50 SEKARANG!

Baca >>  TEKNIK FIBO+AO

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $50 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 1000:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Akhir kata

Teknik scalping 5 MINIT ini pasti dapat membantu anda memanfaatkan market aktif dan memudahkan anda mencari entry dan reentry berdasarkan pattern berulang.

Semoga artikel ini dapat membantu anda menjana lebih banyak profit dan memudahkan anda trading harian anda.

Kongsikan artikel ini agar lebih ramai lagi mendapat manfaat!

ADMIN
27/07/22

Credit foto UNSPLASH, fxtradingrevolution

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »