TEKNIK FIBO+AO

Trading menggunakan fibonacci adalah suatu topik sangat popular di kalangan trader. Ini kerana keunikan fibonacci tools itu sendiri yang boleh membantu trader mengenal-pasti future SNR dan juga membantu trader mencari entry dan exit serta membuat forecasting/ramalan pergerakan hadapan sesuatu trend harga(price). Fibonacci juga dikenali sebagai fibo secara singkatannya.

Untuk penulisan kali ini saya akan letakkan banyak point-point penting secara ringkas untuk membantu memudahkan trader/pembaca mengambil isi utama sahaja.

Artikel dicadangkan : Fibo Kreatif

Masalah utama pengguna fibo

Sambungan fibo retracement selalu menjadi masalah utama trader. Oleh itu saya cuba kongsikan salah-satu kaedah yang boleh bantu anda selesaikan masalah ini.

Fokus utama artikel ini adalah untuk membantu penguasaan fibonacci anda.

Penggunaan fibonacci – Ia tidak terhad kepada cara penggunaan tradisional sahaja malah juga secara kreatif. Ini termasuklah ubah-suai setting default fibonacci hinggalah cara penggunaan fibonacci itu sendiri.

Cara penggunaan ini berbeza-beza mengikut individu itu berdasarkan kesesuaian teknik yang digunakan.

Indikator Awesome Oscillator

Indikator ini adalah salah-satu indikator yang dicipta oleh Bill Williams. Indikator ini mempunyai dua warna iaitu hijau dan merah di mana;

  • Bar Merah petanda penurunan trend ataupun sell
  • Bar Hijau petanda kenaikan trend ataupun buy

Kelebihan AO dan kenapa anda mesti menggunakannya?

AO memberikan warna sebagai panduan trend iaitu hijau sebagai uptrend dan merah sebagai downtrend.

Perhatikan gambar di atas, Untuk downtrend, warna merah adalah fokus utama anda. Untuk uptrend warna hijau fokus utama anda.

Trend berdasarkan AO

Selain itu kedudukan warna ini juga mencerminkan apa yang berlaku pada trend semasa di mana dalam sesuatu trend, akan berlaku retracement. Jika di dalam sesuatu downtrend sebagai contohnya, bar AO merah akan berada di bawah sifar, dan sekiranya trend itu berlaku retracement, warna hijau akan kelihatan pada indikator AO.

Pullback atau continuation trend berlaku apabila bar merah terbentuk semula di bawah sifar.

Stoploss nyata dan jelas

Anda boleh manfaatkan keadaan ini dengan membuat entry apabila bar kembali hijau sebagai petanda trend sudah mula meneruskan perjalanan.

Sekiranya trend itu gagal pula, anda sudah boleh mengetahui secara jelas kedudukan stoploss anda untuk menghadkan kerugian.

Gabungan Fibo dan AO

Menggabungkan teknik fibonacci dan AO adalah satu cara untuk memudahkan anda menggunakan fibonacci retracement untuk entry dengan bantuan AO sebagai pengenal-pasti trend.

Gabungan fibo dengan AO sangat serasi dan tepat memandangkan konsep warna AO yang mewakili trend dan retracement semasa trend.

Fibonacci

Sedikit penerangan ringkas mengenai fibonacci serta fungsinya.

Terbahagi kepada dua iaitu;

  • Retracement level
  • Extension

Fungsi Retracement level – untuk mendapatkan potensi entry point berdasarkan future SNR.

Fungsi Extension – untuk mendapatkan potensi exit point berdasarkan extension level fibo.

Awesome Oscillator(AO)

Sesuatu trend dikira bermula apabila bar AO berada di awal atas sifar ataupun bawah sifar.

  • Jika uptrend maka bar hijau adalah di atas sifar.
  • Jika downtrend maka bar merah adalah di bawah sifar

Maksud bar merah di atas sifar

  • Bermaksud trend pada waktu itu adalah retracement menurun semasa uptrend
  • Waktu terbaik untuk entry buy low semasa retracement

Maksud bar hijau di bawah sifar

  • Bermaksud trend pada waktu itu adalah retracement menaik semasa downtrend
  • Waktu terbaik untuk entry sell high semasa retracement

Paparan indikator adalah seperti berikut;

Teknik Fibo+AO didedahkan!

Sebelum pergi kepada entry rule, penting untuk trader itu memberi perhatian kepada topik penting seperti support resistance dan juga money management.

Support resistance bagi membantu anda menyambungkan fibonacci retracement manakala money management adalah untuk menguruskan modal anda.

Timeframe(TF) – Sesuai digunakan di H1, H4 ataupun D1. Juga sesuai untuk timeframe M30, M15 tetapi disebabkan risiko false signal, oleh itu ia tidak digalakkan.

Semakin tinggi timeframe adalah lebih baik(kurang risiko false signal).

Untuk entry, pastikan di permulaan trend sahaja. Gambar di bawah adalah contoh permulaan trend. Sila ikutinya dan abaikan jika anda sudah ketinggalan trend.

Jika anda menggunakan H4, maka dalam seminggu pasti akan ada 1 atau 2 setup yang betul-betul valid. Ini adalah untuk 1 pair. Penggunaan multi-pair akan memberikan peluang lebih banyak.

Entry Strategies

Buy Entry Rule:

  1. Bar hijau AO di atas sifar kemudian bar merah terbentuk di atas sifar
  2. Sambungkan fibo dari resistance kepada support
  3. Entry pada candle bullish dan dalam masa yang sama bar hijau AO terbentuk kembali selepas bar merah
Permulaan retracement, bar merah selepas hijau
Confirmation pullback @ entry buy anda

Sell Entry Rule:

  1. Bar merah AO di bawah sifar kemudian bar hijau terbentuk di bawah sifar
  2. Sambungkan fibo dari support kepada resistance(tarik dari bawah ke atas)
  3. Entry pada candle bearish diikuti dengan bar merah AO terbentuk semula selepas bar hijau
Permulaan retracement, bar hijau selepas merah
Confirmation pullback @ entry sell anda

Exit strategies

  • Exit entry buy ataupun sell anda pada 100.0 fibo ataupun 161.8 fibo extension
  • Pastikan sentiasa ubah SL ke entry price jika entry anda sudah profit dan trend price kembali trending

FREE GIFT UNTUK ANDA HARI INI!

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Recommended Forex Metatrader 4 and 5 Trading Platform:

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Contoh Entry Setup

Sell setup

Berdasarkan gambar di atas, trend adalah downtrend kerana AO di bawah sifar. Bar hijau dan pergerakan bullish trend akan menjadi retracement dan bersifat sementara. Oleh itu entry sell akan di buat jika price membuat pullback semula.

Sambungan fibonacci akan dibuat secara tarik dari support kepada resistance iaitu dari bawah ke atas. Sambungan mesti tepat pada hujung shadow candle. Rujuk gambar bantu untuk pemahaman anda.

Pullback berlaku apabila trend kembali meneruskan trend asal. Dalam keadaan ini, trend adalah downtrend. Maka apabila candle bearish terbentuk maka pullback juga berlaku. Dalam masa yang sama AO akan confirmkan trend apabila bar merah juga terbentuk.

Stoploss akan diambil berdasarkan resistance terdekat dan terletak pada fibo retracement level. Dalam gambar kedudukan fibo adalah di 38.2%.

Exit trade dibuat pada 100.0 fibonacci kerana ia merupakan support terdekat. Anda juga boleh exit trade anda di 161.8 dan 261.8 namun jika anda mahu exit pada target yang jauh/besar ini, wajiblah untuk ubah SL anda ke entry point untuk hapuskan risk andaikata trend berubah arah dan tidak sampai ke target anda.

Buy setup

Berdasarkan AO, trend adalah uptrend. Oleh itu entry akan dibuat jika berlaku pullback. Langkah berikutnya adalah melukis fibonacci retracement.

Sambungan adalah dari resistance ke support ataupun tarik dari atas ke bawah.

Candle bullish terbentuk diikuti bar hijau pada AO, buy trade confirmed. SL dan TP adalah seperti dalam gambar di atas.

Trade ditutup profit pada extension level 161.8. Anda boleh tutup trade ini di 100.0 dan juga 261.8. Seperti biasa, pastikan breakeven dahulu(SL price diubah ke entry price).

Download custom indicator AO(untuk MT4 sahaja) – Sila klik sini

Akhir kata..

Anda boleh juga menambahkan indikator moving average untuk membantu anda mengenal-pasti trend. Moving average yang disarankan adalah Exponential Moving Average(EMA) 21 dan juga EMA 50.

1 atau 2 indikator dibolehkan namun jangan pula sehingga serabut chart anda.

Diharapkan dengan artikel ini dapatlah meningkatkan pemahaman anda dan skill entry fibo anda.

Terima kasih meluangkan masa anda untuk membaca artikel kali ini. Anda punyai sebarang komen/pendapat? Sila tinggalkan diruang komen. 🙂

ADMIN
08/08/20

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.