Teknik Entry Layer Minachi

JANA RIBUAN RINGGIT DENGAN TRADE MELAWAN TREND

Hari ini saya akan kongsikan mengenai suatu teknik yang agak popular pada tahun sekitar 2009-2010. Teknik ini saya telah pun gunakan untuk sekian lama dan ia masih releven profitable hingga hari ini.

Umumnya kita tahu bahawa dalam trading jangan sekali-kali melawan arah trend. Tapi sebenarnya bukanlah trend itu akan bergerak terus naik tanpa penurunan atau turun tanpa kenaikan. Maksudnya dalam setiap pergerakan trending, akan ada range kecil trend ini melawan arah trend. Ia dipanggil martingale.

Martingale ini seumpama teknik entry pyramid tetapi ia berbeza sikit. Sama tapi tak serupa. ūüôā

BACA : TEKNIK ENTRY PYRAMID UNTUK MAKSIMUM PROFIT

Trading cara ini sangat berbahaya, anda mungkin akan floating berhari-hari lamanya dan dalam sesetengah keadaan, akaun boleh margin call. Risk adalah besar, gain adalah sikit. Bunyinya sangat tak berapa baik kan?

3 SYARAT RAHSIA WAJIB TAHU

Sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai teknik ini, adalah wajib utk tahu dahulu 3 syarat wajib tahu ini. Sebenarnya bukanlah ada apa-apa rahsia di sini tetapi saya cuba untuk menarik perhatian anda secara serius mengenai syarat wajib ini kerana ia adalah penentu trading anda berikutnya samada ia berjaya atau akan jadi satu lagi koleksi kerugian anda.

Syarat #1

Letak modal yang sanggup untuk loss sahaja

Syarat #2

Breakeven atau ambil modal jika untung mencatat 100%

Syarat #3

Trade full margin dan Withdraw untung anda

Rule ini menjadi pegangan saya untuk terus kekal ‘survive’ dalam forex market sehingga hari ini. Jika saya boleh lakukan, maka anda pasti lebih lebih lagi boleh lakukan. OK cukup dengan 3 syarat tersebut dan jika anda sudah bersetuju dengannya, maka sila proceed kepada teknik asas atau cara-cara untuk ‘execute’ kaedah minachi ini.

ASAS MINACHI

Minachi adalah kaedah Money Management yang digunakan untuk trading lawan arah trend ataupun martingale. Matlamat utama anda adalah untuk entry lawan trend dan exit pada kuantiti pips yang sedikit sahaja.

Price turun, maka untuk lawan arah, anda perlu buy

Teknik ini lebih kepada money management dan sudah tentunya, lawan arah trend. Bunyinya agak tak wajar tapi berapa kali anda sedar anda sentiasa melawan trend di saat anda fikir anda sudah pun mengikuti trend tersebut. Lihat gambar berikutnya;

Entry anda profit apabila price naik mengikuti arah yang anda buat.

Trading cara ini adalah scalping, maka TP anda sekitar 10 Р20 pip sahaja untuk sekali entry pada lot pertama sahaja. Jika entry lebih dari 1 lot, maka TP lot kedua adalah ikut lot pertama(penerangan mengenai TP ini akan dijelaskan lebih lanjut di bawah). Di atas adalah contoh bagaimana trade ini bermula, dan berikutnya saya akan jelaskan bila waktu sesuai kita akan membuka lot-lot lain. Ia hanya akan berlaku jika 1st entry tidak TP dan price terus bergerak melawan arah yang kita trade(cth, price turun maka kita pun buy tetapi price masih terus turun). Pada waktu inilah kita akan buat minachi.

Jarak antara entry sebanyak 20 pips

Gambar di atas menunjukkan pergerakan turun price dan jarak entry minachi anda iaitu 20 pips setiap satu. Jika price turun hingga 80 pips seperti di atas, maka entry anda akan menjadi 4x lot. Tetapi jika price cuma turun 40 pips, maka entry anda cumalah 2x lot sahaja. Pastikan maksima open trade anda 5 atau 7 lot sahaja yer.. Jika gerak lagi, maka biarkan sahaja ia cutloss hit SL.

Contoh jika price gerak lebih 80 pips jatuh

 

RISK & REWARD MANAGEMENT

TOTAL RISK

Setiap entry akan diletakkan SL sebanyak 100pips(aduhhhhhh….!!! banyaknya??). Worse cast scenario, tak guna SL, letak full margin. Trade sampai MC(margin call).

Seperti kat gambar, katalah ada 5 lot entry. 100pips SL setiap satu, maka total kerugian adalah seperti berikut:

Total risk anda adalah sebanyak USD150 jika loss 5 lot trade hanya dengan trade 0.10 sen, 0.20 sen, 0.30 sen, 0.40 sen dan 0.50 sen pertrade anda. Gila ke tak gila tu? Well, begitulah dia scalping. Risk besar macam jerung tapi cuma nak tangkap ikan bilis sahaja.

 TOTAL REWARD

2 Cara untuk take profit, cara 1 adalah setkan TP anda pada TP lot pertama atau cara 2, iaitu close semua trade apabila sudah overall profit(close loss trade apabila untung lebih banyak dari loss trade).

Di bawah saya akan tunjukkan bagaimana cara close trade mengikut kaedah pertama iaitu setkan TP ikut TP 1st lot.

Jika dibandingkan dengan risk, iaitu -$150 pip dan reward +$110 dengan berdasarkan SL 100 pip, maka secara tidak langsung sebenarnya akaun anda akan loss sedikit demi sedikit jika anda sering loss dalam trade. Oleh yang demikian back 2 basic mengenai 3 rule wajib anda tahu, iaitu jangan sesekali letakkan modal yang tak sanggup rugi.

Syarat #1

Letak modal yang sanggup untuk loss sahaja

Syarat #2

Breakeven atau ambil modal jika untung mencatat 100%

Syarat #3

Trade full margin dan Withdraw untung anda

Logik ke teknik minachi ini boleh jana wang? 3 teknik entry DIDEDAHKAN!

Pair : EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, NZDUSD, USDCAD, USDCHF

Cara trade : Masuk instant execution untuk trade pertama dan Pending Order pada trade yang berikutnya.

TEKNIK #1 – RSI 5

Timeframe yang digunakan adalah Daily Chart
Indikator RSI setkan pada period 5

Entry buy – Buy jika RSI 5 menyentuh level 30

Entry sell – Sell jika RSI 5 menyentuh level 70

RSI 5 akan berikan alert pantas apabila terdapatnya tanda-tanda reversal pada TF Daily. Setakat ini ia sangat berhasil di TF Daily. Anda tidak disyorkan menggunakannya pada TF lebih rendah(H4 ke bawah).

TEKNIK #2 –¬†BOLLINGER BAND

Timeframe yang digunakan adalah Daily Chart
Insert dua indikator Bollinger bands
– Bollinger bands 1 – standard setting(jangan ubah setting)
– Bollinger bands 2 – ubah kepada 1.5 deviations. Rujuk gambar

Entry buy РBuy jika price menyentuh salah satu atau kedua-dua lower band

Entry sell РSell jika price menyentuh salah satu atau kedua-dua upper band

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda boleh mula untuk buy atau sell apabila price menyentuh upper atau lower band. Sesuatu trade itu akan dibiarkan open sehingga price TP dan tidak punyai tanda-tanda untuk naik atau turun menuju order anda

 

 TEKNIK #3 РFibonacci Support dan Resistance

Timeframe yang digunakan adalah 4Hourly Chart

Tanpa indikator

Fokus utama menggunakan fibonacci sebagai S&R dan minachi adalah apabila price menjejak dan menyentuh level fibo. Menggunakan kaedah ini memerlukan anda mahir menggunakan fibonacci retracement. Anda boleh pelajari fibonacci melalui blog ini.

BACA : BELAJAR FIBONACCI RETRACEMENT

Trade minachi berdasarkan S&R ini mestilah dibuat hanya apabila price hendak menjejak previous high atau low pada kali ke 2 atau ke-3 sahaja.

Selain trade price yang menjejak high dan low terdekat, keadaan SBR/RBS juga boleh digunakan dalam trading minachi ini.

kesimpulan…

Saya amat menggalakkan anda mengubah-suai penggunaan teknik ini mengikut kesesuaian anda dan money management anda. Apa yang dikongsikan cumalah asas sahaja dan ia pasti berubah-ubah mengikut tahap kemahiran masing-masing.

Profit trade martingale/minachi.

Sedikit pengubahan-suaian dibuat dari segi entry dan MM dan hasilnya sangat bagus dan menarik.

Screenshot live trading saya dalam minggu ini(05/09/16):
1135c945-9104-4c4a-bebb-1b582c4f2ca1

81b23ce6-78cc-44b8-819a-dbe11d3dc1fe

6c8ec809-129e-4045-b782-b575a5485ee2

 

Di atas adalah contoh trade minachi dan ubah-suai MM mengikut size account. Saya yakin anda pasti punyai idea tersendiri mengenai teknik ini.

DOWNLOAD VERSI EBOOK. KLIK SINI.

 LOCAL IB DEPOSIT / DAFTAR LIVE ACCOUNT

Sekian dulu.

ADMIN
www.pullbackforextrading.com

Comments